Tren makan hidangan salad udang yang masih hidup semakin diikuti orang ramai. Tidak kira artis tempatan, orang ramai sudah mulai tertanya-tanya adakah enak memakan udang yang masih ‘meloncat-loncat’ itu?
Namun, timbul spekulasi menyoalkan hukum memakan hidangan salad udang hidup, mengikut mazhab Imam Syafie yang dijelaskan oleh bekas Mufti Wiliyah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ianya makruh!
Selidik Status Hukum Sebelum Mencuba!
Pasti perasaan ingin mencuba berkobar-kobar setelah melihat keunikan hidangan yang disediakan itu. Tetapi kita perlu juga ambil kira soal status makanan itu sebelum mencuba.
Meskipun jelas ternyata di Surah al-Maidah ayat 60 tentang bangkai hidupan laut adalah suci:
Ads
أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ
Maksudnya :“Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut.” (Surah al-Maidah : 96)
Tetapi ia makruh untuk memakan hidupan laut yang masih hidup kerana seperti menyeksanya tanpa keperluan. Hal ini kerana hidupan laut cepat mati, maka boleh ditunggu saat ia mati sebelum memasak.
Ads
Buat Baik Kepada Haiwan
Jika dilihat cara memakan salad udang hidup itu juga kelihatan agak kejam. Walaupun kita menyembelih haiwan sekalipun, ada caranya yang lebih baik seperti sabda Rasullah SAW:
إنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإحْسانَ على كُلِّ شيءٍ، فَإِذا قَتَلْتُمْ فأحْسِنُوا القِتْلَةَ، وإذا ذَبَحْتُمْ فأحْسِنُوا الذَّبْحَ، وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ، فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ
Maksudnya :“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat baik kepada setiap sesuatu. Apabila kamu semua hendak mematikan (haiwan), matikanlah dengan cara yang terbaik. Apabila hendak menyembelih, sembelihlah dengan cara yang terbaik. Hendaklah kamu menajamkan pisau dan mengistirehatkan sembelihannya.” Riwayat Muslim (1955)
Ads
Terbitkan rasa sifat kemanusiaan terhadap haiwan walaupun tujuannya adalah untuk memakan. Makruh bukan bermaksud menghalalkan cara anda untuk sertai tren ini, malah ianya lebih baik dihindarkan.
Sumber: TheRakyatPost dan Laman Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Berhijab sebenarnya tidak menghalang seseorang itu melakukan sesuatu aktiviti yang bermanfaat asalkan tahu batas dan etika bertudung. Bagi peseta nyanyian kumpuan NAMA yang dianggotai empat orang gadis berhijab tidak menyangka akan mara ke Final dalam rancangan Asia’s Got Talent.
Empat orang gadis dari alumni Universiti Malaya mempamerkan bakat sangat menakjubkan apabila menyampaikan lagu Sax dari penyanyi Fleur East untuk memikat juri dan meletakkan mereka sebagai peserta final.
Jika sebelum ini, di peringkat audition salah seorang juri tidak menggemari kumpulan NAMA ini yang dikatakan mutu persembahan nyanyian biasa sahaja.
Tetapi untuk saingan di semi final minggu lalu, kumpulan dianggotai empat gadis berhijab ini sangat memukau. Malah berjaya memikat hati juri untuk terus memilih mereka ke pentas final.
“(Kumpulan) ini saya fikir penting untuk dunia melihat…empat gadis moden yang juga orang Islam,” kata David Foster, seorang daripada tiga juri program itu, dalam satu temu bual dengan Bernama dan dua media Singapura di sini.
Foster, pemuzik dan penerbit dari Kanada, kagum dengan konsep dibawa NAMA yang mana walaupun mereka berhijab tetapi ia tidak menghalang mereka untuk membuat persembahan menghiburkan di atas pentas.
Empat sekawan iaitu Nur Fazrina Mohd Ani, 28, Noor Syamimi Makhetar, 24, Norfazira Malik, 24, dan Nur Farahida Dolhadi, 24, merupakan satu daripada tiga persembahan yang terpilih menerusi Pilihan Juri sekali gus menolak undian dalam talian untuk menempah tiket ke final.
Isteri kepada pelakon terkenal Saharul Ridzwan iaitu Deena Emir memang jelita orangnya. Berkahwin pada 16 September 2016, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata sebagai penyeri dalam rumahtangga.
Penampilan Deena juga sering menjadi tumpuan kerana walaupun dia berfesyen mengikut syariat agama, gayanya tetap kelihatan cantik dan elegan. Jom kita lihat!
Sejuk Mata Memandang..
Deena pandai menyuai padankan warna pakaiannya tanpa kelihatan serabut.
Deena juga mengusahkan jenama tudungnya sendiri iaitu Qaabila yang direka khas mengikut syariat Islam.
Sentiasa mengenakan stokin tangan, ini adalah satu perbuatan yang perlu hijabi contohi kerana kadang-kala aurat kita kelihatan tanpa disedari.
Siapa kata kita tak boleh berfesyen mengikut shariah agamakan? Lihat sahaja stail Deena ini, tetap sopan dan ayu tanpa gaya yang berlebihan.
Memang menjadi inspirasi buat semua! Kepada sister yang sedar cuba untuk merubah penampilan ke arah yang lebih baik, perlahan-lahan ya? You can do this! InsyaAllah Tuhan akan permudahkannya untuk sis.
Siapa yang tidak kenal dengan PU Riz ataupun nama Muhammad Haris bin Mohd Ismail. Mula dikenali dikenali menerusi rancangan Pencetus Ummah, pendakwah selebriti ini meneruskan kerjayanya sebagai seorang pelakon dan juga pengacara.
Kini bergelar suami kepada selebriti kesayangan ramai, Neelofa, PU Riz dilihat aktif dalam bidang perniagaan dan juga kemasyarakatan bersama isterinya itu. Banyak perkara positif yang dikongsikan dan disebarkan kepada umum.
Tertarik dengan satu hantaran di laman Instagramnya, Hijabista terpanggil untuk berkongsi enam madah yang penuh dengan pengisian dan juga pengajaran yang dinukil oleh jejaka berusia 26 tahun ini.
Jangan biasakan pasangan kita berada mesra dengan wanita/lelaki lain kerana ini adalah dilarang dalam Islam.
Harini apa yang berlaku sememangnya parah dalam masyarakat kita, yang dikatakan lakonan sampai cium pun takpe boleh diterima tapi… apa kata agama?
Jangan disalahkan perkahwinan atau apa yang tak dibuat tak ikut cara Nabi SAW. Nabi pesan kepada suami terutamanya, tidak masuk syurga orang lelaki yang dayus.
Selain dari beras kita beli, tersangat penting kit ani menjaga ahli keluarga kita yang mana di bawah tanggungjawab kita, ahliyah kita, isteri, anak-anak. Untuk sentiada menjaga aurat mereka, jaga pergaulan mereka kerana ada tuntutan agama di situ. Jangan jadi lelaki dayus buat gak tahu bila isteri pakai baju nampak dada, anak-anak pakai ketat-ketat kerana di akhirat kelak jika bapa tak menegur akan dipersoal kelak.
Allah ingatkan kita atas perkara ini, wahai orang beriman jagalah diri kamu dan keluarga kamu, ahli rumah daripada api neraka.
Ubah mindset kita jangan hanya kerana “oh itu lakonan aja takpe”tak pe mung takpe. Jika hari ini depan mata kita orang buat kemungkaran dan berkata takpe berlakon je ni, adakah boleh diterima such excuse? Mestilah tidak. Jangan biasakan mengiakan orang berbuat dosa takut kita tersangkut sekali.
Bersama dengan nukilan ini yang dizahirkan dalam bentuk imej, PU Riz menitip kata di ruangan kapsyen berbunyi, “Nukilan Haris Ismail, ada masa nak baca silakan, jika tidak berminat pun tak mengapa kerana peringatan untuk diri saya yang hina.
Sememangnya apa yang dikongsikan ini sesuai dijadikan sebagai panduan kehidupan sebagai seorang Muslim. Setiap apa yang kita lakukan perlu ada batas dan sentiasa berpaksikan kepada agama.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...