Travel Dengan Penuh Bergaya! Ikuti Lima Tips Agar Hijabi Kekal Patuh Syariah

Share

Tak lama lagi kita akan menginjak ke hujung tahun, mesti ramai para hijabi yang dah ada rancangan untuk habiskan cuti hujung tahun atau pun Annual Leave kan? Tapi tak tahu macam mana nak pilih outfit yang sesuai untuk travel terutamanya bagi gadis bertudung agar nampak lebih Trendy dan Instaworthy?

Siapa kata bila seorang wanita itu mula berhijab, pasti akan terikat dalam berfesyen serta mempunyai pilihan gaya yang terhad? Persepsi ini hanyalah sekadar taboo semata-mata, ini dia lima tips untuk sis travel dengan penuh bergaya, dalam masa yang sama masih mematuhi syariah yang digagaskan oleh Islam.

Minimalis Hijab

Bila travel ni, mesti banyak masa yang akan digunakan untuk melawat tempat-tempat yang menarik, jadi untuk tidak membuang masa, semata-mata demi menatarias gaya, sis disarankan untuk menggayakan stail hijab yang ringkas, minimalis tetapi kekal stailo, kerana gaya hijab yang rumit akan mengambil masa yang agak lama untuk digayakan, antara gaya hijab ringkas yang boleh dijadikan contoh adalah gaya berhijab seperti personaliti televisyen Hawa Rizwana ni!

Sumber gambar: Instagram Hawa Rizwana

Kaca Mata Hitam Pelengkap Gaya

Bila pergi travel salah satu item yang WAJIB ada untuk membuatkan gaya hijabi ekstra stailo adalah kaca mata hitam ataupun shades, kerana aksesori ini boleh menjadi pelengkap gaya dan secara tidak langsung sangat berguna ketika berdepan terik mentari semasa travel sis! Tetapi pemakaian kaca mata ini perlulah bijak digayakan agar bersesuaian dengan stail hijab anda, pemilihan kaca mata yang tepat mampu menambah pesona elegan kepada si pemakainya.

Sumber gambar: Instagram Rozita Che Wan

Artikel berkaitan: Bercuti Cara Backpacker Selama 10 Hari Dengan Bajet RM800 Sahaja Di Turki, Gadis Ini Kongsi Tipsnya!

Baju Longgar Dan Patuh Syariah

Selain itu, aspek yang paling penting untuk dititikberatkan ketika travel adalah pakaian, hijabi disarankan untuk memilih pakaian yang sesuai bagi semua cuaca dan keadaan, jangan memilih pakaian yang terlalu tebal atau elakkan pakaian berona hitam, sekiranya melawat negara yang beriklim tropika dan panas kerana pakaian dalam rona warna gelap seperti ini lazimnya mampu menyerap haba.

Malah, sis boleh mengayakan baju yang lebih longgar seperti boyfriend shirt, atau baggy shirt kerana selalunya bahan yang digunakan untuk membuat pakaian jenis ini diperbuat daripada kapas dan mampu menyerap peluh, ia sekaligus memudahkan pergerakan agar percutian anda berjalan lebih lancar dan yang paling best, masih mematuhi syariah tau!

Sumber gambar: Instagram Sharifah Rose

Seluar Sesuai Untuk Pelbagai Gaya

Ketika travel juga anda dinasihatkan untuk membawa seluar yang mudah untuk melengkapi pelbagai gaya, contohnya seperti seluar Jeans atau Denim kerana seluar jenis ini mudah dipadankan dengan pelbagai jenis top, blouse atau baju yang ingin anda gayakan. Malah, seluar berpotongan besar dan longgar seperti palazzo juga mampu memberikan gaya santai untuk dibawa travel ke pulau mahupun di tepi pantai peranginan, di samping menjanjikan keselesaan yang maksima untuk pemakainya.

Sumber gambar: Instagram Ameera Zaini

Kasut Yang Selesa

Pelengkap gaya yang terakhir ketika travel adalah pemilihan kasut yang selesa dan bersesuaian, kerana sudah pastinya sis akan banyak berjalan-jalan untuk melawati tempat-tempat menarik bersama sahabat dan keluarga, jadi pemilihan kasut yang tepat amatlah penting kerana ia akan membawa anda ke tempat yang anda inginkan!

Jadi pilihlah kasut yang memiliki tapak rata contohnya seperti kasut sarung, Sport Shoes atau Sandal, khususnya jika sis merupakan individu yang kuat berjalan kerana ia dapat mengurangkan sakit kaki sewaktu melancong. Tetapi sekiranya sis melawati negara yang beriklim sejuk, kasut jenis Boots merupakan pilihan yang tepat sebagai pelengkap gaya!

Sumber gambar: Instagram Aina Abdul

Bagaimanapun, tak kisahlah, di mana jua destinasi pilihan hijabi untuk travel dan melancong bagi menghabiskan masa lapang, yang paling penting adalah untuk menjaga aurat seorang muslim sebagaimana yang telah dianjurkan dalam syariat Islam, tutup aurat pun masih boleh bergaya mengikut trend dan fesyen semasa.

Cuma pemilihan pakaian atau barangan untuk diperagakan perlulah bersesuaian dan kena pada tempatnya. Fesyen itu luas! Jadi jangan ragu dan kekal yakin dengan diri sendiri sebagai seorang Muslimah, confidence is the best outfit a woman can wear!


Artikel berkaitan: 7 Tips Suai Padan Hijab Ala Laudya Cynthia Bella Yang Simpel, Tetapi Stylish

Sumber gambar: Instagram Hawa Rizwana, Rozita Che Wan, Sharifah Rose, Ameera Zaini dan Aina Abdul

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
S.Amira