Lambakan `pakar’ kecantikan tidak bertauliah yang bebas menawarkan khidmat rawatan kecantikan yang dikhuatiri boleh mendedahkan pengguna kepada pelbagai komplikasi kesihatan seperti masalah tona kulit tidak sekata dan kusam disebabkan cuaca panas.
Malah lebih 20,000 ‘pakar’ kecantikan atau estetik tidak bertauliah didakwa bebas menawarkan khidmat rawatan kecantikan di negara ini yang dikhuatiri mendedahkan pengguna kepada pelbagai komplikasi kesihatan, termasuk kanser dan maut.
ARTIKEL BERKAITAN: Kulit Kusam, Berjerawat & Tona Tak Sekata, Atasinya Dengan Rawatan Ekstrak Teh Premium. Rugi…
“Takutlah nak buat facial kat klinik estetik, nanti charge mahal..”
Stima wanita yang mendambakan wajah cantik dan sihat tetapi takut untuk melabur pada klinik estetik yang biasanya mempunyai peralatan yang canggih dan terkini menawarkan harga yang tinggi dan ada juga yang ‘gila promosi’ yang mudah terpengaruh dengan lambakan iklan yang memancing harga murah.
“Saya akui terdapat stigma bahawa untuk mendapatkan rawatan di klinik estetik agak mahal, namun ia kerana hard sell yang dilakukan oleh segelintir klinik kulit. Namun di MyClinic, kami mencadangkan rawatan khas bersesuaian dengan bajet dan masalah kulit yang dihadapi.
Menurut Dr.Choo, di MyClinic popular dengan medical facial, tiada facial seperti salun yang menawarkan harga serendah RM30. Medical facial di sini menggunakan solusi yang mempunyai paten kajian. Ia tidak akan menyebabkan kulit menjadi rengsa, komplikasi, alergik atau mengelupas.
Mengulas masalah kulit paling lazim yang dihadapi rakyat Malaysia, Dr.Choo menjelaskan penggunaan produk penjagaan kulit, rejim paling penting dalam memastikan kulit sihat dan bersih.
“Di Malaysia, masalah kulit paling lazim yang dihadapi ialah tona kulit tidak sekata dan kulit kusam disebabkan cuaca panas. Saya sarankan setiap orang lakukan rawatan muka seperti facial sekali dalam sebulan. Ia bukan lagi satu gaya hidup, sebaliknya satu keperluan. Kulit mati, bintik putih dan bintik hitam, pigmentasi antara sebab utama kenapa kita perlu lakukan rawatan muka.
ARTIKEL BERKAITAN: Tip Untuk Tona Kulit Yang Lebih Sekata, Mesti Cuba!
Semua mahu kelihatan cantik dan yakin apabila berjumpa orang. Nak muat naik gambar di media sosial juga perlukan usaha untuk nampak cantik. Rawatan paling popular di MyClinic ialah hydra facial di mana ia sesuai dengan semua jenis kulit. Rawatan kulit menjadi antara keperluan masyarakat kita kerana faktor media sosial.
“Untuk mendapatkan oppa Korean glass skin, nombor satu yang paling penting ialah perlu gunakan skincare yang bersesuaian. Jangan malas bersihkan muka sebelum tidur. Penting untuk bersihkan solekan dan cuci muka dengan double cleanser, kemudian toner, serum, pelembab dan akhir sekali, wajib gunakan pelindung matahari
, kena top up empat jam sekali,” ulasnya lagi.Klinik estetik terkemuka, MyClinic mengembangkan sayap dengan pembukaan cawangan ke-10 di Shah Alam. Jelas Pengarah Perubatan MyClinic, Dr. Choo Kher Wooi, kesesakan trafik di cawangan sedia ada tidak mampu menampung pertambahan bilangan pengguna dan ini mendorong kepada pembukaan cawangan baharu.
“Ini merupakan cawangan ke-10 MyClinic di seluruh Malaysia. Pembukaan cawangan di Shah Alam disebabkan pertambahan trafik dan kesesakan di cawangan sedia ada,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pembukaan MyClinic Seksyen 9, Shah Alam baru-baru ini.
Menempatkan barisan pakar bertauliah yang mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jelas Dr Choo, setiap pelanggan akan mendapat khidmat nasihat bersesuaian dengan masalah yang dihadapi, malah boleh disesuaikan dengan bajet yang ada.
“Klinik estetik berlesen perlu mempunyai doktor yang mempunyai Credentialing and Privileging (LCP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Selepas itu barulah kita akan mendapat kelayakan untuk membuka klinik estetik. Doktor kami mempunyai kepakaran dan profesional dalam mengendalikan masalah kulit dengan selamat.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.