Tomato sarat dengan vitamin A dan C, malah semakin matang buah tomato itu, kandungan vitaminnya juga semakin banyak. Selain dijadikan ramuan masakan, tomato juga digunakan secara meluas dalam bidang kecantikan.
Walaupun dikategorikan sebagai makanan, tomato juga kaya dengan pelbagai manfaat untuk menjaga kecantikan kulit dan rambut. Sebagai sayur yang memiliki kandungan air yang tinggi, tomato boleh membantu melembapkan kulit dan membuatkannya lebih sihat.
Tomato bukan sahaja mudah untuk didapati tetapi juga boleh dibeli dengan harga yang murah. Banyak kegunaan tomato untuk tujuan kecantikan.
Kecilkan Liang Pori
Campurkan sedikit air perahan tomato di dalam putih telur. Sapu pada wajah dan biarkan ia kering. Selepas itu, bilas wajah dengan jus lemon atau limau nipis. Kemudian, barulah bilas wajah dengan air suam. Kombinasi bahan ini dikatakan dapat mengecilkan liang pori kulit wajah.
Atasi Kulit Kering
Untuk atasi kulit kering, campurkan air perahan tomato dengan yogurt original. Jadikan bahan ini sebagai masker, sapu pada keseluruhan wajah. Biarkan ia kering, kira-kira 30 minit. Bilas dengan air suam, kulit bukan sahaja lembap malah berseri.
Kulit Cerah Sekata
Campuran jus tomato dan madu amat mujarab untuk mengatasi masalah tona kulit tidak sekata. Sapu bahan tersebut pada wajah, biarkan ia kering. Bilas dengan air suam yang dicampur dengan air perahan limau nipis. Hasilnya kulit akan cerah sekata.
Singkir Lemak
Amalkan makan tomato pada waktu pagi, ia dikatakan mampu menyingkirkan lemak di dalam tubuh. Jus ini juga disarankan sebagai minuman harian bagi golongan yang mahu menurunkan berat badan. Minum jus ini 15 minit sebelum makan, ia akan membuatkan kita berasa kenyang.
Kulit Badan Mulus
Mudah saja untuk kembalikan kelembapan kulit, lenyek tomato dan lumur pada seluruh tubuh ketika mandi. Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali, pasti berpuas hati dengan hasilnya.
Bantu Atasi Kelemumur
Bagi yang ada masalah kelemumur, lenyek tomato, sapukan di bahagian kulit kepala. Lakukan selama 15-20 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Buat dua kali seminggu, kulit kepala akan bersih dan bebas kelemumur.
Rawat Rambut Kering
Ia juga boleh digunakan untuk merawat rambut yang kering dan bercabang. Lumur rambut dengan jus tomato, balut dengan tuala selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Insya-Allah rambut akan sihat dan bersinar.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber kredit: Kitsui Beauty
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI