Cuaca yang panas dan panahan sinar mentari yang terik membuatkan kulit seolah garing dan ranggup terbakar, sekaligus membuatkan kulit menjadi kering serta hilang kelembapan dengan cepat.
Justeru, kulit memerlukan rawatan dan penjagaan ekstra pada musim-musim panas ini agar nutrisi kulit dapat dikembalikan dan kesihatanya terjamin!
Selain minum lebih banyak air masak agar semua lembapan yang hilang dapat dipulihkan semula. Hijabista mengesyorkan agar Hijabi merawat kulit yang terbakar atau sunburn itu secara semulajadi. Bagaimana caranya? Jom semak!
Aloe Vera atau lebih dikenali sebagai pokok lidah buaya merupakan salah satu tumbuhan semula jadi yang kaya dengan khasiat dan manfaat kepada manusia sama ada bagi kegunaan luaran mahupun dalaman.
Memetik laporan Berita Harian, Beberapa kajian membuktikan bahawa, Aloe Vera adalah tumbuhan paling banyak khasiat yang digunakan untuk kesihatan dalaman dan luaran sejak lebih 5,000 tahun dahulu.
Antara komponen aktif yang terkandung dalam tumbuhan ini adalah air, pelbagai vitamin (A, C, E, B1, B2, B3, B6 dan B12) dan mineral (kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi), enzim serta asid amino.
Selain itu, dalam perawatan kulit, Aloe Vera berupaya merawat luka sehingga tidak meninggalkan parut dan mempercepatkan penyembuhan kesan melecur, terbakar.
Lebih menarik lagi, Aloe Vera bertindak sebagai perisai yang menghalang jangkitan kuman kerana mempunyai sifat anti-bakteria.
Sifat Anti-Bakteria inilah yang berfungsi memelihara kulit dan membaiki sel kulit yang rosak dari dalam serta menghasilkan kolagen dan protein yang melambatkan proses penuaan kulit dan juga kedutan.
Berikut Hijabista kongsikan beberapa cara yang tepat untuk menggunakan dan mengaplikasikan Aloe Vera sebagai perawatan kulit khusunya ketika musim panas terik yang melanda negara tropika seperti Malaysia.
Hijabi boleh gunakan Aloe Vera sebagai ‘exfoliator’ untuk menyingkirkan kulit-kulit mati pada wajah.
Malah, ia lebih baik jika digunakan sebagai scrub kerana bukan sahaja dapat menghilangkan kulit mati, tetapi menyingkirkan juga kotoran yang boleh menyumbat liang pori sehingga boleh mengakibatkan pertumbuhan jerawat.
Artikel berkaitan: Bukan Sahaja Menjadi Minuman Yang Sedap, Aloe Vera Dapat Merawat Sembelit
Selain itu, lapisan kulit yang mati jika tidak disingkirkan akan membuat kulit menjadi gelap, kusam dan membuatkan wajah kelihatan suram kerana seri semulajadi wajah telah terlindung.
Hijabista mengesyorkan agar Hijabi menggunakan scrub wajah ini sebanyak dua kali dalam seminggu.
Memiliki sensasi menyejukkan secara semulajadi membuatkan Aloe Vera memberikan kesan segar dan menyegarkan pada kulit wajah anda. Kandungan ini dapat menenangkan (Soothing
) kulit yang merengsa akibat sinar UV yabg berlebihan atau ruam kulit.Aloe Vera juga sangat sesuai untuk digunapakai sebagai masker, dalam masa sama ia dapat meningkatkan kolagen, melembapkan kulit, dan menambah kesegaran wajah.
Adalah lebih baik jika hijabi dapat menggunakan masker ini sebanyak dua kali dalam seminggu.
Artikel berkaitan: Buat Sendiri Je Kiub Ais Aloe Vera Untuk Kecutkan Jerawat. Kulit Pun Jadi Licin Sekali!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.