Cuaca yang panas dan panahan sinar mentari yang terik membuatkan kulit seolah garing dan ranggup terbakar, sekaligus membuatkan kulit menjadi kering serta hilang kelembapan dengan cepat.
Justeru, kulit memerlukan rawatan dan penjagaan ekstra pada musim-musim panas ini agar nutrisi kulit dapat dikembalikan dan kesihatanya terjamin!
Selain minum lebih banyak air masak agar semua lembapan yang hilang dapat dipulihkan semula. Hijabista mengesyorkan agar Hijabi merawat kulit yang terbakar atau sunburn itu secara semulajadi. Bagaimana caranya? Jom semak!
Atasi Masalah Kerengsaan Kulit Akibat Cuaca Panas Dengan Tumbuhan Ini!
Aloe Vera atau lebih dikenali sebagai pokok lidah buaya merupakan salah satu tumbuhan semula jadi yang kaya dengan khasiat dan manfaat kepada manusia sama ada bagi kegunaan luaran mahupun dalaman.
Memetik laporan Berita Harian, Beberapa kajian membuktikan bahawa, Aloe Vera adalah tumbuhan paling banyak khasiat yang digunakan untuk kesihatan dalaman dan luaran sejak lebih 5,000 tahun dahulu.
Antara komponen aktif yang terkandung dalam tumbuhan ini adalah air, pelbagai vitamin (A, C, E, B1, B2, B3, B6 dan B12) dan mineral (kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi), enzim serta asid amino.
Selain itu, dalam perawatan kulit, Aloe Vera berupaya merawat luka sehingga tidak meninggalkan parut dan mempercepatkan penyembuhan kesan melecur, terbakar.
Ads
Lebih menarik lagi, Aloe Vera bertindak sebagai perisai yang menghalang jangkitan kuman kerana mempunyai sifat anti-bakteria.
Sifat Anti-Bakteria inilah yang berfungsi memelihara kulit dan membaiki sel kulit yang rosak dari dalam serta menghasilkan kolagen dan protein yang melambatkan proses penuaan kulit dan juga kedutan.
Cara Aplikasikan Aloe Vera Pada Kulit Ketika Musim Panas
Berikut Hijabista kongsikan beberapa cara yang tepat untuk menggunakan dan mengaplikasikan Aloe Vera sebagai perawatan kulit khusunya ketika musim panas terik yang melanda negara tropika seperti Malaysia.
Singkirkan Kulit Mati Guna Aloe Vera sebagai ‘Exfoliator’
Ads
Hijabi boleh gunakan Aloe Vera sebagai ‘exfoliator’ untuk menyingkirkan kulit-kulit mati pada wajah.
Malah, ia lebih baik jika digunakan sebagai scrub kerana bukan sahaja dapat menghilangkan kulit mati, tetapi menyingkirkan juga kotoran yang boleh menyumbat liang pori sehingga boleh mengakibatkan pertumbuhan jerawat.
Selain itu, lapisan kulit yang mati jika tidak disingkirkan akan membuat kulit menjadi gelap, kusam dan membuatkan wajah kelihatan suram kerana seri semulajadi wajah telah terlindung.
Hijabista mengesyorkan agar Hijabi menggunakan scrub wajah ini sebanyak dua kali dalam seminggu.
Ads
Sejukkan Kulit Dikala Panas, Jadikan Aloe Vera ‘Masker Penyejuk’
Memiliki sensasi menyejukkan secara semulajadi membuatkan Aloe Vera memberikan kesan segar dan menyegarkan pada kulit wajah anda. Kandungan ini dapat menenangkan (Soothing) kulit yang merengsa akibat sinar UV yabg berlebihan atau ruam kulit.
Aloe Vera juga sangat sesuai untuk digunapakai sebagai masker, dalam masa sama ia dapat meningkatkan kolagen, melembapkan kulit, dan menambah kesegaran wajah.
Adalah lebih baik jika hijabi dapat menggunakan masker ini sebanyak dua kali dalam seminggu.
Kerja sampai bila-bila pun tidak akan habis. Mungkin kita terlalu memaksa tubuh untuk melakukan banyak pekerjaan sehingga badan menjadi lesu. Jadual harian sentiasa padat dengan tugasan sehingga waktu makan dan tidur terabai.
Sebenarnya tubuh manusia mempunyai jadual waktu sistem badan. Ada waktunya untuk kita berehat, tidur, bersenam dan sebagainya. Namun kerap kali kita tidak mengikut jadual yang sepatutnya.
Jadual Waktu Sistem Badan Manusia
Waktu Pagi
3:00 pagi – 5:00 pagi
Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.
5:00 pagi – 7:00 pagi
Usus Besar – Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.
7:00 pagi – 9:00 pagi
Perut – Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.
9:00 pagi – 11:00 pagi
Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.
Waktu Tengahari 11:00 tengahari – 1:00 petang
Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkatkan kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.
Petang 1:00 petang – 3:00 petang
Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk dan tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.
3:00 petang – 5:00 petang
Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.
5:00 petang – 7:00 malam
Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.
Waktu Malam 7:00 malam – 9:00 malam
Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.
9:00 malam – 11:00 malam
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.
11:00 malam – 1:00 pagi
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.
Waktu Lewat Malam 1:00 pagi – 3:00 pagi
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.
Inilah ringkasan jadual waktu badan manusia. Seeloknya cubalah ikut peraturan yang sepatutnya bagi tujuan untuk menjaga kesihatan tubuh. Jangan paksa badan kita untuk melakukan pelbagai kerja dalam satu-satu masa. Tubuh juga perlukan rehat.
Penyanyi muda, Iman Troye pernah tular, menghadiahkan wang tunai RM300 kepada pelajar yang menunjukkan peningkatan dalam mana-mana mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2022). Namun 2023 sokongan penyanyi yang popular dengan lagu Teman dan Nang ini tidak berdiam diri.
Iman Troye sebagai duta dan Ikon Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI terus komited dalam membantu pelajar SPM di seluruh negara.
Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 21, berkata, kehadirannya bukan sekadar duta dan ikon, tapi menyifatkan ia adalah tanggungjawab yang perlu dijalankan dengan sebaiknya.
Hadir memberi semangat dan motivasi kepada lebih 1,000 pelajar SPM menerusi program Seminar Roadtour Skor A+ SPM yang diadakan di Hotel Grand Renai, Kota Bharu, Kelantan.
“Pada program ini sebanyak 1,020 pelajar terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 terbabit dalam program Seminar Roadtour Skor A+ SPM Kelantan. Bagi saya, penyertaan itu cukup memberangsangkan selain melihat usaha mereka untuk lulus cemerlang pada SPM akan datang.
Siri Jelajah Misi Skor A
Persediaan yang dibuat PTTI ini selaras dengan pengumuman dibuat Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai SPM yang diawalkan bermula 5 Disember depan (peperiksaan amali SPM). Misi membantu pelajar- pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM sehingga mereka mendapat skor A, dengan kehadiran Iman Troye sebagai penyuntik semangat pada mereka yang memerlukan.
“Saya berharap kehadiran saya bersama pasukan PTTI dapat memberikan semangat yang jitu kepada mereka. Saya mahu apa saja usaha yang dilakukan bakal membuahkan hasil terbaik kepada mereka.
“Apa yang pasti, saya bersama PTTI komited untuk terus membantu pelajar yang bakal menduduki SPM ini agar mereka berada di landasan betul,” katanya.
Pada Seminar Roadtour Skor A+ SPM Kelantan, mata pelajaran yang diajar adalah Matematik, Bahasa Melayu, Sains, Kimia dan Matematik Tambahan. Dalam masa sama, PTTI akan meneruskan siri jelajah sempena cuti sekolah di IDCC Shah Alam pada 2 September ini.
“PTTI dalam misi nak membantu 100,000 pelajar SPM seluruh Malaysia untuk tingkatkan prestasi akademik dari Gagal ke A menerusi kelas tuisyen dalam talian.
“PTTI turut mengadakan siri jelajah ke sekolah di seluruh negara secara percuma dalam usaha membantu KPM dan negara bagi memastikan standard pencapaian murid tercapai,” katanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelakon popular Fazura sekali lagi menghangatkan ruang laman sosial dengan ‘posting’ terbarunya di laman Instagram miliknya. Baru-baru ini, selebriti ini memuat naik gambar terbarunya di laman Instaragam miliknya, @missfazura.
Ia menjadi bualan ramai kerana wajah ayunya bertudung sambil ‘posing’ bersahaja bersama-sama ‘caption’ tentang vaksin, cukup menyerlahkan lagi sisi keanggunan selebriti ini.
Sejak kebelakangan ini, Fazura seringkali memuat naik gambar mahupun videonya memakai tudung. Ramai netizen yang mendoakan supaya Fazura kekal memakai hijab dan ramai juga memberikan komen-komen yang positif dalam ruangan komennya.
Isteri kepada pelakon lelaki popular, Fattah Amin dan juga ibu kepada Nur Fatima Aisya ini kelihatan sibuk dengan perniagaan @tudungfazura nya yang sememangnya menjadi pilihan ramai para hijabi di luar sana. Apa-apapun, kami sentiasa mendoakan semua yang terbaik untuk Fazura! Semoga Allah S.W.T memberi kebaikan yang sebaiknya kepada selebriti kesayangan ramai ini.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...