Tolak Tiup Tapi Guna Tangan Padamkan Api Lilin, Sikap DS Siti Nurhaliza Dipuji Netizen. Ini Penjelasan Ustaz!

Share

Tarikh 11 Januari 2019 cukup bermakna buat penyanyi kesayangan ramai Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 40. Dalam satu video dimuat naik turun di mana beliau diraikan lebih awal oleh team #sitinuhalizaontour  dalam studio ketika sedang berlatih pada hari ketika untuk persiapan konsert Siti Nurhaliza Tour 2019.

Membawa kek sambil menyanyikan lagu Hari Jadi khas buat penyanyi tersohor ini. Namun yang jadi perhatian netizen apabila Siti tidak meniup lilin pada kek berkenaan tetapi memadamkannya hanya menggunakan jari tangannya.

Perbuatan itu mendapat perhatian netizen yang memuji tindakan beliau tidak meniup kek berkenaan seperti kebiasaan yang sering dilakukan apabila menyambut hari jadi.

norhaliza90 Ija suka tengok Dato’ Siti padamkan api lilin pada kek tu.. BravoO.. Salah 1 cara yg betul utk mengelakkan diri drpd meniup api lilin tu.. 

odetsss_ Comel ja cara padam… like it..

hashomemade Alaaa..bertambah sukaa dgn cara tok ti xtiup lilin..pakai jari ja…org ada ilmu..gini aa..HB @ctdk..moga sentiasa dlm rahmat ALLAH selalu 

the_izara18 Suke sangat cara dato die tau kalau sebetulnye tak di bolehkan tiup lilin die padam lilin guna tangan je. 

therealamyrul Uiii..padam lilin guna jari mcm Tu je..dahsyatt..HB tokti !!

Siti juga kelihatan terkejut dengan sambutan awal sempena kelahiraannya itu dan tetap memberikan sporting meraikannya walaupun sedang sibuk membuat latihan.

Untuk pengetahuan Siti yang menyambut kelahiran ke 40 tahun ini bakal mengadakan konsert di tiga negara termasuk Malaysia sebagai permulaan kerjayanya di tahun 2019.

Hijabista ucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke 40 buat Siti, semoga panjang umur dan murah rezeki.  Pastinya juga sambutan tahun ini cukup bermakna dengan kehadirah si comel pipi Merah, Siti Aafiyah

Ekstra Info:

Berhubung perbuatan tiup lilin ini, menurut Ustaz Azhar Idrus tidak salah untuk membeli kek tetapi jangan berniat untuk tiru perbuatan orang kafir dengan meniup kek berkenaan.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM CTDK & ROZI SANGDEWI

Published by
Siti Zurina