Alhamdulillah, setiap hari pasti ada sahaja berita baik yang Hijabista terima. Beberapa hari yang lalu, kita baru sahaja terima berita kehamilan isteri kepada pelakon Adam Corrie. Alhamdulillah, semalam Mia Ahmad yang juga merupakan seorang pelakon telah mengumumkan berita kehamilannya menerusi laman Instagram.
Tahniah Hijabista ucapkan. Memiliki cahaya mata sememangnya menjadi impian setiap pasangan yang sudah berkahwin. Seperti yang kita tahu, Mia Ahmad pernah mengalami keguguran pada beberapa bulan yang lalu. Kini, impian Mia untuk menimang cahaya mata bakal tercapai apabila disahkan hamil.
Disebabkan itu, Mia Ahmad kini mengambil langkah berjaga-jaga dengan menolak segala tawaran lakonan, penggambaran, kemunculan di event serta temu ramah pada sebarang acara dan program disebabkan masalah kesihatan yang dihadapinya.
Selain itu, Mia juga turut memohon maaf kepada pihak media kerana tidak memberi respons terhadap panggilan telefon serta WhatsApp yang dihantar. Meskipun agak takut untuk mengumumkan kehamilannya, Mia Ahmad tetap kuat untuk memberitahu orang ramai terutama para peminat tentang kehamilannya itu.
Mia turut berharap agar orang ramai memahami keadaan dirinya sekarang dan meminta maaf sekiranya ada individu yang terkejut dengan hal ini. Walau bagaimanapun, Mia Ahmad tidak memberitahu usia kandungannya kini.
Sama-sama kita doakan agar perjalanan Mia Ahmad sepanjang kehamilan ini berjalan dengan lancar dan semoga dipermudahkan segala urusan. Terdahulu, Mia telah berkahwin dengan penjaga gol pasukan bola sepak JDT iaitu Izham Tarmizi Roslan pada 13 Januari 2017.
Berikut merupakan perkongsian Mia Ahmad di Instagram miliknya:
Assalamualaikum…. Im here there of would like to apologize to all production houses for turning down every job offer, shoot, event appearance, interview event invitation and other programs due to my health and wellness. I also would like to apologize to the media for not responding to any of your phone calls and whatsapp.
With all my gratitude and syukur, I am here to announce that I am now PREGNANT. It scares me to make this announcement as I had a miscarriage a few months ago. But it only makes me stronger and I took the courage to tell everyone about this pregnancy. I hope everyone understands my situation and I am sorry if any of you are taken aback by this.
I hope my pregnancy journey will be in your doa too and may Allah bless us all. Amin.
Sumber: Instagram Mia Ahmad