Pelbagai cara dilakukan seseorang untuk menurunkan berat badan agar kekal langsing dan boleh menggayakan apa jua pakaian yang disukai. Lebih-lebih lagi jika mereka itu di kalangan public figure yang perlu tampil cantik setiap masa.
Untuk menurunkan berat badan, ada yang memilih mendapatkan rawatan pakar dan ada juga yang menggunakan cara alami.
Seperti pengacara dan pelakon popular Zulin Aziz juga sudah mampu tersenyum kerana badan sudah langsing dan boleh menggayakan busana yang disukai.
Sebelum ini Zulin telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10kg menerusi kaedah konvensional iaitu bersenam dan mengamalkan pemakanan sihat.
Pelakon ini turut mendedahkan dia kurus selepas mengamalkan senaman dan diet. Manakala daripada segi pemakanan pula, Zulin cuba mengelak dari makan nasi dan makanan yang mengandungi gula sebagai membantu mempercepatkan proses pengurangan berat badan.
“Alhamdulillah saya masih dalam proses mengurangkan berat badan. Antaranya diet=diet saya kongsikan ialah saya vegetarian sebenarnya, tapi kadang-kadang saya ‘cheat’ juga makan nasi.
“Saya selalu amalkan vegetarian 14 hari dan saya diet seperti biasa. Of course saya tak makan nasi dan makanan yang mengandungi gula, Cuma makan buah epal, kacang, salmon dan benda rebus sahaja, ujarnya.
Selain itu, Zulin juga memastikan melakukan senaman dan dia juga menyertai kelas Muay Thai. Katanya dia mahu terus mendapatkan badan yang diimpikan dan paling penting kekal sihat.
Menurutnya lagi, kalau kurus cantik tetapi berpenyakit juga tiada gunanya. Jadi biarlah kurus, sihat dan cantik.
Jadi sesiapa yang nak menurunkan berat badan tanpa pengambilan seberang pil kurus, boleh cuba amalkan cara diet Zulin Aziz yang kini memang nampak semakin anggun dan jelita. Kini dia berazam untuk menurunkan lagi berat badannya kepada berat ideal.
Selain itu Zulin juga ada berkongsi menu diet telur yang diamalkan sebelum ini.
Menu cadangan untuk 2 minggu: turun 10 kg No sugar
Isnin
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: 2 potong sweet potato dan 2 biji epal
Malam: 1 pinggan salad dan ayam panggang
Selasa
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: sayuran hijau dan salad ayam
Malam: sepinggan salad, sebiji oren dan 2 biji telur rebus
Jumaat
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Sayur rebus dan 2 biji telur rebus
Malam: Salad dan ikan panggang
Sabtu
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Buah-buahan
Malam: Sayur dan ayam stim
Ahad
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Salad tomato, sayur stim dan ayam panggang
Malam: Sayur stim
Pelakon terkenal tanah air, Fauziah Nawi, 69, menceritakan nasibnya yang sanggup menyertai cabutan bertuah di Karnibal Ekspresi @Finas yang telah berlangsung di Kompleks Finas, Hulu Kelang pada Oktober lalu.
Katanya ingin mencuba nasib untuk mendapatkan ganjaran yang lumayan–sama ada kereta mahupun motosikal. Namun, nasib tidak menyebelahinya ketika itu, dia tidak dapat apa-apa ketika sesi cabutan bertuah itu.
Menurut temu bual bersama Harian Metro, Fauziah Nawi atau sering dipanggil Ibu Fauziah menceritakan cara untuk sertai cabutan bertuah itu. Walaupun tidak menang, dia akur dengan keadaan itu.
“Kalau nak dapat cabutan bertuah, kena beli barang berjumlah RM30. Saya beli dua barang tapi mereka bagi empat baucer cabutan. Saya cuba nasib kalau tak dapat kereta, dapat motosikal pun jadilah dan boleh jual,
“Malangnya saya tak dapat apa-apa. Selepas itu saya cerita kepada adik dan dia pujuk saya. Katanya Allah nak bagi yang lebih besar.” katanya.
Namun, kata-kata adiknya itu seolah-olah menjadi kenyataan apabila Ibu Fauziah dinobatkan sebagai Tokoh Seri Angkasa 2022 sewaktu malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA) 2022 pada 30 Oktober lalu. Itu terjadi selepas beberapa hari dia sertai sesi cabutan bertuah di Finas itu.
Pengiktirafan itu menawarkan dia sejumlah hadiah yang yang lumayan. Hadiah yang diterima olehnya adalah berbentuk sebuah kereta Mitsubishi Xpander bernilai RM100,000, dan juga wang tunai RM10,000 serta trofi.
“Macam tak percaya pun ada. Saya tak pernah beli kereta besar macam ini. Paling besar pun kereta jenis Proton Waja pada 2007. Itu kereta terbaik yang saya ada,
“Semua kawan-kawan artis saya gembira dengan pemberian ini. Maknanya harapan untuk mereka pun ada (untuk dapat pengiktirafan serupa),
“Allah cakap kalau dah rezeki, kita tak perlu risau. Saya rasa dengan ini ada harapan untuk semua orang. Saya percaya kalau kita buat kerja betul lama-lama orang nampak.” ujarnya lagi.
Menurut Ibu Fauziah lagi, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki sebuah kenderaan sendiri sejurus kereta Proton Waja miliknya itu musnah akibat terbakar pada fius empat tahun lalu.
Setiap minggu kedua di bulan Januari penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan menyambut ulang tahun kelahirannya. Dan tahun ini lebih istimewa kerana sambutan kali ke 40 yang dianggap sebagai permulaan memasuki usia 40-an. Melihat perjalanan beliau dari dulu hingga kini nyata Siti semakin matang dan tampak lebih konfiden, terutama bab berfesyen.
Malah sejak mengenakan hijab pada 2013 pada usia 34 tahun ternyata penampilan Siti lebih cantik dan sangat jelita.
Ibu kepada Siti Aafiyah ini juga turut menjadi idola dan inspirasi buat hijabi di luar sana yang ingin kelihatan cantik dan bergaya.
Ayuh, kita lihat #OOTD Siti Nuhaliza yang memang bijak menggayakan pakaian mengikut kesesuaian majlis dihadiri.
Setiap tahun, kita umat Islam berpuasa dalam bulan Ramadhan yang mulia. Selama itulah juga kita dapati di mana-mana saja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia memeriahkan malam-malam bulan yang mulia ini dengan ibadat sembahyang sunat Tarawih, sunat Witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan.
Oleh itu supaya kita sama-sama dapat menghidup dan memeriahkan malam-malam yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah SWT.
Berlainan dari tahun-tahun yang lepas, rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk berkumpul dalam kumpulan yang besar termasuklah sembahyang terawih secara berjemaah bagi mengelakkan virus menular kepada individu berkenaan.
Namun ini tidah bermaknat anda tidak boleh mendapat syafaat di bulan Ramadan. Sembahyang terawih berjemaah memang banyak pahala, tetapi anda juga melakukannya di rumah. Bagi mereka yang keliru dengan cara melaksanakan sembahyang terawih berseorangan, ikuti perkongsian dan panduan Jabatan Agama Islam Malaysia.
Bagaimana cara mengerjakan Solat Tarawih? Ini adalah panduan mudah untuk melakukan Solat Sunat Tarawih. Anda akan dibimbing secara langkah demi langkah sehingga selesai dan panduan ini diringkaskan agar mudah difahami oleh semua orang.
Apa yang menarik:
Panduan cara Solat Sunat Tarawih ini juga dipermudahkan dengan ejaan rumi untuk membantu sesiapa yang mengalami kesukaran membaca tulisan arab. Jika anda memerlukan panduan ini, jom kita mulakan.
Pengenalan Tarawih
Melaksanakan solat sunat tarawih adalah antara amalan-amalan yang begitu dituntut (sunat muakkad) dalam bulan Ramadhan. Ia boleh dilakukan secara bersendirian di rumah mahupun berjemaah di masjid dan surau.
Tarawih ertinya Istirehat.
Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’.
Tujuan berhenti rehat sekejap adalah untuk memperolehi keikhlasan dan memberikan ketenangan kepada mereka yang bersolat, khususnya kepada warga emas disamping mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesiapa yang melakukan solat malam (Tarawih) pada Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu
— Hadis riwayat Muslim
Solat sunat tarawih adalah satu ibadah qiamullai yang sangat digalakkan pada bulan Ramadan sehingga nabi menggelarkan ia “qiam ramadan”. Ia sangat istimewa sehingga Allah menjanjikan ganjaran keampunan kepada mereka yang mengerjakannya.
Waktu Untuk Mengerjakan
Waktu untuk mengerjakan solat sunat tarawih adalah selepas Solat Sunat Ba’diyyah Isyak sehinggalah terbit waktu fajar. Adalah digalakkan untuk mengerjakan solat sunat ini secara berjemaah di masjid kerana ganjaran pahalanya begitu besar.
Jumlah Rakaat
Rasulullah tidak pernah menetapkan bilangan rakaat yang perlu dilakukan. Solat Sunat Tarawih ialah ibadat tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah. Ia satu cara untuk menunjukkan keikhlasan, kebaktian dan ketaatan kepada Allah SWT.
Jesteru itu, Rasulullah SAW menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan, keikhlasan dan kerelaan.Sekiranya tidak mampu melakukan 20 rakaat disebabkan tugas mahu pun kesihatan, memadai dengan lapan rakaat sahaja.
Selepas itu, solat sunat tarawih akan diakhiri dengan solat witir.
Bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih yang biasa dilakukan Rasulullah SAW adalah 11 rakaat; terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat Solat Sunat Witir.
Jumlah ini dipilih oleh kebanyakan umat Islam Malaysia. Biasanya Solat Sunat Tarawih dipisahkan kepada 2 rakaat demi 2 rakaat (4 kali 2 rakaat) dengan setiap dua rakaat satu salam.
Lafaz Niat Solat Tarawih
Oleh kerana solat sunat tarawih boleh dilakukan sama ada secara bersendirian atau berjemaah, maka terdapat 2 lafaz niat yanakan terangkan.
Lafaz niat membantu kita sewaktu berniat solat (rukun) semasa Takbiratul Ihram.
Solat Tarawih Bersendirian
Lafaz niat solat sunat tarawih secara bersendirian ialah:
Usolli sunnatal tarawih rak’ataini lillahi taala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.
Solat Tarawih Berjemaah (Makmum)
Niat solat sunat tarawih secara berjemaah (sebagai makmum) adalah seperti berikut:
Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala. Niat ini perlu dibaca sebelum setiap kali mengangkat takbir. Oleh itu, jika anda ingin mengerjakan solat sebanyak lapan rakaat, maka niat perlu dibaca sebanyak empat kali.
Rukun Solat & Surah Yang Boleh Dibaca
Rukun Solat
Rukun solat sunat tarawih adalah sama seperti rukun solat solat fardu atau solat sunat yang lain. Jika terdapat beberapa beberapa bacaan tambahan di antara solat sunat tarawih ini, ia bukanlah rukun atau syarat. Tetapi ia hanyalah semata-mata untuk mengambil peluang untuk memperbanyakkan zikir, tasbih, selawat dan doa dalam bulan Ramadan yang mulia.
Pemilihan Surah
Tiada penetapan khas untuk surah yang perlu dibaca dalam solat sunat tarawih. Anda boleh membaca mana-mana surah kegemaran anda yang diingati.
Namun sebagai panduan, saya mencadang surah-surah biasa berikut selepas Al-Fatihah:
Surah Al-Asr (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
Surah Al-Humazah (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
Surah Al-Fiil (rakaat pertama) dan surah Al-Ikhlas (rakaat kedua)
Oleh kerana jumlah rakaat adalah 8 rakaat dan ditunaikan sebanyak 4 kali solat (satu salam bagi setiap 2 rakaat), maka bacaan ditanda dengan nombor 1 hingga 4 mewakili susunan solat.
Nota : Biasanya di Malaysia, selepas selesai 4 rakaat, kita akan membaca doa terlebih dahulu sebelum mengerjakan 4 rakaat yang terakhir.
Doa tersebut adalah seperti di bawah:
Doa Antara Tarawih (Selepas 4 Rakaat)
Allahumma inna nas aluka ridho ka wajannah wa na u’zubika min sahotika wannar. Allahumma innaka ghofur karimun tuhibbul afwa fagfu anna wa an jami’il muslimina wal muslimat, birahmatika ya arhamarrohimin.
Maksudnya:
Ya Allah, kami meminta redha-Mu dan syurga dan kami berlindung denganMu daripada kemurkaanMu dan api neraka.Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Mulia, Engkau sangat suka memaafkan maka maafkanlah kami dan seluruh kaum Muslimin dan Muslimat. Dengan rahmatMu Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Doa Selepas Solat Tarawih
Selepas selesai solat tarawih yang terakhir, bacalah doa ini.
Bismillahirrahmanir rahim.
Alhamdulillahi rabbil alamin. Wassolatu wassalamu ala sayyidina muhammadin wa ala Alihi wasohbihi ajmain, Allahummaj ‘alna bil imani kamilin, walifara idhika muaddin. Wa lissolati haafizin. wa lizzakati faa ilin, wa limaa ‘indaka tholibin, wa li ‘afwika raajiina wa bil hudaa mutamassikiin.
Wa anil laghwi mu’ridhiin. Wa fiddunya zaahidin. Wa fil aakhirati ra ghibin. Wa bil qadaa i raa dhiin. Wa binnu amaa i syaakirin. Wa alal balaa ya saabiriin. Wa tahta liwaa i sayyidinaa muhammmadin sallaahu alaihi wa sallama yaumal qiyamaati saa iriin. Wa ilal haudhi waaridiin. Wafil jannati daakhiliin.
Wa Alaa sariiratil karaa mati qaa idiiin. Wa bihuurin linim mutazawwajiin. Wa min sundusiw waistabraqiw wadiibaajim mutalabbisiin. Wa min to aamil jannati aa kilin. Wa mil labaniw wa asalim musoffaini syaaribiin. bi akwaa biw wa abaariiqa wakaksim mimma ‘in. ma Allaziina an amta alaihim minan nabiyyiina wassiddiiqiina wasy syuhadaa iwassoolihin.
wali ajdaadinaa wali jaddatinaa wali masyaa ikhinaa wali mu allimiinaa, wa jamii il muslimiina wal muslimaati wal mukminiina wal mukminaat., al ahya i minhum wal amwaat.
Waktubillahummas-salaamata wal aafiyata alai na wa alaa abiidikal hujjaaji wal ghuzaati wazzuwaar, wal musaafiriina wa muqiimiina fil barri wal bahri minal muslimin.
Waqinaa syarrazh zholimin. Wan surnaa alal qaumil kaafiriin, ya mujiibassaa iliin. Wakh tim lanaa yaa rabbanaa minka bikhairiyyaa arhamar raahimin,
Wassollahu ‘ala khairi kholqihi muhammadin wa ‘ala Alihi wasohbihi wassallam. Walhamdulillahi robbil Aalamin.
Maksudnya:
Segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam, sebagai pujian yang menyempurnakan nikmatNya dan mencukupkan pertambahannya.Wahai Tuhan kami, bagiMu pujian seperti yang selayakNya dan kemudian ZatMu dan kebesaran pemerintahanMu. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad dan keluarga serta sahabat-sahabatNya.
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah iman kami iman yang sempurna. Segala kewajipan zakat kami laksanakan dan segala apa yang ada di sisiMu kami pohonkan dan keampunanMu kami harapkan. Kami berpegang dengan petunjukMu dan menjauhi perkara yang sia-sia, zuhud dengan dunia dan cinta akhirat, redha dengan ketentuanMu, bersyukur dengan nikmat-nikmatMu, dan bersabar dengan bala bencana.
Kami berlindung di bawah panji-panji Nabi Muhammad pada hari kemudian, kami berkehendak kepada perlindunganMu dan dapat memasuki syurgaMu dan duduk di atas katil yang mulia (di syurga), berkahwin dengan bidadari-bidadari dan memakai perhiasan-perhiasan di syurga, memakan makanan di Syurga, minum susu dan madu yang suci dari gelas-gelas yang indah bersama mereka yang telah Engkau beri nikmat daripada golongan nabi-nabi, rasul-rasul, para syuhada dan orang soleh. Ya Allah, jadikan kami pada malam yang mulia dan penuh keberkatan ini daripada orang yang berbahagia kerana diterima amalannya, dan janganlah jadikan kami orang yang berdukacita kerana ditolak amalan kami.
Ya Tuhan kami, afiatkan kami dan berikan kami keafiatan, Ya Tuhan kami, ampuni kami, ibu bapa kami, saudara-saudara kami, suami/isteri kami dan guru-guru kami dan mereka yang kami ajarkan, dan mereka yang mempunyai hak ke atas kami, dan mereka yang mencintai kami dan berbuat baik kepada kami, dan mereka yang membimbing kami dan yang kami bimbing kepada kebaikan, dan mereka yang berwasiat kepada kami dan yang kami wasiatkan dengan doa, dan seluruh muslimin dan muslimat.
Dan Ya Allah, tulislah keselamatan dan keampunan untuk kami dan ke atas hamba-hambaMu yang terdiri daripada para jemaah haji dan umrah, peniaga-peniaga, orang yang berziarah, musafir-musafir dan orang yang bermukim, di darat atau di laut daripada orang Islam.
Dan jauhkan kami daripada orang yang zalim, dan bantulah kami ke atas orang kafir, wahai Tuhan yang memperkenankan orang yang bermohon. Dan sempurnakanlah untuk kami wahai Tuhan kami daripadaMu dengan kebaikan wahai Tuhan Yang Maha Pengasih daripada segala segala yang mengasihani.
Selawat dan salam ke atas sebaik-baik kejadian, Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan Sahabat-sahabatnya, dan segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Mengerjakan Solat Sunat Witir Selepas Tarawih Sebagai Penutup
Menjadi kebiasaan di negara kita solat sunat witir akan didirikan selepas selesai solat sunat tarawih. Solat witir dilakukan sekurang-kurangnya satu rakaat, sekurang-kurangnya bagi had yang sempurna ialah tiga rakaat (dua salam).
Jika kita solat berjemaah di masjid, sebelum solat sunat witir dimulakan, bilal akan memberitahu para jemaah dengan lafaz:
Bacaan dimulai dengan ucapan di bawah sebanyak dua kali:
Yaa latiffu ya kafii ya hafizu ya syafii
Maksudnya:
Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Mencukupi, Maha Memelihara, Maha Menyembuhi.
Kemudian disambung dengan ucapan di bawah sebanyak satu kali.
Yaa latiffu ya wafii ya karimmu antallah
Maksudnya:
Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Setia, Maha Mulia, Engkaulah Allah.
Seterusnya zikir tahlil seberapa banyak yang disukai:
Laa ilah ha illallah
Maksudnya:
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.
Selesai zikir, kita boleh membaca doa.
Doa adalah bebas.
Di bawah adalah cadangan doa untuk dibaca untuk solat sunat tarawih.
Amin, Amin, bijudika amin bimtina nika aamin, ya khairal mas ulin ya Allah, wa ya rahimazzhu aa faa ii wal fuqaraa ii wal walyatama wal masakin. Allahummag tiq riqobana warikoba aaba ii na wa ummahatina wa ajdadina wa jaddatina minannari ajmain. Watub wa zakk wagfu aa man yakulu aminn, aminn, aminn. Wasollohu alaihi wal hamdulillahi rabbil aalamin.
Sehabis bacaan doa ini, baca surah al-fatihah.
Seterusnya disambung dengan bacaan doa yang kedua:
Allahumma rabbana taqabbal minna solatana wasiyamana waqiyamana waruku aana wasujudana watakhosyu aana wata dorru aana wata aabbu dana watammim taksii rana ya Allah Ya Allah, birahmatika ya arhamarraa himin, wal hamdululillahi rabbil aalamin.
Dengan itu, selesailah solat sunat tarawih untuk malam tersebut.
Semoga mendapat keberkatan di bulan ramadhan yang mulia.
NOTA: Membaca Doa Qunut Pada Malam Ke-16
Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadan, disunatkan membaca Doa Qunut pada rakaat yang akhir solat sunat witir sesudah bangkit daripada rukuk.
Lafaznya sama sebagaimana lafaz doa Qunut solat fardhu Subuh.
Ramadhan adalah tetamu yang agung. Datangnya berkunjung selama sebulan dalam setahun. Dia membawa kepada kita pelbagai hadiah yang sangat berharga yang perlu kita ambil dan hargai. Jika tidak kitalah orang yang paling rugi kerana mengabaikan hadiah yang istimewa itu.
Di antara hadiah-hadiah istimewa itu ialah pahala berganda untuk setiap amal di bulan Ramadan. Oleh itu kita perlu mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan segala amalan di bulan ini dengan sebaiknya dengan menambah amalan sunat seperti membaca quran dan bertarawih bagi merebut gandaan pahala yang hanya di tawarkan di bulan yang mulia ini.
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.Gadis yang berasal dari Timur...