Tolak Gula & Minuman Berais, Petua Cantik Wawa Zainal Untuk Dapat Badan Langsing. Jom Cuba!

Share

Setiap individu mempunyai kecantikan yang berbeza. Ada yang senang mengamalkan perawatan secara moden, dan ada juga yang lakukan secara alami. Namun begitu, tujuannya hanya satu. Untuk kelihatan cantik dan sihat. Fitrah seseorang wanita, yang sukakan dirinya kelihatan cantik dan berhias sempurna.

Bukan untuk menunjuk, sebaliknya itulah kepuasan yang dicari. Hijabista berkongsi cara si cantik Wawa Zainal menjaga kesihatan dan kecantikan wajahnya.

Pelakon berlesung pipit ini mengamalkan pengambilan air putih yang cukup setiap hari untuk tampil segar dan langsing.

Dia juga kurangkan pengambilan minuman berais dan minuman manis. Manakala bagi penjagaan wajah, untuk elak jerawat timbul, Wawa akan mencuci bersih wajahnya setiap hari setelah disolek tebal.

Selain itu isteri kesayangan Aeril Zafrel dan ibu kepada dua cahaya mata ini juga turut menjaga kecantikan fizikalnya dengan mengamalkan senaman yang mudah diikuti.

Patutlah Wawa kelihatan segar, langsing dan bertenaga, rupanya dia mengamalkan cara hidup sihat dan begitu menitikberatkan soal pemakanan.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM WAWA ZAINAL

Published by
Siti Zurina