Kecantikan

Tolak Ais & Cukup Tidur, Rahsia Cantik Fazura Untuk Kekal Jelita & Langsing Bak Cinderella!

Share

Memang tak jemu mata memandang melIhat kecantikan dan keindahan rupa paras heroin drama bersiri ‘Hero Seorang Cinderella ini. Senyuman manis yang dilemparkan cukup memikat hati. Fazura memang dikenali sebagai salah seorang artis wanita tercantik di Malaysia.

Walaupun sudah berkahwin dan mempunyai cahya mata, tetapi wajahnya masih seperti gadis berusia 20-an. Kecantikan yang dimiliki bagaikan tidak dimamah usia. Bak kata pepatah sejuk mata memandang.

Apa agaknya rahsia selebriti tinggi lampai ini? Pastinya ramai gadis di luar sana mahu tahu rahsia kecantikan Fazura. Tanpa solekan tebal, dia tetap nampak cantik dan cukup stailo apabila bergaya.

Ini dia 3 amalan yang dilakukan oleh Fazura untuk kekal cantik, langsing dan bertenaga bak seorang cinderella.

1. Elak Minum Minuman Sejuk & Berais

Gadis kelahiran Kuantan Pahang ini memang tidak mengambil minuman ais dan sejuk. Dia hanya mengambil air panas dan turut mengamalkan minum teh herba hijau. Teh hijau memang baik untuk kesihatan dalaman.

Teh hijau baik untuk kesihatan dalaman.

2. Waktu Tidur Mencukupi

Fazura juga begitu menitikberatkan soal tidur. Dia mengamalkan tidur yang cukup iaitu 7 hingga 9 jam sehari untuk memastikan kulit kekal cantik dan sihat.

Pastikan anda tidur 7 hingga 9 jam sehari.

3. Mementingkan Senaman

Selain itu, Fazura juga begitu mementingkan senaman kerana ianya sangat bagus untuk kecergasan stamina, peredaran darah dan paling penting adalah untuk kesihatan. Biasanya dia akan pergi ke gym dengan dibantu jurulatih berpengalaman.

Jangan malas untuk lakukan senaman.

Jadi apa lagi hijabi di luar sana yang mahu kekal cergas, langsing dan cantik tidak susah dan berbelanja mahal. Hanya perlu lakukan 3 amalan ini dengan disiplin yang cukup tinggi.

Artikel Berkaitan: Wajah Secantik Bidadari Bila Bangun Tidur

SUMBER: VIA HANASUVA

Published by
SH