Kita sering alpa untuk melakukan perkara-perkara yang di syorkan dalam Islam sebelum tidur. Misalnya, seperti baca doa, ambil wudhuk, dan sebagainya supaya tidur kita juga menjadi satu ibadah.
Jadi jangan lengahkan masa untuk tidak tahu dan buat-buat tak tahu ya sis. Ayuh kita kenali pengamalan surah Al-Mulk sebelum tidur.
Al-Quran merupakan sumber panduan kehidupan buat manusia yang mengandungi pelbagai surah-surah titipan nasihat. Setiap surah juga adalah satu pesanan daripada Allah SWT buat kita sekalian hambaNya.
Jadi sebelum tidur, terdapat amalan yang di anjurkan supaya di amalkan sebelum tidur. Surah Al-Mulk di anjurkan untuk di jadikan sebagai amalan sebelum tidur untuk menjaga diri dan juga penghalang daripada seksaan kubur.
Artikel berkaitan: Lakukan 5 Amalan Rasulullah SAW Sebelum Tidur Supaya Dipelihara Oleh Allah SWT.
Dalam surah Al-Mulk terdapat satu ayat yang cukup istimewa yang menegaskan tentang usaha yang optimum. Tambahan lagi, ia menyuruh supaya umat manusia untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai amalan yang lebih baik dalam kehidupan.
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);” (Surah Al-Mulk, 67:2)
(Ahsanu ‘amala)
Kita di syorkan untuk tidak boleh duduk diam dan terlalu selesa dengan amalan yang di lakukan sekarang. Jadi buat dahulunya yang tidak pernah solat, usahakanlah diri untuk mendirikan solat. Jika tidak pernah membayar zakat, cubalah untuk menunaikan tuntutan zakat–begitu juga dengan jika tidak pernah menyentuh Al-Quran dengan agak lama, ringankanlah tangan untuk membaca Al-Quran. Perubahan perlu di ambil mengikut kebolehan anda, sama ada lambat atau cepat, terpulang pada anda.
Ibnu Taimiyyah pernah menjelaskan bahawa orang yang faqih (faham) bukanlah hanya berlandaskan kepada orang yang hanya dapat bezakan antara baik dan buruk, malah, dapat bezakan secara ketara apa yang lebih baik dan paling buruk. Ini bermakna mereka dapat membezakan perkara yang mustahak dan mendahulukan apa yang lebih penting berbanding yang kurang penting.
Rasulullah SAW pernah bersabda untuk mementingkan hal yang lebih berfaedah dan kurangkan kepentingan terhadap perkara yang tidak bermanfaat.
Dari Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW bersabda:
“Di antara kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan hal yang tidak bermanfaat” (HR. Tirmidzi no. 2317, Ibnu Majah no. 3976. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadis ini sahih).
Apa yang boleh menjadi iktibar adalah kurangkan perkara yang tidak berfaedah sepertinya bergaduh tentang sesuatu perkara yang tidak berfaedah di sosial media. Sanggup menghabiskan masa dengan perkara yang berunsurkan mengata orang dan sebagainya. Jadi anda perlu pentingkan perkara yang bermanfaat dan lebih berfaedah.
Sumber info dan gambar: TZKRH.com dan Canva
Artikel berkaitan: Amalan Yang Harus Dilakukan Sebelum Tidur Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.