Tiru #OOTD Dengan Pakai Bahan Di Rumah, Gadis Ini Dapat Pujian Neelofa. Kreatif Sangat!

Share

Fesyen yang digayakan oleh selebriti terkenal iaitu Neelofa sentiasa menjadi tumpuan ramai. Sering tampil unik dan trendy, gayanya itu selalu menjadi bualan ramai sehingga menjadi inspirasi buat peminat-peminatnya.

Terbaru, viral di twitter ialah mengenai OOTD yang dibuat oleh seorang gadis iaitu Nursalwani Kamal yang mengambil inspirasi daripada gaya Neelofa namun dilakukan dengan bajet yang murah hinggakan mencuri perhatian selebriti itu sendiri.

Kreatif dan yakin, sememangnya gayanya itu sangat on point dan mendapat pujian daripada Neelofa.

Penampilannya yang stailo itu menarik perhatian netizen kerana dia juga menggunakan bahan-bahan sedia ada di rumah seperti plastik.

OOTD lain yang juga telah digayakan olehnya. Semuanya mengambil inspirasi daripada fesyen Neelofa. Hebat sis!

kredit: twitter Nursalwani Kamal

Published by
Qistina