Jika sebut nama Nurul Hidayah binti Mohd Amin, pasti ramai tidak kenal namun jika disebut nama Ardell Aryana, mesti ramai yang familiar dengan nama itu bukan ? Dia yang sudah berhijab sentiasa tampil cute dan sopan walaupun hanya berpenampilan simple. Jom kita lihat gayanya !
Cetusan idea Summer To Remember, Nurin Afiqah usahawan muda dan pelakon dalam naskah Tentang Hati Dia, mengambil inspirasi daripada bunga yang mekar pada musim panas dalam koleksi terbaharu NADA. Longgar dan tak ikut bentuk badan, ‘cover’ sampai bawah!
Giat dalam bidang lakonan, jurulatih zumba ini pernah mengeluarkan beberapa koleksi sebelum ini di bawah label yang sama. Walaupun sibuk menjalani pengambaran, si cantik manis ini sentiasa inginkan yang terbaharu untuk pengikut setia jenamanya.
Gemar melancong ke luar negara, Nurin juga seorang yang gemar merakam momen-momen di setiap negara yang dikunjunginya. Setiap gaya padanannya pasti menjadi inspirasi buat hijabi di luar sana. Malah percutiannya baru-baru ini di Eropah menjadi inspirasi koleksi terbaharu.
“Jika kita tengok musim panas di Eropah sangat cantik dengan warna warni bunga-bungaan dan itu memberi inspirasi untuk saya berkongsi koleksi ini dengan lebih ramai wanita,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Summer To Remember di Majestic Hotel, Kuala Lumpur.
Menampilkan tiga jenis material dalam satu koleksi, ulas Nurin, wajah baharu Nada ini lebih matang namun masih mengekalkan konsep floral dengan warna pastel yang lembut.
Menjeguk ke ruang media sosialnya, Nurin sentiasa mengayakan baju yang kena dengan identiti moden muslimah. Padanan yang sesuai dengan bentuk tubuhnya serta tidak menjolok mata. Apa yang menariknya koleksi NADA juga sesuai dengan imej wanita muslimah.
“Kalau ikutkan saya apa yang penting boleh ‘cover’ depan dan belakang, koleksi ini satu permulaan dan wajah baharu untuk Nada yang boleh saya katakan lebih matang dan sesuai untuk wanita bekerjaya.”
Kongsinya lagi “pertama kali NADA keluarkan tujuh penampilan berbeza dalam masa satu bulan. Terdapat tiga jenis material iaitu denim, pleated floral dan cotton. Semuanya berkonsepkan floral bagi memberikan nuansa musim panas.”
Memberi bayangan bakal membuka butik sendiri, namun jelas wanita berusia 27 tahun itu semuanya masih dalam perancangan dan buat masa ini NADA hanya ada showroom dan boleh dibeli di atas talian rasmi. Namun matlamat untuk membuka butik sendiri pada tahun depan, Bangsar adalah salah satu lokasi pilihan. Dalam bulan Ogos, NADA akan ada pop-up store di KLCC.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kini kita dapat melihat ramai golongan selebriti khususnya yang berhijab bergelar usahawan. Malah, mereka ini berjaya mengorak langkah dalam bidang perniagaan.
Nycta Gina antara salah seorang usahawan selebriti Indonesia yang berjaya mengusahakan perniagaan tudung dan busana Muslimah yang stylish serta berkualiti.
Wanita berstatus isteri dan ibu ini menunjukkan keberanian dan kreativitinya dalam menerokai dunia perniagaan fesyen tudung.
Selain bergelar selebriti dan pengacara, Nycta Gina yang lebih dikenali sebagai Jeng Kelin ini melancarkan jenama tudung peribadinya, Trinycta pada 2018.
Jika dilihat satu-persatu gambar yang dimuatnaik dalam laman Instagram milik figura popular ini, pastinya mata kamu tidak terkelip walau sebentar dek kerana terpesona dengan keayuan gadis ini. Bukan hanya ayu, malah nilai fesyen yang ada pada dirinya menambahkan lagi seri dalam setiap gambar OOTD nya. Dari pemilihan warna hijab hinggalah kepada padanan sepatu yang sesuai, ia seolah-olah memberi inspirasi kepada wanita di luar sana tentang penghasilan gaya fesyen wanita berhijab terkini!
Oleh kerana itu, laman Instagram Fatin Noraishah ini sudahpun mencecah 150k bilangan pengikutnya! Tidak hairanlah mengapa namanya sering disebut-sebut menjadi diantara salah satu nama individu berpengaruh dalam gelanggang media sosial terutamanya tentang aspek fesyen.
Team Hijabista tertarik untuk berkongsi 5 pilihan gaya OOTD model terkenal ini yang boleh dijadikan bahan rujukan untuk seluruh pembaca! Selamat bergaya!
Gabungan warna yang sempurna.
Siapa kata warna keperangan tidak boleh dipadankan dengan warna biru denim? OOTD Fatin ini memberi inspirasi kepada wanita berhijab di luar sana tentang stail yang casual. Sarungkan saja kemeja berlengan panjang dan padankan dengan seluar jeans berpotongan lurus atau sedikit besar. Ingin mahu tampil sedikit feminin? Gayakan bersama sepatu bertumit rendah dengan rona pastel yang pastinya menaikkan seri keayuan kamu!
Untuk menghasilkan gaya OOTD yang pertama ini, mudah saja! Pilih sahaja rekaan kemeja berlengan panjang berona perang dari jenama Monki serta seluar denim berpotongan ‘regular’, juga dari jenama Monki. Untuk gaya terbaik, sarungkan sepatu putih bertumit pendek dari Charles & Keith.
2. Gaya anggun bersama helaian labuh.
Sempurna! Cantik molek dalam rekaan ala jubah dari jenama Qiszar, Fatin tampak ayu ala wanita melayu terakhir versi moden! Apa yang menariknya, pemilihan rona biru pastel ini amat sesuai dengan kulit warna Fatin yang putih mulus. Konsep untuk OOTD ini lebih kepada ‘less is more’! Hanya menggunakan satu rona sahaja dari bawah hingga ke atas, kamu sudah tersedia untuk menjalani aktiviti harian kamu!
Warna biru sememangnya menjadikan keseluruhan gaya kamu lebih minimalis dan tidak terlalu mencuba. Tapi harus diingat, usah saratkan dengan corak yang keterlalulan dari atas hingga ke bawah kerana ia mungkin akan merosakkan keseluruhan stail kamu!
3. Gaya kasual di tengah kota!
Gaya OOTD Fatin ini barangkali menjadi kegemaran ramai kerana ia lebih kasual dan santai! Hanya dengan permainan warna bersama cetakan menarik saja yang menghiasi keseluruhan gaya stail kamu! Gaya begini amat selesa untuk kemana-mana sahaja. Sama ada di tengah kota mahupun sedang meluangkan masa di rumah, gaya ini sempurna dan ‘on-point’ untuk kamu gayakan! Mainkan dengan warna-warna pastel yang tidak terlalu menonjol.
Idea menarik untuk gaya ini ialah padankan dengan ‘jogger pants’ yang berwarna menarik serta potongan t-shirt yang sedikit ‘oversized’.
4. Gaya wanita ‘sophisticated’.
Ini ialah gaya suai padan yang menarik apabila blouse bercorak kamu bersama dengan seluar denim dapat menghasilkan stail yang urban! Fatin bijak dalam menjadikan gaya ini lebih mahal apabila potongan denimnya sedikit singkat bersama dengan sepatu ala slipped-on, amat sempurna! Lengkapkan gaya kamu dengan padanan eksklusif aksesori yang menarik seperti tas tangan bersama dengan tali pinggang yang bercorak kasual.
Untuk menaikkan lagi gaya OOTD kamu, pilih rekaan blouse yang sedikit berwarna-warni untuk menghidupkan lagi stail fesyen kamu!
5. Gaya mewah ala aristokrat!
Padanan warna putih bersama dengan rona tanah atau nude sememangnya menyerlahkan gaya aristokrat kamu! Padankan saja blouse putih bersama dengan celana rona nude ala stail Fatin ini, kamu sudah ‘ready’ untuk menghadiri ke ‘meeting’ penting kamu!
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.Gadis yang berasal dari Timur...