Hijab dengan denim merupakan simbol kesederhanaan bagi wanita Muslim. Namun ia boleh digayakan dengan cara yang berbeza dengan untuk gaya yang lebih glamor. Padanan yang paling mudah tentunya dengan mengenakan hijab bersama seluar denim. Hijabista kongsikan 30 idea yang sesuai untuk hijabi tampil lebih kasual.
Terdapat banyak pilihan untuk gaya hijab dengan seluar denim. Untuk rutin harian yang mudah, anda boleh memakai seluar denim dengan kasut tumit, sandal atau loafers. Kombinasi abaya dengan seluar denim merupakan padanan gaya yang boleh memberi ilusi kurus dan tinggi pada hijabi. Trend yang paling hangat adalah seluar boyfriend jeans dipadankan dengan but panjang.
Terdapat pelbagai cetakan tudung yang dijual hari ini seperti cetakan haiwan, kartun, flora dan sebagainy. Cuba bereksperimentasi dengan corak baru yang cantik dan penuh gaya. Melalui imej berikut, anda akan mendapat lebih banyak idea untuk memadankan ia bersama jeans yang dipakai. Untuk lebih mudah, jom kita tiru 10 gaya selebriti ini.
Menutup aurat, sopan tapi elegen merupakan antara perkara yang amat dititik beratkan oleh jenama FARAHALYA bagi memenuhi citarasa kebanyakan wanita Muslim hari ini.
Sebagai sebuah jenama baharu, FARAHALYA tidak menoleh kebelakang lagi untuk terus memberikan keselesaan kepada kaum wanita yang mementingkan gaya dan rekaan menarik dalam kehidupan penuh kemodenan.
Pengasas FARAHALYA, Datin Hamizan Puteh mengeluarkan pakaian ini berdasarkan dari pengalaman beliau sendiri di mana beliau agak susah untuk mendapatkan pakaian yang berfesyen tapi menepati ciri-ciri Muslimah.
“Saya amat minat berfesyen tapi apa yang saya dapati dipasaran agak payah untuk mendapatkan pakaian yang menepati citarasa saya iaitu sopan.
“Jadi saya fikir kenapa tidak saya sendiri yang mengeluarkan jenama pakaian sendiri. Setidaknya saya tahu apa yang dimahukan oleh golongan wanita, ” kata Datin Hamizan.
Menariknya, beliau tidak tergopoh-gapah dalam mengeluarkan rekaan sendiri sebaliknya sudah melakukan kajian dalam masa setahun untuk ‘menyelami’ sendiri apa yang sebenarnya dimahukan oleh kebanyakan wanita.
“Alhamdulillah, saya beruntung mendapat pasukan yang banyak membantu sejak awal lagi sehingga terbinanya jenama FARAHALYA ini dipasaran,” tambah Datin Hamizan lagi.
Nama FARAHALYA sebenarnya diambil daripada nama anak sulungnya yang kini sedang menuntut di Australia. Sepatutnya dia akan berada sekali meraikan pelancaran koleksi ini namun disebabkan pandemik Covid19, dia tidak dapat menghadirikan diri.
Setiap keluaran pakaian FARAHALYA adalah amat terhad kuantitinya kerana dunia fesyen amat cepat berubah. Untuk design yang pertama dinamakan ZYZAH sempena dengan nama ibunya. Design ini mempunyai lima (5) pilihan warna dan empat (4) size iaitu S, X, M dan XL.
“Buat masa ini pihak kami hanya menjalankan perniagaan dalam talian sahaja menggunakan website www.farahalya.com dan juga Instagram @farahalya_hq memandangkan medium ini adalah kaedah yang terbaik pada ketika ini.
Koleksi ini hanya keluar 1,000 helai sahaja bagi setiap rekaan dan merancang untuk mengeluarkan rekaan yang baru setiap dua atau tiga bulan sekali bergantung kepada permintaan.
“Untuk design ZYZAH ini pihak kami menggunakan tukang jahit tempatan dan secara tidak langsung dapat membantu mereka untuk menjana ekonomi dalam keadaan pendemik ini,” tambahnya lagi.
Sebenarnya Datin Hamizan bukanlah orang baharu dalam dunia pernigaan sebaliknya sudah berpengalaman luas dalam bidang fesyen dan mendapat sokongan daripada suami, ahli keluarga dan juga kakitangan yang setia selama ini bersama beliau.
“Tanpa mereka saya tidak mampu untuk melaksanakan semua ini. Terima kasih kepada suami, anak-anak kerana memahami kesibukan saya sejak dari hujung tahun lepas lagi untuk jenama FARAHALYA ini. Semoga FARAHALYA mampu bersaing dengan jenama besar yang lain,” katanya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bukan mudah untuk menggayakan hijab apabila anda berkaca mata. Lebih-lebih lagi untuk memilih kaca mata yang sesuai dengan wajah anda.Jika salah pilih hijab digayakan akan menampakkan wajah anda tampak bulat, kembang atau hijab anda akan melekat pada dahi.
Namun usah risau terdapat beberapa tutorial hijab yang menarik bagi hijabi yang berkaca mata. Apa yang penting pilih fabrik yang bersesuaian agar hijabi tampil menarik.
Gunakan alat mekap yang sesuai dengan kulit muka. Pilih yang sesuai dengan kulit wajah agar tidak rosak.
Elakkan mekap tebal kerana menenggelamkan sisi cantik hijabi. Cukup mengenakan pembayang mata yang bersesuaian.
Penggunaan maskara merupakan salah satu tip untuk mempercantik mata anda, walaupun menggunakan kaca mata.
Walaupun mata tertutup dengan kaca mata, anda juga perlu untuk menggunakan eyeliner. Cubalah untuk menggunakan eyeliner cair (liquid) untuk menyempurnakan keindahan mata. Ia sangat mudah diaplikasikan dan juga dapat meningkatkan kecantikan mata di sebalik kaca mata.
Gunakan pensil alis dengan warna yang natural seperti warna coklat, hitam, atau kombinasi di antara keduanya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Syarikat koordinasi warna terkemuka Institut Pantone Color baru-baru ini meramalkan biru klasik sebagai warna yang akan mendominasi carta warna tahun 2020. Warna biru klasik menjadi simbol rasa tenang, keyakinan dan perhubungan.
Warna biru klasik kaya dengan ciri-ciri kelembutan. Rona tenang ini turut dikaitkan dengan warna langit dan laut.
Menurut Pengarah Eksekutif Institut Pantone Color, Leatrice Eiseman, warna biru klasik ini menggalakkan orang ramai untuk pandang ke arah lebih jauh dan sekali gus dapat meluaskan lagi pemikiran, mencabar minda untuk memikir dengan lebih mendalam dan terperinci. Di samping itu, ia dapat tingkatkan lagi perspektif dan membuka aliran komunikasi.
Biru klasik merupakan antara rona yang unik dan mudah dipadankan dengan apa sahaja. Jika tepat padanannya, warna ini dapat menyerlahkan penampilan. Tidak terhad untuk gaya fesyen sahaja, rona biru klasik cukup versatil selain memberikan sentuhan elegan.
Bagi yang ingin membuat perancangan awal untuk menempah baju raya warna sedondon, bolehlah mengikut trend 2020 dengan memilih fabrik warna biru klasik, tak kira sama ada bercorak atau tidak.
Kalau anda sudah pun ada koleksi pakaian berona biru klasik ini, rasanya tahun 2020 adalah masa yang tempat untuk anda tayangkan semula koleksi pakaian yang ada dan tampil bergaya mengikut trend terkini.
BAJU RAYA
Sama ada biru klasik polos mahupun bercorak, terpulanglah kepada anda untuk membuat pilihan.
SHAWL
Padankan shawl warna biru klasik dengan aneka pilihan pakaian. Tidak kira shawl bercorak atau tidak, yang pasti ia dapat memberikan penampilan yang lebih anggun!
BEG TANGAN
Lengkapkan penampilan anda dengan beg tangan warna biru klasik. Barulah nampak menyerlah.
Sumber kredit: berita.mediacorp.sg
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cloud skin ialah trend solekan lembut yang memberi efek kulit halus, segar dan natural. Ketahui cara hasilkan kemasan makeup yang nampak mahal dan elegan.