Biarpun sibuk menyiapkan tugasan pejabat di rumah, namun ia bukanlah alasan untuk kamu tidak bersiap seperti mana kamu bergaya di pejabat.
Amat penting untuk kamu sentiasa tampil bergaya ketika ‘work from home’ untuk meningkatkan keyakinan diri serta memotivasikan diri. Apatah lagi jika kamu diminta untuk ‘video meeting’, pasti gaya fesyen kamu harus on-point! Tidak susah sebenarnya untuk kamu menghasilkan gaya fesyen yang ringkas namun stylo persis selebriti!
Tidak perlu kusut untuk hasilkan gaya yang serba ringkas namun masih mahal. Sarungkan sahaja sehelai kemeja dan padankan dengan seluar slack ataupun palazzo untuk menaikkan gaya di pejabat! Untuk menambahkan lagi seri fesyen kamu, fabrik kemeja seperti satin mampu menyerlahkan nilai eksklusif dalam gaya ‘work from home’! Pemilihan warna juga memainkan peranan penting dalam pemilihan sehelai kemeja ini. Usah pilih rona yang kuat dan terang. Lebih baik sekiranya kamu gayakan rona pastel yang lebih lembut dan sedap mata memandang!
Khas untuk kamu wanita yang ‘sophisticated’, gaya ‘two layers’ ataupun helaian outerwear antara salah satu kunci untuk menjadikan gaya ‘work from home’ kamu lebih sempurna. Contohnya, sarungkan sehelai ‘turtle neck’ hitam bersama dengan kemeja putih ataupun jaket denim, bersama-sama dengan padanan jeans berpotongan ‘skinny’ mahupiun ‘regular’, kamu sudah cukup untuk tambil moden dan stylo! Apa yang menariknya, gaya ini membolehkan kamu bermain dengan padanan warna yang menarik! Namun ingat! Usah keterlalulan. Cukup sekadar kenakan dua warna sahaja. Jika tidak, keseluruhan gaya kamu akan tampak pelik!
Apa yang kurang dengan rona hitam? Sarungkan sahaja apa sahaja helaian berwarna hitam, pasti kamu kamu sudah ‘perfect’! Gaya ini paling mudah apabila kamu buntu untuk memilih penggayaan stail untuk melakukan kerja di rumah namun masih mahu kelihatan bersiap ketika menghadiri ‘video meeting’ bersama dengan ketua kamu! Jadi, tiada alasan untuk kamu tampil bergaya ya!
Paling selesa dan santai! Gaya ini untuk kamu yang sukakan kebebasan dalam berfesyen. Pun begitu, penggayaan ‘jumper’ harus dipadankan dengan seluar slack untuk menaikkan gaya ‘officewear’ ataupun seluar denim yang tidak keterlaluan ketatnya. Corak pada helaian ‘jumper’ juga harus tidak keterlaluan dan warnanya juga tidak terlalu menonjol! Melainkan jika kamu mahu tampil berbeza dari hari-hari biasa! Ha! Tunggu apa lagi! Kumpulkan semua helaian ‘jumper’ yang kamu ada dan siapkan gaya fesyen kamu!
Jika kamu masih buntu dan koleksi pakaian kamu amat terhad, usah risau! Sarungkan sahaja sehelai ‘blazer’ untuk kamu tampil formal ketika melakukan kerja di rumah. Pemakaian ‘blazer’ bukan sahaj memudahkan kamu, malah ia juga mampu menyerlahkan aura profesional kamu. Sangat mudah! Sarungkan dan terus bergaya!