Tip Pilih Pakaian Yang Sesuai Khusus Untuk Wanita Yang Tidak Tinggi

Share

Bagi wanita yang memiliki tubuh yang tinggi sudah tentu tiada sebarang masalah untuk memilih blaus muslimah yang kebanyakannya labuh. Golongan yang sering mengalami masalah untuk memilih blaus muslimah ialah wanita yang memiliki ketinggian comel dan sederhana.

Ada yang tersalah memilih jenis pakaian sehingga kelihatan agak janggal dipandang mata. Sebenarnya amat penting memilih pakaian yang sesuai kerana dengan penggayaan pakaian yang sesuai, anda mampu tampil lebih menawan dan berkarisma. Yang penting jika anda tidak tinggi namun dengan pemilihan pakaian yang betul, ‘kekurangan’ anda itu mampu disembunyikan.

Photo by polina-tankilevitch from Pexels.

Berikut perkongsian bermanfaat daripada Puan Mary yang merupakan seorang perunding imej berkaliber.

TIP PILIH PAKAIAN UNTUK WANITA YANG TIDAK TINGGI

Tip ini khas untuk wanita dengan ketinggian 155 sentimeter ke bawah dan khusus untuk pemilihan blaus yang betul.

Wanita dengan ketinggian begini apabila memakai blaus yang terlalu labuh akan kelihatan lebih rendah.

Maka pada tahap manakah labuh yang sesuai untuk blaus dengan ketinggian 155 sentimeter ke bawah?

Begini caranya. Berdiri tegak, rapatkan kaki, buka tapak tangan dan rapatkan tangan ke badan.

Hujung jari hantu adalah paras paling labuh untuk blaus anda.

Jika mahu lebih 2 ke 3 inci, masih dibenarkan. Usah risau, labuhnya pasti menutup punggung.

Selalunya apabila kita membeli blaus muslimah, model yang memakai blaus tersebut tinggi.

Oleh sebab itu, blaus nampak cantik dan kena pada tubuhnya yang tinggi lampai dan kakinya yang lebih panjang.

Untuk kita yang bukan berketinggian seperti model, marilah ikuti tip di atas. Selamat memilih blaus  dengan labuh yang betul.

Sumber kredit: Puan Mary

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Norhasliza