Tip Pilih Kaca Mata Ikut Bentuk Muka, Supaya Tudung Tak Kembang, Wajah Tak Nampak Pelik. Barulah On Point!

Share

Jika mahu memilih kaca mata tidak boleh sebarangan, lagi-lagi untuk hijabi. Kalau tidak sesuai dengan wajah, penampilan anda akan jadi pelik. Lebih-lebih lagi berhijab, banyak yang perlu dititikberatkan supaya cantik dan on point bila dipandang yang penting muka tak nampak pelik dan tudung pun tak kembang.

Apabila kita memakai hijab boleh mengubah bentuk wajah, jadi secara automatik kaca mata yang dipilih harus disesuaikan dengan betul. Kaca mata ialah aksesori yang akan tampak jelas di wajah, malah memberi efek yang berbeza terhadap imej si pemakai. Untuk itu, anda wajib tahu apa tip memilih kaca mata mengikut bentuk wajah, sesuai dengan hijabi seperti anda.

Tip yang pertama

Kenal pasti wajah anda, sama ada berbentuk bujur, petak, hati, segitiga ataupun bulat. Ini kerana setiap bentuk muka memerlukan frame atau bingkai kaca mata yang berbeza.

Tip yang kedua

Selepas sudah mengenal pasti bentuk wajah anda, sekarang anda boleh sesuaikan mengikut frame dan bingkai kaca mata seperti di bawah:

  • Wajah bentuk bulat: Selalunya berpipi ‘chubby’, oleh itu anda perlu memilih bingkai yang berbentuk bersegi panjang dengan sudut yang tajam

  • Wajah bentuk bujur: Mereka yang berwajah bujur atau ‘oval’ bebas untuk memilih bentuk frame apa saja, anda sangat bertuah jika memiliki bentuk wajah bujur!

  • Wajah bentuk petak: Mereka yang berwajah petak sesuai memilih frame berbentuk oval, bulat dengan tepi melengkung, atau bersegi panjang
  • Wajah berbentuk Hati: Mereka yang mempunyai wajah berbentuk hati lebih sesuai memilih bingkai berbentuk cat eyes,yaitu bingkai yang lebar di bahagian atas dan menyempit di bahagian bawah, dan berdiameter tebal

  • Wajah berbentuk Segitiga: Mereka yang berwajah segi tiga boleh memililih kaca mata yang memiliki sudut melengkung atau oval.

Selepas anda praktikkan tip ini, pasti penampilan anda berkaca mata lebih wow dan menarik perhatian siapa sahaja yang memandang !

Published by
SH