Buat para hijabi, anda pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu jubah berwarna hitam kan? Ia merupakan fashion item wajib buat para hijabi. Pasti anda kerap juga memadankan jubah hitam dengan tudung hitam kan? Kerana ianya merupakan kombinasi yang paling mudah. Namun, sekali sekala apa kata anda ubah padanan tersebut dengan mengenakan warna tudung yang berlainan?
Jubah merupakan item wajib buat para hijabi. Pakaian ini menjadi pilihan utama untuk dipakai terutamanya ketika ada acara keagamaan. Ianya selalunya panjang, sedikit longgar dan selalunya terdapat kedutan atau lekukan di bahagian pinggang. Selain potongan yang tidak terlalu longgar, jubah juga cenderung mempunyai potongan lurus. Kebiasaannya, para hijabi memilih untuk memakai jubah hitam, ini kerana jubah hitam lebih mudah dipadankan serta berkebolehan untuk menyembunyikan susuk tubuh badan.
Rekomendasi Warna Tudung Yang Sesuai Untuk Jubah Hitam
Di bawah adalah deretan warna tudung yang disyorkan yang sesuai untuk jubah hitam. Bermula daripada tudung berwarna sehinggalah motif yang rancak, warna-warna ini sangat harmoni dan sesuai apabila digandingkan dengan jubah hitam.
1.Kelabu
Para hijabi akan kelihatan ringkas dan elegan dengan tudung berwarna kelabu. Kedua-duawarna hitam dan kelabu iniadalahwarnaneutral,jadiiasalingmelengkapi.Iatidakbegituberbezadalamton,tetapiwarnainiakan terlihatkontrasdenganjubahhitamanda.
2.Bermotif ataupun bercorak
Tudung yang bermotifkan boleh menghilangkan kebosanan jubah hitam anda. Sebab, tudung motif seperti bercorak boleh mengimbangi jubah hitam polos. Tudung motif ini boleh menjadikan penampilan anda lebih menarik. Terdapat banyak motif tudung yang boleh anda pilih. Anda boleh menyesuaikannya dengan motif kegemaran anda, sama ada garis, bunga, titik polka atau lain-lain.
3.Krim Latte
Ads
Tudung dengan warna krim latte mempunyai kesan lembut dan bergaya. Warna tudung asli ini sesuai untuk anda gabungkan dengan jubah hitam. Kedua-dua warna ini saling melengkapi, terutamanya jika anda mempunyai sedikit aksen motif pada jubah hitam anda. Sapukan solekan ringan supaya anda kelihatan lebih bergaya dengan gabungan jubah hitam dan tudung latte krim ini. Bawa juga aksesori beg dengan warna krim latte untuk dipadankan dengan warna tudung.
4. Pink Tua
Bagi anda yang suka merah jambu atau pink, anda pasti gembira dengan kombinasi yang satu ini. Ya, tudung merah jambu terutamanya merah jambu gelap boleh digabungkan dengan jubah hitam. Warna merah jambu gelap tidak jauh berbeza dengan warna beige gelap, justeru dengan tudung merah jambu ini anda tidak akan terlihat terlalu menonjol. Sebagai tambahan, hijabi juga boleh menggunakan aksesori beg berwarna neutral terang, seperti putih, untuk menambahkan aksen pada penampilan anda.
5.Coklat Milo
Tudung milo coklat adalah warna coklat gelap dengan tona sedikit kemerahan. Warna ini lebih cerah daripada coklat mocha. Warna coklat milo boleh menjadi alternatif yang sesuai untuk digabungkan dengan jubah hitam. Warna ini termasuk warna yang tenang, apabila digabungkan dengan jubah hitam anda akan terlihat sangat manis.
Ads
6.Kuning Mustard
Mustard ialah warna rempah ratus yang berasal dari pokok sawi yang telah ditumbuk, warna yang dihasilkan oleh biji sawi dalam hal ini adalah kuning kusam. Kuning mustard cenderung mencolok, tetapi ia menghasilkan kombinasi yang hebat apabila dipasangkan dengan warna yang betul. Satu warna yang sesuai ialah hitam. Tudung kuning mustard yang kontras boleh dipadankan oleh neutral jubah hitam. Dua warna ini menjadikan kombinasi yang kontras tetapi elegan.
7.Hijau
Hijau mempunyai pelbagai variasi warna. Warna hijau terutamanya warna hijau tua yang kontras dengan warna jubah hitam boleh jadi gabungan harmoni tau. Dengan warna hijau ini anda akan mendapat kesan yang ringkas dan klasik. Anda boleh menggunakan solekan matte pada solek muka supaya wajah anda kelihatan flawless dengan pakaian yang anda pakai.
8.Merah
Ads
Para hijabi pernah terfikir nak pakai tudung merah bila pakai jubah hitam? Gabungan ini juga ternyata mampu menghasilkan penampilan yang anggun dan garang tau. Merah ialah warna yang mempunyai unsur emosi yang kuat, jadi ia meninggalkan kesan yang cukup besar kepada orang yang melihat padanan ini.
9.Putih
Tipulah kalau anda tiada tudung berwarna putih di rumah kan? Putih dan hitam adalah dua warna neutral yang boleh digabungkan dengan satu sama lain. Semestinya para hijabi mempunyai tudung putih di rumah, kerana tudung warna ini mudah didapati dan boleh dicampur dan dipadankan dengan pelbagai warna lain. Warna putih tudung dan jubah hitam membuatkan anda terlihat manis dan anggun. Walaupun nampak ringkas, warna putih ini dapat membantu memancarkan aura positif anda. Jika anda merasakan penampilan anda terlalu monokrom, tambahkan aksesori pada pakaian anda.
Demikianlah beberapa rekomendasi warna tudung untuk digayakan dengan jubah hitam anda. Sekarang, anda tidak perlu bingung lagi untuk mencari warna tudung yang sesuai untuk jubah hitam anda. Ingat ya hijabi, kalau rasa pakaian anda terlampau ‘plain’ anda boleh tambahkan aksesori seperti beg atau rantai.
Tidak dinafikan ramai dalam kalangan selebriti atau orang kenamaan yang gemar bertudung bawal sama ada dari fabrik cotton atau satin. Salah seorang darinya adalah Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Nampak gaynyaa tudung bawal kembali bakal jadi pilihan untuk digayakan hijabi yang gemarkan tudung bawal. Dengan material fabrik yang ringan dan tidak panas serta menjadikan wajah nampak menarik untuk digayakan dan sangat ‘on point’.
Beliau memang senang sekali menyarung bawal, terutama polos setiap kali dalam apa jua majlis dihadiri. Tanpa gaya berlebihan hanya disimpul sahaja di bahagian depan menjadikan stail hijabnya ringkas tetapi sangat menarik.
Bukan beliau sahaja meminati tudung bawal, anak kesayangannya, YB Nurul Izzah juga turut gemar menyarung bawal. Hijab yang sama tetapi suntikan moden menjadikan stail digayakan sangat eksklusif.
Pernah ditanya katanya kenapa tidak beralih kepada selendang, penggayaan tudung bawal jadi pilihan kerana memudahkan setiap pergerakan dan tidak panas.
Permergian secara tiba-tiba seorang hijabi viral meruntun hati warganet, malah catatan terakhir di facebook, seorang arkitek muda yang dikenali sebagai Aizura Zulkifli yang sedang hamil ketika itu menjadi perhatian ramai.
Meskipun hijabi ini dikalangan orang ramai sahaja, permergian Aizura diiringi doa dan simpati dari mereka atas tragedi yang berlaku padanya. Amalannya disebut-sebut, pasti hijabi ini istimewa di sisiNya, perkongsian wanita ini membuat ramai yang kagum dengan amalan arwah Aizura.
Kebaikan arwah manfaat kepada orang lain
Seorang isteri dan ibu yang hebat, banyak amalan baik dan kebaikannya yang hanya orang terdekatnya saja tahu. Perkongsian Siti Aminah Sulaiman di laman facebooknya dan ternyata Aizura Zulkifi bukanlah orang ‘biasa-biasa’ . Patutlah Allah sayang!
Jumpa dengan adik perempuan saya yang officemate dengan arwah Aizura Zulkifli. Saya pun tak sangka adik saya kerja sekali dgn arwah di JKR melaka. Satu unit, duduk selang beberapa meja. Sugul dan sembap wajah adik saya, puas dah dia menangis
Rupanya adik rapat dengan arwah Aizura.. Sepatutnya Jumaat ni dia nak keluar dengan arwah dan anak-anak arwah, bawa beli sepit rambut.
Qadarullah..Ajal mendahului segala perancangan manusia
Saya beritahu pada adik..saya pelik dengan arwah sebab lepas dia meninggal dia jadi terkenal macam artis..nama disebut kat sana sini..siapa dia? Apa amalan hidup dia?
Tak suka cakap hal orang, solat awal waktu
Adik saya kongsi yang arwah selalu solat awal waktu. Bila masuk waktu saja, belum orang lain solat dia dulu akan pergi solat. Arwah juga tak suka bercakap hal orang..bila ada kawan berkumpul cakap-cakap, dia hanya akan senyum dan diam saja.
Arwah pakaiannya saiz besar dan menutup aurat.
Sebelum.meninggal arwah nak belanja kawan-kawan di ofiz, tapi tak kesampaian..tapi arwah sempat beli kuih muih untuk kawan-kawan makan. Adik saya beritahu hari yang arwah beli kuih tu , dia lapar dan puas bila makan kuih yang arwah belanja. Arwah bukan jenis marah-marah atau tinggi suara dengan kawan-kawan ofis..dia jenis cool sangat.
Seorang isteri yang hebat
Arwah juga penyayang dgn anak-anak , kadang arwah akan bawa anak-anak ke ofis kalau anak tak ke sekolah. Sebab tu adik saya rapat dengan anak-anaknya. Pada hari kematian, dia sempat masak dulu untuk anaknya sebelum ke hospital.
Arwah berpindah ke JKR CREaTE di Melaka sebab nak duduk lebih dekat dengan suami dan 2 lagi anak yang dijaga suami kat Johor..sebelum ni arwah kerja di Kuantan. Betapa besarnya sabar seorang isteri yang pjj (perhubungan jarak jauh) dengan suami selama 10 tahun.
Banyak lagi tersimpan kebaikkan arwah yg diketahui oleh kenalan rapatnya. Satu yang saya paling tersentuh ialah solat di awal waktu, kerana ada hadis yang sebut itulah amalan yang paling dicintai Allah.
Saya tidak kenal arwah, cuma sebagai sahabat di FB. Sengaja saya tulis supaya jadi peringatan buat diri saya dan sahabat-sahabat pembaca, Untuk terus beramal yang sebaik mungkin hingga akhir hayat.
Begitulah perkongsian hijabi ini, terbawa untuk bercerita mengenai arwah Aizura Zulkifli, bukan kerana tular ceritanya alam maya tetapi tetarik dengan amalan yang diamalkan oleh arwah. Dalam hadis ada berkata, pilihlah salah satu amalan soleh yg kamu mampu buat dan buat dengan bersungguh-sungguh untuk dapatkan syurga Allah.
Jika kamu suka solat, buatlah yg terbaik.
Jika kamu suka baca dan sebarkan Al-Quran, buatlah yg terbaik.
Jika kamu suka bersedekah, bersedekahlah yg terbaik.
Jika kamu mampu berpuasa, buatlah dengan sehabis baik.
Boleh jadi salah satu amalan itu yg membawa kamu ke pintu syurga.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sambutan Ramadan tahun ini pastinya lebih meriah berbanding tahun sebelum ini kerana negara tidak lagi menjalankan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kemeriahan itu turut dirasai oleh penyanyi kecil molek yang pernah menjuarai program realiti One In a Million, Ayu Damit.
Menurut Ayu, sambutan kali ini lebih luar biasa kerana berpeluang menyambut bersama keluarga tersayang, rakan-rakan artis serta dapat berkongsi kemuiaan bulan Ramadan ini dengan anak-anak yatim.
“Sudah dua tahun kita menunggu untuk merasai sambutan begini. Jadi, saya tidak melepaskan peluang untuk meraikannya bersama-sama yang tercinta,” kongsi Ayu.
Umpan Duit Untuk Berpuasa
Ibu kepada tiga orang anak ini juga turut tidak melepaskan peluang mendidik anak-anaknya untuk berpuasa biarpun anaknya yang bongsu baru sahaja berumur tujuh tahun.
“Anak-anak saya berumur 13, 11 dan tujuh tahun. Setiap daripada mereka saya didik untuk berlatih berpuasa. Namun saya percaya, setiap ibu-bapa mempunyai cara yang berbeza. Untuk anak-anak saya terutamanya yang masih kecil, saya akan umpan mereka dengan wang ringgit sejumlah RM 10 sehari.
Alhamdulillah, biarpun masih kecil, dia berusaha untuk berpuasa penuh. Ada ketikanya bila penat bersekolah, dia akan meminta izin kepada saya untuk berpuasa setengah hari. Jadi, umpannya hanya menjadi RM 5.
Selepas itu, dia kembali berpuasa penuh kerana mahu mendapatkan RM 10. Begitulah juga untuk anak-anak saya yang lain saat saya mengajar mereka berlatih berpuasa.
Lama-kelamaan, ibadah puasa itu sudah sebati dalam diri mereka, dan insyaAllah, mereka akan terus lakukannya bukan kerana wang ringgit apabila sudah dewasa,” tambahnya lagi.
Berbicara soal Aidilfitri yang bakal tiba, dia lebih selesa untuk meraikannya dengan penuh kesederhanaan terutamanya dari perbelanjaan baju raya.
“Baju raya yang lama masih lagi banyak yang tidak dipakai. Jadi, saya dan anak-anak akan memakainya untuk Aidilfitri tahun ini. Masing-masing mempunyai dua pasang baju raya pada tahun ini,” tambahnya mengakhiri ruang bicara ini.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...