Masalah jerawat yang tumbuh di wajah memang boleh membuatkan kita hilang mood. Bukan itu sahaja, ia juga menyebabkan kita tiada keyakinan diri untuk berdepan orang luar.
Lebih-lebih lagi jika jerawat ini tumbuh seketul besar di tengah pipi atau hidung ataupun tumbuh secara ‘berjemaah’ di kiri atau kanan pipi.
Memang mengambil masa untuk memulihkannya. Jika kita tidak berbuat sesuatu ia akan kekal begitu dan meninggalkan parut.
Pelbagai cara dilakukan sama ada rawatan secara moden atau tradisional. Bercerita bab tradisional, admin nan kongsi cara mengatasi kulit kusam akibat jerawat ini dengan menggunakan kulit pisang sahaja, caranya cukup mudah dan memang menjimatkan.
Artikel Berkaitan: Rahsia Kulit Cantik & ‘Glowing’ Erin Malek
Pisang bukan sahaja enak dimakan dan sesuai untuk atasi masalah penghadaman, ia juga mempunyai khasiat luar biasa untuk kecantikan kulit wajah.
Dipetik daripada Style Craze, kulit pisang dikatakan mampu mengatasi masalah kulit terutama yang berjerawat dan hasilnya pasti tidak mengecewakan. Jika kerap diamalkan, masalah kulit utama wanita ini pasti dapat diatasi.
Sumber: Style Craze