Hajat dihati ingin menunaikan umrah namun apakan daya bajetnya tiada. Bila tengok kawan-kawan berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah, hati dipagut sedih kerana teringin juga hendak ke sana tetapi kekangan dari segi kewangan menjadi halangan.
Berikut perkongsian daripada Ustaz Abdul Razzaq Moga ia bermanfaat untuk kita semua.
Biasanya kita berharap dan berdoa agar dilimpahkan rezeki ke tanah suci. Namun, adakah kita mulakan langkah ke arah itu atau kita duduk saja berdoa dan tunggu rezeki jatuh begitu saja.
Pertama sekali, NIAT. Ya, niat. Kalau kita tak ada niat nak pergi, agak-agak sampai ke kita ke sana? Niatkan “Duhai Allah, Saya nak pergi umrah tahun 2023. Insya Allah.”
Kedua, DOA. Minta pada Allah. Allah Maha Kaya, Maha Berkuasa. Minta agar kita dapat mengerjakan umrah 2023. Minta spesifik, bulan berapa, kos berapa, dengan siapa, bagaimana, minta apa yang anda nak minta. InsyaAllah yakinlah ALLAH akan makbulkan.
Ketiga, SIMPAN.
Kita ini bukan orang yang ada duit 6, 7 angka dalam bank. Jadi, kena ada effort mula menyimpan. Nak simpan kena istiqomah. Sediakan tabung, masukkan setiap hari.
Caranya, simpan ikut tarikh. 1hb RM1, 2hb RM2, 3hb RM3 sehingga 30hb RM30. Jadi, 1+2+3+4+5+…+29+30 = RM465.
Daftarkan akaun simpanan di mana-mana bank pilihan ataupun daftar terus umrah. Masukkan duit setiap bulan, tup-tup dah nak cukup. Sebulan sudah dapat RM465, setahun (12 bulan) RM5580. Ketika hendak pergi In Shaa Allah ada saja rezeki lebih lain Allah nak bagi. Ada saja rezeki yang tak disangka-sangka.
Apabila sudah hendak cukup duit untuk buat umrah, In Shaa Allah tambah lagi sikit sahaja, campur bonus, duit daripada suami/isteri/anak cukuplah duit untuk belanja semasa umrah nanti.
Agak-agak boleh buat tak macam ini? Susah tak? Kalau hendak tahu, cubalah buat. Istiqomah. Setiap hari solat 5 waktu doakan agar dipermudahkan jalan untuk pergi menunaikan umrah. InsyaAllah, anda akan memperoleh jalan untuk ke menunaikan umrah.
Ini sekadar perkongsian, anda mungkin ada cara lagi baik. Dan mungkin ada bajet yang lebih lagi. Sehari RM30/sehari RM50 dan lain-lain. Yang penting mulakan tindakan, doa, usaha, ikhtiar dan tawakal.
Sumber kredit: Ustaz Abdul Razzaq Top image: Photo by mustafa-fathy- from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.