Tinju Boleh Bantu Masalah Obesiti? Ini Merupakan 5 Manfaat Sukan Lasak Tinju!

Share

Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah kebaikan atau manfaat yang boleh didapati sekiranya anda menyertai sukan tinju atau boxing. Adakah ia memberi manfaat sebaiknya buat diri kita atau hanya sekadar sukan lasak?

Selalu kita berpendapat bagi individu yang bermain sukan tinju atau boxing ini pasti mempunyai badan yang besar dan juga berotot. Boxing merupakan salah satu sukan lasak buat mereka yang suka akan aktiviti lasak. Malah ia juga dianggap sebagai aktiviti lasak yang boleh mempertahankan diri. Lagi-lagi buat wanita yang ingin melindungi diri mereka.

Apa sukan tinju ini?

Sebelum anda mengetahui tentang kebaikan sukan tinju ini lebih baik kita mengetahui tujuan utama sukan boxing ini. Sukan boxing atau tinju ini merupakan sukan kompetitif di mana melibatkan dua orang individu yang memakai sarung tangan di gelanggang tinju. Ia merupakan sukan lasak kerana memerlukan 2 petinju yang melemparkan tumbukan demi tumbukan dan pengadil akan mengadili pemenang melalaui siapa yang mempunyai tumbukan yang lebih banyak.

Artikel Berkaitan: Disenarai Forbes 30 Under 30, Petinju Berhijab Nor ‘Phoenix Diana’ Kini Sebaris Neelofa

Pemenang juga boleh ditentukan jika pihak lawan menyerah diri atau secara total knock out (TKO). Ia memang merupakan satu sukan yang sangat ekstrem. Selain itu, boxing juga sudah bervariasi dan berevolusi seperti kick boxing, muay thai dan mixed martial arts (MMA). Walau bagaimanapun, sukan tinju mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan kita.

Sering kali, kita melihat ramai wanita berhijab sertai sukan tinju ini. Ini antara manfat sukan tinju terhadap kesihatan selain dapat melatih otot pada tubuh badan seseorang:

1. Melatih kesihatan & kekuatan jantung

Sukan tinju merupakan salah satu aktiviti sukan lasak yang boleh melatih jantung anda. Seperti yang anda tahu, kekuatan jantung seseorang itu boleh diukur melalui jumlah darah dan oksigen yang dipam oleh organ ini. Jadi jantung akan berfungsi dengan baik dalam membekalkan darah ke seleuruh tubuh anda.

2. Melatih sistem pernafasan dan paru-paru

 

Masalah paru-paru dan sistem pernafasan sering menganggu aktiviti seharian seseorang itu. Sukan lasak ini sangat memerlukan corak pernafasan yang baik dan stabil agar peninju tidak mudah penat ketika berada di dalam gelanggang.

Kerap bertinju akan secara tidak langsung melatih paru-paru dan juga sistem pernafasan anda lebih baik. Dengan itu, sukan lasak ini dapat membantu anda bukan sahaja membantu aktiviti fizikal yang lain malah anda tidak memerlukan rehat yang terlampau lama.

3. Peningkatan koordinasi tubuh badan

Anda boleh meningkatkan koordinasi badan dan kestabilan badan dengan bermain sukan tinju. Selain itu, lebih kerap anda melakukan sukan tinju, anda pasti akan dapat melatih pergerakan tubuh badan, kaki dan tangan agar lebih selaras dan tepat.

Selain itu, sukan tinju dapat meningkatkan naluri dan juga refleks anda yang sangat diperlukan dalam kehidupan seharian.

4. Membakar kalori

Lumrah apabila bertinju, tenaga sangat penting kerana suka tinju ini memerlukan tenaga banyak untuk mendapatkan diri kita bekerja dengan lebih baik. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, sukan tinju ini sangat bagus buat mereka.

Tanpa kita sedari, banyak kalori yang akan dibakar untuk menjana tenaga diri anda. Jika anda mempunyai masalah berat badan atau obesiti, sukan tinju merupakan sukan yang sesuai buat anda!

5. Menguatkan tubuh badan

Jika kita tengok kesemua manfaat yang ada, kita dapat menyimpulkan sukan tinju ini mampu melatih otot, jantung dan juga paru-paru anda. Selain itu kestabilan dan memberi koordinasi tubuh badan serta membakar lemak juga antara kebaikannya.

Kesan dari itu, daya tahan tubuh badan dapat melawan sebarang jenis penyakit dan juga membuatkan anda lebih kuat. Justeru, ia dapat elakkan anda daripada terkena penyakit berbahaya seperti sakit jantung, diabetes dan darah tinggi. Sukan tinju sangat berbaloi buat tubuh badan kita!

Artikel Berkaitan: Minum Jus Kisaran Buahan Campur Serta Rajin ‘Kick Boxing’ Amalan Keluarga, Rahsia Cantik & Sihat Uyaina Arshad

Akhir kata, tiada halangan buat kita untuk menyertai sukan tinju ini terutama sekali buat wanita-wanita diluar sana. Apa sahaja kebaikan buat diri, pastinya bagus buat diri kita. Sayangi diri dan marilah bertinju.

Published by
Nenaa M.