Berita

Tingkatkan Keyakinan Diri Dengan Kasut Berkonsepkan Gaya Sukan & Kasual

Share

Wanita dan kasut bertumit tinggi sememangnya tidak dapat dipisahkan. Selain kelihatan tinggi dan bergaya, kasut jenis ini turut membantu meningkatkan keyakinan diri seorang wanita. Kasut berkonsepkan gaya sukan dan kasual menjadi trend masakini.

Kredit Foto: https://www.pexels.com/

Meskipun ada sesetengah jenis kasut yang jika dipakai lama boleh menyebabkan rasa sakit, ia tidak menjadi masalah bagi kaum wanita. Bak kata pepatah beauty is pain, kan?

LARRIE MEMPERKENALKAN KOLEKSI WANITA +2CM

Jenama kasut terkemuka, Larrie memperkenalkan koleksi wanita terkini dengan tambahan ketinggian +2cm untuk keselesaan dan gaya lebih kasual.

Kredit Foto: mylarrieshoes

Larrie baru-baru ini melancarkan inovasi terbaharunya iaitu koleksi wanita Larrie yang menggabungkan gaya sukan dan kasual.

Menariknya, koleksi ini menampilkan penambahan ketinggian +2cm. Koleksi ini memperkenalkan tujuh pilihan warna iaitu putih, hitam, ungu, hijau, khaki, kelabu dan maroon.

BACA JUGA: Jenama Kasut Fesyen Ikonik Buat Hijabi, Ketahui Dahulu Personaliti Anda Mengikut Jenis Kasut

Koleksi +2cm Larrie menampilkan bahan fabrik berkualiti yang memudahkan udara masuk di samping sokongan bantal yang melengkung untuk tumit, tapak getah, tumit tersembunyi yang ditambah 2cm, reka bentuk yang selesa serta tapak luar yang ringan dan tidak mudah licin.

Dengan lapik bahagian dalam antibakteria yang mengandungi tiga titik pemantulan bagi mengurangkan kesan lonjakan di samping permukaan yang lembut dan fleksibel adalah pilihan sesuai untuk aktiviti kasual dan bersukan.

“Kami berharap koleksi +2cm akan memudahkan para wanita yang ingin kelihatan lebih tinggi untuk pelbagai tujuan sambil menjaga kesihatan kaki.

“2cm sangat selesa dipakai walaupun ditambah dengan ketinggian tambahan. Larrie terus menawarkan harga berpatutan untuk koleksi ini,” kata Pengarah Pemasaran LARRIE Corporation (M) Sdn Bhd, Lenson Chong.

Hijabista kongsikan tip memakai kasut bertumit tinggi dengan selesa tanpa rasa sakit: –

KETINGGIAN YANG SESUAI

Terdapat pelbagai jenis ketinggian tumit kasut yang boleh dipilih. Jika anda sudah biasa mengenakan kasut tumit tinggi, tidak salah untuk memilih tumit yang runcing dan setinggi yang anda mahu. Bagi yang tidak biasa, dinasihatkan untuk memilih sepatu yang tidak terlalu tinggi contohnya wedges.

REHATKAN KAKI

Tanggalkan kasut tumit, regangkan atau urut kaki. Cara ini membenarkan kaki bernafas dan mengurangkan geseran kulit kaki yang boleh menyebabkan melecet. Tambahkan kusyen pada tapak kasut tinggi supaya tapak kaki tidak sakit.

CARA BERJALAN

Jangan melangkah atau meletakkan tumit dan jari kaki di atas tanah secara serentak. Berjalan dengan cara yang sama sepertimana anda memakai flat shoes. Dalam setiap langkah, letakkan tumit terlebih dahulu diikuti jari kaki.

MATERIAL YANG SESUAI

Banyak pilihan fabrik kasut yang boleh dipilih seperti plastik, jelly shoes, kulit serta campuran. Pilih kasut dari fabrik kulit atau yang tahan lama serta berkualiti. Jika anda inginkan kasut tumit tinggi yang terletak pada kaki, pilih jelly shoes

kerana ia mengikut bentuk kaki.

ELAK PAKAI KASUT TERLALU LAMA

Sediakan kasut lain sebagai ganti jika anda berasa tidak selesa. Kasut tumit tinggi tidak direka untuk dipakai dalam jangka masa terlalu lama. Elak memakainya lebih daripada empat kali seminggu.

KENALI KASUT ANDA

Jika bahagian dalam kasut adalah keras, pasangkan pelapik kasut yang lembut bagi mengurangkan geseran yang boleh menyakitkan kaki. Pilih kasut yang tumitnya jauh dari bahagian hadapan untuk memberi lebih kestabilan. Letak pelindung tapak di dalam kasut untuk memberikan lebih cengkaman. Ini boleh mengelakkan anda daripada terjatuh.

Published by
Amy Mohd