Tubuh yang sihat menjadikan urusan harian kita menjadi lebih mudah dan lancar. Masalah berat badan antara punca tubuh rasa tidak bertenaga selain menimbulkan pelbagai jenis penyakit.
Metabolisme yang cepat adalah kunci kepada penurunan berat badan. Ia dapat membantu menurunkan juga menaikkan berat badan (bagi mereka yang terlalu kurus).
Ringkasnya metabolisme yang sihat dan cepat adalah langkah asas untuk menurunkan berat badan dan kekal sihat. Metabolisme yang cepat bukan sahaja membantu anda menurunkan berat badan tetapi juga membantu mengekalkan kesihatan anda secara keseluruhan.
Lalu bagaimana untuk meningkatkan kadar metabolisme tubuh? Boleh cuba amalkan amalan berikut dalam kehidupan harian anda.
LAPAN AMALAN HARIAN MUDAH UNTUK MENINGKATKAN KADAR METABOLISME TUBUH
Metabolisme adalah satu ukuran sejauh mana tubuh kita mampu membakar lemak atau tenaga dalam badan kita. Semakin tinggi kadar metabolisma, semakin efisyen tubuh membakar lemak atau tenaga.
Metabolisme tubuh bergantung kepada berat, tinggi, jantina dan umur kita. Secara amnya semakin kita meningkat usia, kadar metabolisma kita akan menurun.
Berikut dikongsikan 8 amalan harian yang mampu meningkatkan kadar metabolisma tubuh.
1. Makan lebih protein dalam hidangan kita. Mudah cerita, makan lauk lebih daripada karbohidrat. Protien akan meningkatkan kadar metabolisma kita sebab ianya sukar dihadam. Bagi menghadam protien, penggunaan kalori yang tinggi diperlukan. Hal ini akan secara automatik meningkatkan kadar metabolisma. Dalam istilah sains ia dipanggil thermic effect of food (TEF).
2. Minum lebih banyak air kosong yang sejuk. Air sejuk yang bagaimana? Sama ada air yang disejukkan dalam ;peti sejuk atau air yang dicampur dengan ais, tiada masalah. Mana-mana pun tidak mengapa, tapi air tersebut mestilah sejuk. Apabila minum air sejuk tubuh akan meneutralkan air tersebut dengan menaikkan suhu badan. Sekecil itu pun proses mampu meningkatkan kadar metabolisma tubuh.
3. Buat Senaman HIIT. Senaman yang meningkatkan kadar denyutan jantung dengan cepat bersela dengan rehat yang singkat mampu membina otot dan membakar lemak.
4. Angkat berat. Otot adalah penentu kadar metabolisma tubuh. Jika kita punya otot yang besar ia akan mempengaruhi kadar metabolisma. Jadi buat senaman bina otot. Tidak semestinya angkat berat sahaja. Tekan tubi, squat plank juga membantu membina otot.
5. Minum kopi atau teh hijau. Kandungan kafein kedua minuman ini membantu meningkatkan kadar metabolisma. Tapi ingat, jangan minum air tadi dengan gula atau susu pekat. Nikmatinya secara kosong sangat bagus dan berkesan meningkatkan kadar metabolisma.
6. Berdiri lebih lama. #beatthemalas. Maksudnya jangan duduk sahaja. Banyakkan bergerak. Jangan duduk dan bagi arahan sahaja. Ini juga mampu meningkatkan kadar metabolisma.
7. Dapatkan tidur yang baik. Ini sangat penting. Memandangkan tidur yang baik adalah punca tubuh merembeskan hormon yang baik untuk tubuh. Apabila hormon tubuh berfungsi dengan baik maka secara automatik kadar metabolisma kita juga meningkat.
8. Makan makanan pedas. Capsaicin dalam makanan pedas dapat meningkatkan kadar metabolisma. Sebab itu saya sangat suka makan makanan pedas.
Yang penting dalam usaha untuk meningkatkan kadar metabolisma ialah anda harus mengubah sedikit demi sedikit cara hidup anda. Bermula dengan tip di atas sangat membantu.
Apabila kadar metabolisma tubuh anda tinggi, usaha penurunan berat badan anda juga semakin baik.
Moga tip ini dapat membantu usaha anda untuk menurunkan berat badan.
Sumber kredit: Mohd Faizal Bin Saedon via Makmal Makanan (MaMa) Sumber gambar: www.pexels.com
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/wjCfPZ3nhr4?list=PLwTVJflD5bmE3QfhDp6V46J4iIf1ZJn7N
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI