Bertuah sesiapa dapat membaca al-quran dengan lancar dan mengingatinya didalam dada. Bahkan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Jadikan hari ini sempena Nuzul Al Auran sebagai azam untuk kita mengamalkan membaca Al Quran walaupun sehelai sehari.
Adakah anda salah seorang yang jarang menyentuh Al-Quran?
Sekiranya anda jarang menyentuh Al-Quran, cuba mulai hari ini keluarkan Al-Quran letak pada satu sudut yang mudah dilihat. Insyallah satu hari terbuka untuk membukannya. Kalau tidak mula membaca tiadak apa. Cuba selak helaian demi helaian, niat dalam hati satu hari anda pasti Qhatam Al-Quran.
Atau anda membacanya setiap hari namun bacaan masih belum lancar dan tidak betul?
Bagi anda yang belum lancar membaca Al-Quran, usar gusar latih diri mendengar setiap bait ayat-ayat Al-Quran. Cuba mendaftar diri untuk menghadiri kelas-kelas fardhu ain.
Sebenarnya kelebihan dapat:
Dapat membaca Al-Quran setiap hari adalah satu nikmat
Dapat mengalunkan bacaan Al-Quran dengan baik dan betul adalah satu kehebatan
Dapat menhafal 30 Juz Al-Quran pula merupakan impian setiap orang yang bergelar muslim.
Tetapi jika kita dapat mencapai kesemua perkara diatas, InsyaaAllah ia adalah salah satu kebahagiaan yang sangat besar dan paling bermakna dalam hidup ini. Namun dengan cabaran kehidupan dan budaya hidup masyarakat kini yang sentiasa sibuk, sedikit sebanyak membataskan hubungan kita dengan Al-Quran. Malah ia semakin kritikal dari generasi ke generasi.
Walau apa pun kes yang mungkin terjadi, beberapa tips mudah tapi berkesan dalam membantu memudahkan kita dalam menghubungkan diri dengan Al-Quran. InsyaaAllah mudah-mudahan bermanfaat.
7 Kaedah mudah untuk memperbaiki hubungan dengan Al Quran:
1. Imbas kembali niat kita
Kunci untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada Al-Quran adalah muhasabah kembali niat kita, sebelum menyentuh kitab Allah ini. Tanya diri kita secara jujur, mengapa kita membaca Al-Quran? Hanya sekadar membaca isinya sahaja, dan kemudian membiarkan ia menghanyut jauh daripada kita tanpa amal?
Ingatlah bahawa Nabi Muhamad (SAW) digelarkan sebagai Al-Quran bergerak: Dalam kata lain, Baginda tidak hanya membaca membaca dan mengalunkan Al-Quran, tetapi baginda menghidupkan apa yang terkandung dalam Kalam Allah itu.
Ads
2. Mengambil Wuduk sebelum membaca Al-Quran
Mengambil wuduk adalah persediaan mental dan fizikal yang baik untuk mengingatkan kita bahawa kita bukan sekadar sedang membaca ‘buku’ yang biasa. Sebenarnya kita sedang ingin berhubung dengan Allah, oleh sebab itu kebersihan adalah satu keutamaan yang penting apabila kita ingin menghadapNya.
3. Baca Al-Quran sekurang-kurangnya 5 minit setiap hari
Selalunya kita beranggapan bahawa kita patut membaca al-Quran sekurang-kurangnya sejam atau lebih. Jika anda bukanlah orang yang sentiasa membaca al-Quran, itu pastinya terlalu banyak dan berat untuk dilaksanakan. Sebagai permulaan, mulakan dengan hanya 5 minit sehari.
Apabila anda memulakan langkah pertama ini, InsyaaAllah, lama-kelamaan tanpa sedar 5 minit itu akan bertukar menjadi 10 minit, 10 minit akan menjadi setengah jam, dan seterusnya menjadi sejam. Dan mungkin lebih lagi. Rule thumb disini adalah dengan memulakan langkah kecil yang pertama. Harus fokus kepada proses itu, bukan kepada hasilnya.
Meluangkan masa lima minit untuk membaca al-Quran dalam bahasa arab adalah bagus, namun kita perlu faham apa yang kita alunkan itu. Pastikan anda ada terjemahan al-Quran yang baik dalam bahasa yang anda paling fahami. Terjemahan dalam bahasa Melayu contohnya anda boleh mendapatkan al-Quran Pelangi Madina, yang memaparkan terjemahan yang senang dibaca dengan jelas dan mudah difahami.
Ads
Sentiasalah membaca terjemahan untuk memahami apa yang telah kita baca. Pasti hati kita akan berasa tenang, dan menjumpai jawapan-jawapan kepada setiap permasalahan yang terjadi dalam hidup kita.
Al-Quran bukan hanya sekadar didengar oleh telinga, tetapi harus terdengar sampai ke hati. Kerana fungsi baca Quran itu ada dua, kalau tidak untuk menenangkan hati, ia untuk mengubati. Jadikan al-Quran sebagai peti aduan kita.
5. Jangan hanya bacaan; dengarkan juga
Di era yang serba canggih ini, jangan terhadkan diri kita untuk semakin merapatkan diri dengan kalam Allah ini. Download aplikasi dan audio ke dalam smartphone kita, dengan cara ini kita boleh mendengar alunan al-Quran setiap masa dari Qari yang kita minati dan secara tidak langsung dapat memperbaiki bacaan kita dari masa ke semasa.
Cara ini ibarat serampang dua mata;
Ads
Kerana kita dapat cara mendengar bacaan yang betul dan pada masa yang sama akan membuatkan kita mengingati ayat-ayat suci itu dalam hati kita.
6. Belajar Tajwid
Sedar tidak sedar, alunan al-Quran itu sendiri adalah salah seni terhebat yang boleh kita lakukan. Untuk baca dengan mahraj betul dan mempertingkatkan keindahan bacaan al-Quran, kita mesti belajar hukum tajwid. Keindahan alunan bacaan ayat suci Al-Quran akan pudar tanpa hukum tajwid yang betul. Oleh itu belajar dan amalkan hukum tajwid yang betul.
Yang terbaik pastilah dengan belajar secara berguru. Kita juga pada masa yang sama juga boleh memudahkan pembelajaran tajwid kita dengan menggunakan Al-Quran yang hukum bacaannya dicetak dalam warna berbeza untuk membantu memudahkan kita mengenalpastu sesuatu hukum dengan mudah.
7. Berdoa kepada Allah.
Pohonlah kepada Allah supaya memandu dan membantu kita apabila membaca Al-Quran. Tujuan kita adalah untuk mengharap keredhaan dan rahmat daripdaNya. Juga dengan niat untuk berhubung dengan Allah dengan membaca, memahami dan mengamalkan setiap perkataan suci yang terdapat dalam Al-Quran. Oleh itu, doa adalah alat terbaik untuk memudahkan kita mendapat petunjuk dan panduan daripada Allah.
Akhir sekali, tips yang paling penting adalah kita mesti konsisten. Sentiasa konsisten setiap hari dan setiap masa dalam membaca al-Quran, supaya kita semakin mahir. Baca sebanyak mungkin yang boleh, sekerap mungkin yang boleh. Tiada yang boleh menggantikan disiplin ini.
Sekiranya ada pemberian hadiah daripada sahabat atau kaum keluarga, anggap itu satu tanggungjawab kita untuk menghabiskan bacaan di samping itu pahala untuk yang memberi. Jadikan juga amalan memberi al-quran sebagai hadiah supaya kita juga mendapat pahala dengan setiap kali pembacaan.InsyaaAllah, pasti Allah akan memudahkan segala gerak kerja kita dalam mengapai redhanya. Semoga bermanfaat.
Wuduk ialah salah satu langkah wajib atau syarat untuk memastikan solat yang dilakukan oleh umat Islam itu dianggap sah. Wuduk juga ialah bagi memastikan kebersihan anggota badan dan kesucian rohani dan jiwa itu sentiasa terpelihara.
Menjaga wuduk dan sentiasa dalam keadaan berwuduk ialah satu perbuatan yang terpuji kerana kita dapat bersedia dan lebih mudah untuk menunaikan ibadah sama ada ibadah fardhu atau sunat.
Satu persoalan berkenaan solat, terlupa untuk mengambil wuduk. Mula sedar tidak berwuduk selepas melakukan solat. Adakah solat sah atau tidak? Jika menyedari ketika sedang mendirikan solat, adakah perlu memberhentikan solat?
JAWAPAN:
Syarat sah seseorang dalam melakukan solat adalah perlu bersuci dan bersih anggota badannya daripada hadas besar dan kecil. Bersuci atau berwuduk untuk melakukan solat merupakan perintah dari Allah SWT sebagaimana firmanNya:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu akan mendirikan solat maka basuhlah muka kamu dan tangan-tangan kamu hingga siku-siku kamu dan sapulah kepala kamu serta (basuhlah) kaki-kaki kamu sehingga ke kedua mata kaki.” (Surah Al-Maidah, 6)
Maksudnya: “Apabila engkau hendak bersolat berwudhu’lah dengan sempurna” Riwayat al-Bukhari (5897) dan Muslim (397)
Maka jelas jika dilihat melalui hadis tersebut, sesorang yang ingin menunaikan solat adalah wajib untuk bersuci dari segala hadas.
Manjawab kepada soalan yang diajukan, perbincangan berkenaan isu ini telah banyak dibahaskan oleh para ulama’ terdahulu bahkan ia telah bersepakat mengharamkan mereka yang berhadas menunaikan solat.
Maksudnya: “Kaum muslimin bersepakat bahawa haramnya solat bagi orang yang berhadas (Majmu’ Syarah Muhazzab, m/s 79)
Mengikut amalan dan pandangan disisi mazhab syafie dan Hanafi, mereka menyatakan bahawa kedudukan seseorang yang solat tanpa berwuduk terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu tidak sengaja (terlupa) atau sengaja.
Maksudnya: “Sama ada dia mengetahui hadasnya atau jahil (tidak tahu) atau terlupa tetapi jika dia menunaikan solat kerana dia tidak tahu dia berada di dalam keadaan berhadas, maka tidak ada dosa baginya. Sebaliknya, jika dia mengetahui bahawa dia berada di dalam keadaan hadas dan mengetahui larangan solat dalam keadaan berhadas, maka dia telah melakukan dosa besar tetapi tidak sampai tahap orang yang kafir menurut pandangan kami (mazhab syafie), kecuali jika dia menyatakan bahawa hal itu diperbolehkan. Abu Hanifah menyatakan bahawa dia telah kufur kerana mempermainkan agama.” (Majmu’ Syarah Muhazzab, m/s 79)
Kesimpulannya, jika seseorang itu terlupa berwuduk lalu melakukan solat, status solatnya tidak sah dan perlu diulang semula. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
Maksudnya: Allah SWT tidak menerima solat mereka yang berhadas sehingga dia berwuduk. (Hadis riwayat Imam Bukahari, No. 6954)
Begitu juga hadis Nabi SAW menyatakan:
لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لاَ وُضُوْءَ لَهُ
Maksudnya: Tidak ada solat bagi mereka yang tidak berwuduk (Hadis riwayat Abi Daud, No.101)
Adapun, seseorang yang mengetahui bahawa dirinya dalam keadaan hadas dan mengetahui bahawa larangan untuk menunaikan solat dalam keadaan berhadas tetapi tetap melaksanakan solat, maka dia telah melakukan dosa besar tetapi tidak sampai tahap seperti dosa orang yang murtad.
Maka ini adalah pandangan muktamad ulama’ syafie. Jika disedari bahawa ketika menunaikan solat, diri berada di dalam keadaan berhadas atau terlupa untuk berwuduk, maka perlu diberhentikan solat tersebut dengan serta-merta.
Inilah namanya “sleep pod” tempat tidur untuk mereka yang penat bershopping di Dubai Mall! Ya, mana la tau tengah shopping sakan sampai tak ingat dunia, tiba-tiba rasa penat boleh la take a break sebentar tidur dulu sebelum sambung semula.
Selalunya “Sleep pod” sebegini ada saya nampak di lapangan terbang. Maklumlah, mungkin ramai yang perlu rehat untuk beberapa jam ketika transit kapal terbang. Tapi kali ni kat shopping mall pula. Kemungkinan pasar raya itu mempunyai keluasaan yang perlu anda berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan dari satu kedai ke kedai lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Badan Sering Lesu Dan Kerap Tidur, Itu Salah Satu Tanda Kematian Menghampiri
Pengunjung di serata dunia
Dubai Mall telah melancarkan tempat tidur untuk pembeli yang letih yang mungkin keletihan daripada 1200 kedai mengikut pilihan. Sleep Pod Lounge ialah ciptaan terobosan untuk memenuhi keperluan gemar membeli-belah yang berduyun-duyun ke Dubai Mall dari seluruh dunia.
Sewa ‘kpsul tidur’ ini hanya AED 40 (RM47.90) untuk sejam dan AED 95 (RM114) untuk tiga jam, pod adalah tempat perlindungan setiap orang yang lesu. Menatiknya pod ini juga tersedia dengan soket dan pengecas.
Keluasan yang cukup panjang untuk memuatkan badan anda dengan selesa dan membolehkan anda meregang dan melambung ruang pusingan yang cukup. Ia juga membolehkan tempat tidur menghalang sebarang cahaya dan sekiranya anda seorang yang mengantuk yang ghairah, bantal juga disediakan untuk disewa dengan harga AED 10 (RM12).
Kemajuan itu adalah sebahagian daripada penyelidikan yang dijalankan di UAE yang mendedahkan bahawa satu daripada tiga orang tidak mendapat jumlah tidur yang mencukupi dan jika diberi peluang, orang ramai ingin mendapatkan semula tidur mereka. Malah bukan sahaja Dubai malah ‘kapsul tidur’ ini terdapat di Negara-negara maju seperti Jepun.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setiap manusia dalam dunia ini mempunyai bentuk rezeki yang berbeza. Ada yang mendapat rezeki dalam bentuk material seperti kenaikan pangkat atau jumlah pendapatan yang banyak.
Terdapat juga mereka yang gajinya tidak besar tetapi kesihatannya sentiasa baik, anak yang pintar dan sebagainya. Rezeki yang paling baik adalah rezeki yang dipenuhi dengan berkat iaitu rezeki yang walaupun sedikit tetapi mencukupi.
Semasa saya dengar audio dari Syeikh Ali Jaber, beliau ada berkongsi tip. Selalu bila orang datang padanya minta pertolongan macam mana hendak selesaikan masalah-masalah dan hajat. Syeikh Ali Jaber berkongsi dua perkara ini:
Alhamdulillah hampir 90% yang amalkan tipnya datang semula kepada beliau dan ucapkan terima kasih kerana Allah hadirkan jalan keluar untuk mereka. Allah mendengar DOA dan permintaan mereka dan kabulkan dalam masa yang sangat singkat.
APA PETUA BELIAU?
1) Selepas solat Isyak solat dua rakaat
2) Sebelum tidur bayangkan dalam kepala segala apa yang kita hajatkan
– Misalnya amanah hutang langsai
– Sales merimbun dan masuk setiap hari
– Dapat rumah kereta
– Dan sebagainya
3) Dan terus baca
حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ “Hasbunallah wa ni’mal wakil.”
“Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung”
Baca dengan sepenuh hati biar sampai mengalir air mata. Syeikh tak bagitahu bilangannya berapa tapi kalian boleh baca sebanyak mana pun kalian nak. Ada saya pernah terbaca
Barang siapa membaca kalimat di atas 450x di waktu siang dan 450x di waktu malam, Insya Allah dia akan mendapatkan 6 hal:
1) Allah akan mencukupinya 2) Allah menjadi wakil (Yang Diserahi) segala urusannya 3) Allah melindungi dari kejahatan makhlukNya 4) Allah akan menguatkan pertolongan untuknya 5) Allah akan menjadikan rasa mahabbah (suka/sayang) kepadanya pada hati semua makhluk 6) Allah akan membuatnya kaya raya dengan anugerah-NYA
Syeikh Abu Hasan As Syadzili RA berkata:
Barang siapa istiqamah membaca: HASBUNALLAHU WA NI’MAL WAKEEL (sebanyak kandungan bilangan hurufnya atau 450x) setiap saat atau sesering-seringnya (semakin sering semakin baik) secara istiqamah, maka ia akan memperoleh keberuntungan bersama orang orang yang beruntung.
Siapakah orang orang yang beruntung itu? Mereka itulah orang-orang yang tidak merasa khuatir atau takut dan tidak merasa susah. Ini adalah maqam para wali Allah. Semoga bermanfaat dan beramal.
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah - The Home...