Kerohanian

Tinggalkan TOXIC CIRCLE, Ustazah Raudhatul Jannah Bagi Panduan Taubat Yang Mudah!

Share

Nak ubah hidup, tinggalkan dulu toxic circle, ini perkongsian menarik Ustazah Raudhatul Jannah ketika berbagi panduan taubat yang mudah.

Walaupun dosa setinggi langit, tetaplah berdoa dan meminta ampunan-Nya. Ringkas mukadimah Ustazah Raudhatul Jannah Rozli yang merupakan Pendakwah Bertauliah JAIS dan Juara Pendakwah Muslimah JAIS & Alhijrah ketika temu bual Hijabista OTW baru-baru ini.

“Ya, saya faham perasaan dimana kita nak mula berubah. Mula berhijrah. Pasti akan ada satu perasaan… Adakah Allah terima diri ini yang serba-serbi pendosa?

Dengan dosa yang kita lakukan, kita rasa bersalah dengan Allah tapi dalam masa yang sama, jauh di sudut hati kita nak bertaubat dan kembali pada-Nya.

Ustazah Raudhatul Jannah

 

Memetik surah Az-Zumar ayat 53 bermaksud ‘Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hamba-Ku yg telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; Sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Ustazah Raudhatul Jannah turut berbagi panduan taubat yang mudah seperti di bawah:

1. Niatkan penghijrahan kerana Allah SWT.
2. Mula betulkan solat.
3. Cari ilmu.
4. Cari kawan-kawan dan circle positif.
5. Tinggalkan toxic circle dan tak bermanfaat.

Nak ubah hidup, tinggalkan dulu toxic circle, kata Ustazah Raudhatul Jannah. Ramai kawan itu hebat namun kawan yang terlalu banyak dalam lingkungan toksik boleh membawa pengaruh negatif kepada sis!

Semak red flag kawan toksik:

  • Suka merendahkan diri anda.
  • Menjadikan hal peribadi anda sebagai topik untuk ditertawakan.
  • Bergosip di sana sini.
  • Tidak ikhlas meminta maaf.
  • Menyakiti perasaan.
  • Gemar membanding-bandingkan.
  • Pentingkan diri sendiri.

Namun bagaimana nak bertaubat jika melibatkan dosa-dosa besar umpamanya mengubah ciptaan Tuhan? Dengarkan penjelasan penuh Ustazah Raudhatul Jannah dalam video di bawah…

 

Semoga memberi manfaat kepada para hijabi yang mungkin struggle mencari cara kembali ke pangkal jalan.

Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/ubah-penampilan-kecantikan-bekas-ahli-dolla-syasya-rizal-makin-menyerlah-selepas-berhijab/

Published by
Lin