Tinggalkan Keluarga Demi Saudara Sesama Islam, Ardell Aryana Sekali Lagi Sertai Misi Bantuan Di Syria

Share

Membantu sesama manusia adalah satu perbuatan yang mulia. Sikap bantu membantu juga merupakan sangat dianjurkan oleh agama Islam sendiri.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW, Baginda bersabda yang bermaksud :

“Barangsiapa melapangkan kesusahan seorang mukmin dari berbagai kesusahan dunia, nescaya Allah SWT akan melapangkan darinya daripada kesusahan pada hari kiamat.” [HR. Muslim (2699)]

Artikel berkaitan: 10K Pelarian Syria, Terima Manfaat Dana Satu Juta Dalam ‘Misi Bantuan Musim Sejuk 2022’

Tinggalkan Keluarga Demi Bantu Saudara Sesama Islam…

Kini berangkat lagi ke Syria, pelakon Ardell Aryana pergi meninggalkan suami, Nadzmi Adhwa dan anaknya bagi berkhidmat demi Misi Bantuan Kemanusiaan, Syria Winter Mission anjuran Pertubuhan Kebajikan Aryan, bulan ini.

Sumber dari Instagram @Aryna.Care

Dia juga membuat satu hantaran di Instagram Story untuk meminta semua pengikutnya mendoakan perjalanannya bersama-sama beberapa sukarelawan yang turut sertai dipermudahkan.

“Semoga Allah SWT permudahkan perjalanan kami enam orang pergi dan pulang. MasyaAllah, semoga mereka (rakyat Syria) kuat hadapi musim sejuk melampau ketika ini, bertahanlah dalam kelaparan,

“InsyaAllah, nanti kita makan makanan yang sedap yang panas ya. Semoga murah rezeki mereka. Amin.” tulisnya.

Artikel berkaitan: Tampil Berhijab Tanda Hormat, Salur Bantuan RM29,000 Kepada Masjid, Penampilan Hannah Yeoh Mempersonakan!

Turut membuat satu hantaran khas buat isterinya, Nadzmi menukilkan ucapan di Instagram. Dia juga memohon agar semua orang mendoakan misi bantuan yang dilaksanakan di Syria itu.

“Moga Allah redha. Semoga dipermudahkan segala urusan awak dan team , kami tunggu awak balik ya @ardellaryana 😘 Apabila di tanah Syam doakan saya dan urwa disini ya sayang,

“Doakan perjalanan isteri saya ke Syiria untuk Misi Bantuan Kemanusiaan kali ini ya sahabat semua. Semoga selamat pergi dan pulang.” tulis Nadzmi buat isterinya.

Sumber: Instagram @nadzmiadhwa@aryana.care , dan Harian Metro

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee