Membantu sesama manusia adalah satu perbuatan yang mulia. Sikap bantu membantu juga merupakan sangat dianjurkan oleh agama Islam sendiri.
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW, Baginda bersabda yang bermaksud :
“Barangsiapa melapangkan kesusahan seorang mukmin dari berbagai kesusahan dunia, nescaya Allah SWT akan melapangkan darinya daripada kesusahan pada hari kiamat.” [HR. Muslim (2699)]
Artikel berkaitan: 10K Pelarian Syria, Terima Manfaat Dana Satu Juta Dalam ‘Misi Bantuan Musim Sejuk 2022’
Tinggalkan Keluarga Demi Bantu Saudara Sesama Islam…
Kini berangkat lagi ke Syria, pelakon Ardell Aryana pergi meninggalkan suami, Nadzmi Adhwa dan anaknya bagi berkhidmat demi Misi Bantuan Kemanusiaan, Syria Winter Mission anjuran Pertubuhan Kebajikan Aryan, bulan ini.
Dia juga membuat satu hantaran di Instagram Story untuk meminta semua pengikutnya mendoakan perjalanannya bersama-sama beberapa sukarelawan yang turut sertai dipermudahkan.
“Semoga Allah SWT permudahkan perjalanan kami enam orang pergi dan pulang. MasyaAllah, semoga mereka (rakyat Syria) kuat hadapi musim sejuk melampau ketika ini, bertahanlah dalam kelaparan,
“InsyaAllah, nanti kita makan makanan yang sedap yang panas ya. Semoga murah rezeki mereka. Amin.” tulisnya.
Artikel berkaitan: Tampil Berhijab Tanda Hormat, Salur Bantuan RM29,000 Kepada Masjid, Penampilan Hannah Yeoh Mempersonakan!
Turut membuat satu hantaran khas buat isterinya, Nadzmi menukilkan ucapan di Instagram. Dia juga memohon agar semua orang mendoakan misi bantuan yang dilaksanakan di Syria itu.
“Moga Allah redha. Semoga dipermudahkan segala urusan awak dan team , kami tunggu awak balik ya @ardellaryana 😘 Apabila di tanah Syam doakan saya dan urwa disini ya sayang,
“Doakan perjalanan isteri saya ke Syiria untuk Misi Bantuan Kemanusiaan kali ini ya sahabat semua. Semoga selamat pergi dan pulang.” tulis Nadzmi buat isterinya.
Sumber: Instagram @nadzmiadhwa , @aryana.care , dan Harian Metro
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Kedekut Dengan Ibu Bapa, Redha Allah Terletak Pada Redha Mereka. Pesan Lelaki Ini!
Ibu bapa adalah insan paling utama untuk kita muliakan. Walaupun yang sudah berkahwin terutama bagi lelaki, kedua ibu bapa yang wajib ditaati. Tangan ibulah yang mengendong kita sejak kecil hinggalah tahu untuk bertatih, berjalan, berlari dan kemudian menjadi manusia berguna. Jadi tiada salahnya selepas diberi didikan secukupnya, membalas jasa mereka dengan sewajarnya. Tidak habis duit jika memberikan mereka wang setiap bulan kerana ia sungguh berkat.
Perkongsian lelaki ini, Zakuan Faiz di laman sosial, mmeberi kesedaran kepada kita betapa insan ini jangan sesekali dilukai, apatah lagi dilupakan. Betapa besar jasa dan pengorbanan mereka. Jangan jadikan ibu bapa sebagai HAMBA, sebaliknya muliakan dengan seadanya. Doa mereka paling mujarab terutama insan yang kita panggil IBU.
Ayuh, ikuti luahannya ini.
SYURGA PALSU UNTUK ORANG BODOH
Aku tidak dapati, doa yang lebih mujarab daripada doa kedua orang tuamu. Khususnya ibu.
Aku dapati begitu ramai orang hebat, khasnya para ulama yang mulia, melainkan mereka didoakan ibu mereka secara khusus.
Ramai yang tak menyedari anugerah yang begitu hebat ini yang mana mereka adalah pintu-pintu syurga, doa mereka umpama doa nabi-nabi, tapi pada kita, mereka hanyalah tempat untuk kita serahkan baby untuk dijaga.
Mereka jaga kita dengan penuh kasih sejak kecil, bila kita sudah besar, kita suruh pula mereka jaga anak-anak kita. Betapa celakanya manusia, inilah tanda kiamat yang nabi telah maklumkan bahawa ibu akan melahirkan tuannya.
JANGAN JADIKAN MEREKA HAMBA
Alasan mereka, hidup susah, banyak hutang, semua kena kerja, anak takda siapa jaga.
Sebenarnya barakah yang sudah hilang. Hinggakan para wanita terpaksa bekerja, keluar dari rumah, melanggar fitrah mereka, bergaul dengan lelaki ajnabi secara bebas, suami mereka menjadi dayus. Ada juga yang bukan terpaksa tapi kerana suka-suka. Sebab nak ada duit supaya boleh shopping baju kasut beg tangan penuh satu rumah.
Lelaki menjadi lemah, tidak lagi seperti “Rijal” pada zaman Rasulullah. Cukup seorang untuk beri nafkah, kerana mereka Qana’ah dan Allah limpahkan barakah.
Akhirnya ibu dan bapa yang patut kita jaga sebagai pintu syurga, akhirnya menjadi hamba kepada kita.
Bila kita dah mula kaya, anak-anak dah besar, baru terfikir nak balas jasa ibubapa. Tapi waktu itu sudah terlambat, tak ada nikmat dunia lagi yang dapat gembirakan mereka. Bawa melancong, kaki mereka sakit. Bawa makan, mereka perlu berpantang. Bawa ke taman, tak larat berjalan.
Yang mereka mahukan ketika itu hanyalah anak mereka sebagai teman.
Tapi demi Allah mereka tak mampu berikan sebab hanya sibuk mengejar kekayaan.
JALAN KE SYURGA TERTUTUP
Akhirnya syurga mereka pun pergi. Satu-satunya peluang mereka ke syurga secara jalan pintas telah pun tertutup.
Waktu itu tiada lagi guna untuk menyesal. Anak-anak yang membesar “dengan orang lain” juga kurang mesra dengan kita, kerana tak pernah diberi perhatian dan kasih sayang selayaknya.
Akhirnya anak-anak muda menjadi sampah raver, hipster dan entah apa kejadah lagi. Yang perempuan hilang dara seawal darjah tiga, yang lelaki melayari web lucah seawal tadika. Ibu bapa tak pernah ajar agama.
Anak-anak membesar menjadi penderhaka. Memaksa ibubapa derhaka tadi menitiskan air mata.
Semuanya dah terlambat.
Sejak awal lagi kau salah kira.
Sejak awal lagi kau terlibat riba.
Sejak awal lagi kau sibuk kejar dunia.
Sejak awal lagi kau makan semua benda.
Sejak awal lagi kau tidak menjadi hamba.
Kepada yang masih ada ibu dan bapa. Khidmatlah kepada mereka sekarang, selagi mereka masih hidup. Bawalah mereka ke mana mereka mahu pergi. Korban kan dunia mu.. sudah-sudah lah kejar dunia yang tak berkesudahan…. Tak kan kau nak biar mak bapak kau mati membawa hati yang kecewa…
Sekurang-kurangnya balas lah jasa mereka, buatlah mereka tersenyum, belanja lah mereka makan, bawak mereka berjalan, khidmat mereka walau terpaksa ambil cuti, mintak doa mereka pada setiap perkara, hubungi mereka walaupun tak ada benda nak kata, cukup mereka dengar suara kita dan kita dengar suara mereka. Jangan sia-siakan syurga itu.
KEDEKUT DENGAN IBU BAPA
. Waktu khidmat, niatlah untuk sukakan Allah. Saya berani gerenti dengan nama Allah , Allah akan mudahkan semua urusan dunia akhirat kita. Allah akan murahkan rezeki kita. Saya dah alaminya.
Ramai orang kedekut dengan ibubapa sendiri. Tak pernah bawa ibubapa ke restoran mahal walau sekali. Bukan nak tunggu kaya, bukan nak bajet kaya, tapi ia akan buat ibubapa sangat gembira kerana dihargai sangat-sangat. Bawak awek luar nikah ke restoran mahal dia tak rasa apa. Bawak ibubapa, dia kata bazir.
Pengalaman saya sendiri, kalau saya ada masalah kewangan, saya akan belanja mak ayah saya makan tempat mahal, atau saya keluarkan sejumlah wang besar dan terus hadiahkan pada ibu ayah. Kalau ikut logik, harta akan semakin berkurang, dah la tengah gawat.
Tapi tak… Orang munafik yang tak ada iman je akan fikir macam tu. Orang beriman pulak diajar oleh Rasulullah, lagi banyak harta kita keluar untuk Allah, apatah lagi untuk gembirakan ibu bapa, harta kita akan melimpah-limpah digandakan.
Jadi korang rasa, korang sempit kewangan sebab apa?
Sebab korang kedekut. Wallahi korang kedekut. Akui ia. Dan bertaubat kepada Allah. Walaupun korang memang ada keluar sedekah. Tapi akuilah korang memang kedekut. Keluar sedekah sikit pun berkira-kira. Kalau betul korang tak kedekut, pernah tak korang bagi seluruh gaji korang pada mak bapak korang untuk satu bulan? Ekstrim kan?
Mestilah tak pernah! Gila! Nanti nak makan apa!
Ok, kita turun sikit….
Pernah tak masukkan not biru RM 50 dalam tabung masjid?
Not biru memang selalu…. Tapi bukan RM50…
RM1 je….
Tengok tu… Kedekut kan?
Lepas tu mengadu kat Allah, kenapalah aku hidup sempit, ini tak cukup, itu tak cukup . Ni semua mesti salah Najib!
Orang yang berkira-kira dengan Allah , Allah pun akan berkira-kira dengan dia. Ingat ni sampai bila-bila. Kalau nak hidup sempit, berkira-kira lah dengan ibubapa kita . Try it, experience it. Hidup kau konfem akan sempit walaupun laki bini kerja hebat, gaji puluh ribu sebulan tak termasuk OT.
GEMBIRAKAN MEREKA
Gembirakanlah ibu bapa mu. Insyaallah Allah pasti akan betulkan segalanya dalam hidupmu. Jangan perhambakan ibubapa mu, diorang dah jaga kau dari kecik, kau jagalah anak kau sendiri. Sampai bila nak hidup menyusahkan mak bapak. Patutnya mudahkan mereka, layan mereka macam raja, permaisuri. Bukan jadikan mereka sebagai bibik.
Yang wanita, jadilah surirumah, didik anakmu sendiri seperti semua srikandi Islam. Tokoh-tokoh agung dunia dalam sejarah Islam semuanya lahir daripada madrasah rumah yang diketuai oleh IBU mereka.
Sekarang rumah hanya jadi panggung wayang, untuk tengok cerita Korea dan raja lawak. Hanya jadi restoran, beli meja mahal dan makan sedap-sedap. Jadi pusat karaoke hari-hari layan lagu dari program realiti.
Maka yang terhasil dari rumah-rumah zaman sekarang hanyalah sampah masyarakat. Pastu bajet Soleh, bajet solehah, tak boleh ditegur, melenting bagai nak rak.
Di luar sana, memang ramai orang “kaya”. Tapi majoritinya kaya palsu.
Rumah besar, kereta mewah , tapi semuanya hutang. Hutang riba pulak tu. Harta mereka hanya kertas dan nombor dalam skrin, yang tiada nilai aset.
Dan kehidupan itulah yang kau kejar. Yang penuh tipu daya. Bajet diva, tapi penuh riba.
Aku sikit pun tak heran pada mana-mana orang kaya zaman sekarang sebab tahu mereka semua posers, fakers, palsu, cetak rompak.
Kehidupan itu yang kau carik?
Hingga tanggungjawab kau abai?
Mak bapak kau hambakan?
Anak-anak tidak diberi agama?
Allahu…
Inilah SYURGA DAJJAL YANG NABI DAH PERINGATKAN KEPADA KITA 1400 TAHUN DAHULU….
“Jangan kau terjun ke dalamnya, kerana syurganya dajjal itu hakikatnya adalah neraka.”
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Membeli Pelindung Matahari Diskaun Dalam Talian? Anda Mungkin Mendapat Yang Palsu. Amaran Pakar…
Terpikat dengan diskaun yang ditawarkan pada platform e-dagang, warga Singapura ini memutuskan untuk membeli pelindung matahari kegemarannya dalam talian.
Tetapi selepas dia menerima tempahan Biore UV Aqua Rich Essence, dia mendapati tekstur dan warna pelindung matahari itu berbeza daripada produk yang sama yang dibelinya sebelum ini di peruncit rasmi. Walaupun guru yoga ini pada mulanya menghapuskan perubahan kepada kumpulan pengeluaran yang berbeza, video yang dia temui membandingkan versi berbeza produk yang sama meningkatkan syak wasangkanya.
“Semua yang wanita itu katakan dalam video itu adalah benar bagi saya. Dari pembungkusan hingga review,” katanya dalam satu temubual dengan media Singapura.
Pengguna ini, yang turut membuka laman Facebooknya untuk berkongsi penemuannya, berkata: “Sebuah carian di Google dan beberapa video kemudian, saya keluar untuk membeli satu lagi tiub daripada drugstore secara runcit penuh pada harga RM61.90 untuk membandingkan kedua-dua tiub itu.
“Cukup untuk mengatakan saya cukup yakin saya telah menggunakan pelindung matahari palsu sejak enam bulan lalu.”
Manakala semakan media Singapura terhadap penyenaraian produk di platform e-dagang terkenal tempat warga Singapura ini membeli pelindung mataharinya, mendapati majoriti ulasan pelanggan adalah positif. Hanya segelintir pelanggan yang mengadu bahawa pelindung matahari berbeza daripada yang mereka beli di kedai runcit.
Tangkapan skrin yang telah dialih keluar.
Encik Feng tidak bersendirian dalam pengalamannya, pelanggan yang telah beralih kepada platform e-dagang dengan harapan untuk mendapatkan tawaran yang baik untuk produk penjagaan kulit juga telah menemui apa yang mereka percaya sebagai palsu.
Seorang suri rumah, berkata dia membeli produk penjagaan kulit di bawah jenama The Ordinary daripada platform dalam talian. Harganya 30 peratus lebih murah daripada harga asal yang dibeli suaminya dari AS.
Dia telah yakin dengan penyenaraian dalam talian, yang katanya “penuh dengan imej asli, imej yang meyakinkan, penulisan dalam huraian, penilaian yang baik”.
“Semuanya kelihatan sah,” katanya. Tetapi warna, konsistensi dan bau produk ternyata berbeza daripada yang asal.
“Saya hanya menggunakan sekali dan merasakan ia sangat ‘off’. Nasib baik, saya tidak mengalami reaksi buruk. Tetapi saya juga merasakan ia tidak menampakkan apa-apa hasil untuk kulit saya,” kata lelaki berusia 30 tahun itu.
Seorang lagi pengguna, telah melayari Facebook bulan lalu untuk mengadu tentang produk Kiehl’s tiruan yang dibelinya secara dalam talian. Dia memberitahu media Singapura ini bahawa dia telah memesan tiga barangan Kiehl daripada penjual tempatan e-dagang ini.
Pada mulanya, dia curiga kerana harganya kira-kira 30 peratus lebih murah daripada kedai rasmi Kiehl, tetapi memutuskan untuk mempercayai platform dan penjual, yang mempunyai rating tinggi.
“Pada 25 Ogos 2022, saya menerima tempahan saya dan mendapatinya adalah produk palsu selepas penggunaan pertama kerana saya telah menggunakan Kiehl’s untuk masa yang lama,” katanya.
Penjual perlu mematuhi peraturan e-dagang
Maklum balas syarikat E-dagang ini memberi jaminan bahawa tindakan akan diambil bagi penjual yang melanggar syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi
“Kami mengambil langkah awal untuk memintas produk yang menyinggung perasaan daripada disenaraikan di platform dan kami bekerjasama dengan kerajaan tempatan dan pihak berkuasa kesihatan untuk menurunkan penyenaraian produk yang dibenderakan.
“Penyenaraian yang didapati mempunyai pelanggaran peraturan atau pelanggaran lain terhadap syarat penggunaan kami akan dialih keluar.”
Tambahnya lagi, platform e-dagang ini mempunyai proses untuk menggalakkan penjual mengekalkan tahap kepuasan pelanggan yang tinggi. Begitu juga, sistem mata penalti penjual tidak menggalakkan mereka daripada melanggar dasar.
Pengguna digalakkan untuk menghubungi syarikat e-dagang jika mereka menemui penyenaraian serupa di platform. Pengguna boleh melaporkan produk yang mereka syak sebagai tiruan terus dari mana-mana halaman penyenaraian produk.
Terjadinya risiko pada kulit, nasihat pakar…
Mereka yang menggunakan pelindung matahari palsu bukan sahaja berisiko mempunyai bahan yang tidak diluluskan pada kulit mereka, malah mengalami selaran matahari atau hiperpigmentasi juga mereka bertambah teruk. Pelindung matahari palsu mungkin kekurangan perlindungan matahari yang disediakan oleh produk tulen.
“Bagi pengguna yang membeli-belah dalam talian, mungkin sukar bagi mereka untuk mengesahkan ketulenan produk ini, dan mereka mungkin terpikat dengan harga produk tiruan ini yang agak rendah.”
Produk tiruan mungkin kekurangan penapis pelindung matahari, meningkatkan risiko kerosakan UV dan kanser kulit, kebarangkalian mengandungi bahan berbahaya seperti merkuri.
“Penjagaan kulit palsu tidak mungkin telah menjalani ujian keselamatan, dan bahan-bahan sebenar mungkin dikaburkan dalam senarai ramuan yang dicetak pada pembungkusan produk,” tambah pakar ini.
Pakar menunjukkan pembelian daripada sumber yang bereputasi sebagai cara terbaik untuk mengelakkan pemalsuan. Dan itulah yang Encik Feng berniat untuk lakukan. Dia merancang untuk melangkau tawaran dalam talian dan hanya membeli daripada peruncit rasmi mulai sekarang.
“Saya akan tunggu Guardian dan Watsons ada jualan,” katanya.
Nasihat Encik Lim pada mereka yang sangat memerlukan dan ingin juga membeli di atas talian, adalah lebih baik membeli daripada pengedar sah dan kedai rasmi, bukannya penjual semula. Walau bagaimanapun, ini memerlukan sedikit kewaspadaan di pihak pengguna. Sesetengah penjual semula menggunakan imej yang sama seperti kedai rasmi, jadi pelanggan perlu menyemak nama kedai dan bukannya bergantung pada foto, katanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: CNA Singapore
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Orang Cerewet Bab Makan Ini Tidak Suka Kegagalan? Ketahui Personaliti Melalui Cara Makan.
Suasana sewaktu makan adalah satu situasi yang sangat memainkan peranan. Seperti di dalam sebuah filem, situasi ketika makan menceritakan semua hal yang terjadi pada setiap watak-watak. Begitu juga yang boleh terjadi dalam dunia realiti, situasi ketika makan banyak menceritakan watak serta personaliti setiap orang yang berada di depan mata kita.
Jadi adakah anda tahu kenapa suasana makan adalah penting dalam mengenali watak serta personaliti seseorang? Ia kerana kita boleh mengetahui watak serta personaliti orang melalui cara bagaimana mereka makan.
Makan perlahan
Kalau ikutkan, mesti ramai yang kurang sabar melihat mereka yang makan agak slow. Sebenarnya, orang yang makan slow atau perlahan ini mempunyai kesabaran yang banyak. Mereka ini juga seseorang suka menikmati setiap gigitan dan mengambil masa untuk makan. Dipercayai juga, mereka ini mempunyai gaya hidup yang sama dalam kitaran hidup mereka.
Artikel berkaitan: Sebelum Makan Daging, Ketahui Dulu Jumlah Lemak & Protein Setiap Bahagian, Barulah Diet Tak ‘Ke laut’
Makan laju
Kadang-kadang kita lihat kawan kita makan dengan kadara yang sangat cepat. Orang yang sebegini adalah seorang individu yang multitasker dan cenderung untuk suka bersaing dalam kehidupan. Tambahan pula, mereka ini tidak pernah terlepas deadline dan cuba untuk selesaikan tugasan sebelum habis waktu.
Cerewet bab makan
Ya, sering kali kita lihat terdapat beberapa orang kawan atau ahli keluarga yang sangat cerewet dalam pemilihan makanan mereka. Ini adalah cara orang yang tidak suka keluar dari zon selesa mereka. Mereka kurang mengambil risiko dan hanya memilih makanan yang sudah tepati citarasa mereka. Individu seperti ini kurang gemar dengan ‘kegagalan’ dan juga bersemangat untuk belajar serta bertanya.
Makan bersepah
Ada juga sejenis orang yang suka gaul semua lauk yang ada di atas pinggan kerana mereka suka campuran rasa yang unik dari setiap lauk dan kuah. Orang seperti ini adalah orang yang suka bergaul dan mesra serta bertanggungjawab. Mereka ini sangat suka akan pekerjaan dan tahu bagaimana untuk meluangkan masa untuk orang yang tersayang.
Paling kuat kunyah
Sangat menjengkelkan buat orang yang suka kunyah yang kuat sehinggakan kita cop mereka sebagai Youtuber ASMR (Autonomic sensory meridian response) di sebabkan bunyi yang mereka buat. Orang seperti ini sudah tentu menunjukkan mereka ini ekstrovert dan sangat peramah tanpa memikirkan apa orang fikirkan mengenai mereka.
Jadi mungkin selepas ini anda boleh mula untuk perhatikan di meja makan tidak kira ahli keluarga atau rakan-rakan cara mereka makan. Kami bukan ajar untuk menjadi seseorang yang ‘creepy‘ tapi kadang-kadang keadaan seperti ini mengajar kita mengenali seseorang itu dengan lebih dekat.
Artikel berkaitan: Banyak Masalah Kesihatan Bila Ambil Garam Berlebihan Dalam Makanan, Tiba Masa Tukar Jenis Garam Dalam Masakan
Sumber: Huffpost dan Little Things
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI