
Bagi mereka yang meminati dan menonton film ‘Syurga yang tidak dirindukan atau di bawah lindungan ka’bah’ pasti mengenali pelakon utamanya iaitu, Laudya Cynthia Bella. Wanita cantik dari Indonesia ini bukan sahaja terkenal di Indonesia malah Bella terkenal juga di Malaysia dan mempunyai ramai peminat disini.
Menjadi pilihan hati ramai wanita muslimah diluar sana apabila Laudya Cynthia Bella mula berhijrah memakai hijab pada tahun 2015, Laudya Cynthia Bella juga terus berkarya di dalam industri dengan lebih semangat dan lebih menjadi diri sendiri.
Selepas perpisahan bersama Engku Emran pada Julai 2020, Laudya Cynthia Bella kini didakwa sudah berkahwin bersama kerabat diraja dan dikhabarkan Bella ingin bersara dari industri seni.
Bella Umum Bersara Dari Dunia Seni

Melalui kenyataan yang dihantar Laudya Cynthia Bella kepada pihak media Indonesia, yang mengatakan bahawa beliau mahu bersara dari dunia seni. Bukanlah perkara yang mudah buat Laudya Cynthia Bella akan tetapi niatnya ingin bersara dari bidang seni sudah lama timbul dan kini sampai masanya
Menurut Laudya Cynthia Bella “Memang saya sudah pasang niat, tetapi manusia itu lemah. Semoga Allah membantu.” sumber Liputan6.
“Doakan saya. Insya-Allah, tiada filem lagi selepas ini. Semoga saya terus beristiqomah dan filem terakhir saya adalah ‘Buya Hamka”
Laudya Cynthia Bella juga turut memohon peminatnya akan terus mendoakannya. Dia juga mengatakan hasratnya ingin berjaya dunia akhirat dan banyak yang dia perlu belajar dengan statusnya sekarang.
Artikel berkaitan: Pengalaman Menjadi Seorang Isteri, Laudya Cynthia Bella Anggap Perpisahan Ini Mengajar Jadi Wanita Yang Lebih Baik

Mungkin di sebalik pengakhiran mempunyai permulaan yang lebih baik. Dengan persaraan Laudya Cynthia Bella di dalam industri filem dapat membantu dirinya fokus sepenuhnya dalam bidang perniagaan.
Antaranya adalah, perniagaan tudung dan produk muslimah “L’ by Laudya Cynthia Bella yang terinspirasi dan mengikuti jejak bapanya yang berada di dalam bidang pembuatan tekstil.
Semoga Laudya Cynthia Bella diberikan kekuatan untuk terus beristiqomah dan peminat sentiasa menyokongnya walau apa pun.
Artikel berkaitan: Tak Mahu ‘Sentuh’ Instagram Ketika Bulan Ramadan, Laudya Cynthia Bella Serah Urusan Kepada Pekerja
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bertuahnya Baby Siti Aafiyah Dapat Beraya Dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Syawal Kali Ini

Raya kali ini cukup bermakna buat keluarga Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana merayakannya bersama comel pipi merah, baby Siti Aafiyah. Semalam Siti memuat turut foto terbaru mereka sekeluarga berhari raya dengan menggayakan baju sedondon. Lebih istimewanya Syawal kedua ini Siti Aafiyah turut berpeluang mengunjungi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya.

Siti dalam postingnya itu menyuarakan rasa bertuahnya Siti Aafiyah kerana terima kasih kepada Tun Dr Mahathir
Bertuahnya anak ibu dapat beraya bersama Ayahnda Tun M & Bonda Tun Siti harini @chedetofficial
Siti juga turut mengucapkan syukur kerana Syawal kedua ini menjadi momen terindah buat mereka sekeluarga. Malah beliau turut merakam ucapan terima kasih kepada Ayahanda Tun dan Bonda Tun Siti kerana sudi menerima dan meluangkan masa until mereka sekeluarga. Ucapan diakhiri dengan kata-kata ‘we love u Tun’.

Malah kehadiran Siti Aafiyah Syawal kali ini juga turut menceriakan keluarga Siti dan Datuk Khalid kerana masing-masing berebut untuk mengabadikan gambar kenangan bersama Siti Aafiyah.
Untuk sambutan Syawal kali ini Siti memilih persalinan kurung moden motif floral rona pastel yang begitu sedondon dengan Siti Aaafiyah. Begitu juga dengan suami tercinta yang turut menggayakan baju Melayu rona sedondon dengan keduanya.

Walaupun masih kecil, tetapi si cilik ini cukup bijak apabila lensa kamera terarah kepada dirinya. Malah ada satu gambar itu menampakkan senyum senget baby Aafiyah seperti ayahnya.

Malah beberapa aksi yang dimuat turut oleh Siti juga turut mendapat perhatian netizen. Dalam satu video menunjukkan Datuk Khalid sedang menagagah Siti Aafiyah yag kemudian menguap mengantuk.
Bukan itu sahaja, netizen turut memuji kecomelan baby Aafiyah yang turut mengenakan ‘headband’ di kepalanya.
@indahsutera_1305 Cb pakaikan turban baby met comelll aafiyaaa.. @ctdk
@palomasuriofficial So cute Siti Afiyah.. Alhmdullilah happy family. Kehadiran Afiyah bertambah ceria keluarga ctdk..
@nurlazuardileonardo comelnya si #comelpipimerah siti aafiyah nih. happy eid al fitri. salam dari indonesia.
@noorhanna3947 Comelnya aafiyah
@marina_sihombing18 Beauty mommy and daughter. Suka sangatlah lihat gambar dato @ctdk. Comel sangat Aafiyah.

Untuk pengetahuan, Siti Aafiyah dilahirkan pada 1 Rejab lalu setelah bondanya, penyanyi nombor 1 negara, Siti Nurhaliza menunggu hampir 11 tahun kurniaan dari Illahi ini.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM CTDK
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wanita Ini KONGSI Tip Nak Solat Di Raudhah TAMAN SYURGA, Khusus Buat Muslimah. Rugi Tak Baca!

Musim sekolah ini menyaksikan ramai daripada kita yang mengambil kesempatan untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah. Walaupun hanya mengerjakan umrah tetapi dugaan yang diterima tetap sama seperti jemaah yang mengerjakan ibadah haji. Semuanya bergantung kepada keupayaan mental dan fizikal seseorang untuk melakukan ibadah sepanjang berada di sana. Jemaah yang pergi ke sana tidak akan melepaskan peluang beribadah dan mengunjungi beberapa kawasan.
Salah salah adalah Raudhah atau Taman Syurga yang merupakan salah satu ruangan dalam Masjid Nabawi yang dijadikan pusat tumpuan jutaan jemaah yang datang berdoa dan bersolat di taman-taman ini. Oleh sebab itu ramai jemaah yang berebut-rebut untuk berada di situ. Namun tidak semua yang diizinkan Tuhan berpeluang untuk menjejakkan kaki di taman ini.
Perkongsian dari pengguna laman sosial, Suhaili Mohd Zain ini memberi beberapa tip yang boleh dijadikan panduan bagi jemaah lain yang mahu mengerjakan ibadah di sana dan mahu melawat Raudhah.
Menurutnya yang membahasakan diri sebagai Sally ada waktu tertentu yang disarankan bagi kaum wanita untuk memasuki Raudhah dan mengerjakan solat di situ. Jom baca perkongsiannya.
BERSOLAT TANPA GANGGUAN
Malam ini Sally nak kongsi pengalaman masuk ke Raudhah di mana anda boleh solat semahu-mahunya. Cara paling selamat, paling aman, tidak bertolak, tidak perlu berlari dan paling penting boleh berdoa dan bersolat tanpa ada gangguan dari Jemaah lain dan pengawal Arab wanita.
Alhamdulillahh kali ini Sally berpeluang 4x memasuki Raudhah. Itu pun sebab sehari Sally demam. Kalau tidak pastinya setiap hari paling tidak 2x sehari pasti hendak mengunjungi makam Rasulullah saw. Itulah tempat yang menjadi idaman setiap muslim jika di Tanah Madinah Al Munawwarah.
Berlainan dengan pengalaman umrah pertama, kali ini Sally memilih untuk memasuki Raudhah mengikut keadaan Sally sekarang. Sally tidak boleh berlari dan bertolak-tolakan. Mengandung 3 bulan membataskan pergerakan agresif Sally. Lebih-lebih lagi membawa bonda bersama yang baru sahaja recover dari stroke. Kali pertama beliau masuk ke Raudhah mengikuti kumpulan kerusi roda. Tapi apabila Sally amati keadaan, seperti biasa, strategi Sally buat dan susun secantiknya. Yang paling penting adalah kesabaran. Masuk dan sabar menunggu. Tidak perlu tergopoh-gapah.
WAKTU SESUAI MASUK RAUDHAH
Waktu yang paling sesuai untuk memasuki Raudhah bagi wanita adalah selepas Subuh dan selepas Isyak. Pastinya melalui pintu masjid no 25. Tidak perlu terburu-buru atau tunggu di masjid selepas solat. Sally nasihatkan anda balik dulu selepas solat. Selepas Subuh misalnya, balik ke hotel untuk sarapan dulu. Berehat, buang air, berwuduk dan sebagainya dan sebagusnya kenakan jubah dan khimar berwarna hitam supaya tidak diganggu oleh pengawal Arab wanita kerana kita nampak serupa dengan orang Arab, Pakistan dan sebagainya.
Dan kalau boleh beg umrah yang diberikan oleh travel agen tu digantung di dalam telekung atau tidak dibawa langsung. Kerana beg itu adalah pengenalan kita dan dah dikenalpasti kita dari Malaysia. Selepas berwuduk dan mengenakan pakaian serba hitam, kembali ke masjid Nabawi mengikuti pintu 25 sekitar pukul 8.00 pagi dan terus ke bahagian depan. Penghadang kayu antara ruangan wanita dan lelaki telah dibuka. Laluan ini adalah laluan menuju ke Raudhah.
Waktu ini anda tidak perlu berebut dan tidak perlu bertolak dan berhimpit. Hanya perlu berjalan lemah lembut dan terus ke Raudhah. Maybe kali pertama pergi, anda boleh mengikuti kumpulan mutawif tetapi untuk sekian kalinya, better pergi sendiri. Lagi kecil group lagi senang pergerakan kita dan sukar dicam oleh pengawal wanita arab. Kita boleh menyelit di mana-mana kumpulan. Jika anda nak masuk selepas Isyak, balik dulu ke hotel untuk dinner dan sekitar pukul 10.00 malam kembali ke masjid Nabawi mengikut cara yang Sally jelaskan di atas tadi.
Selepas melalui penghadang kayu, anda akan masuk ke kawasan dataran Raudhah. Dari sini sudah kelihatan makam Rasulullah di bahagian hujung iaitu kawasan bilik Siti Fatimah. Anda boleh duduk dulu di dataran Raudhah, solat tahiyatul masjid, berzikir, baca al Quran dan apa-apa sahaja di sini. Biasanya Sally lebih suka masuk selepas Isyak. Sally tunggu sahaja di sini lebih kurang 1 jam setengah. Tidak terasa lama jika waktu yang ada diisi sebaiknya. Biarkan sahaja kumpulan lain masuk terlebih dahulu.
TENTUKAN TEMPAT SOLAT
Kita sabar sahaja menunggu. Bila orang sudah tidak ramai, sekitar 1-2 kumpulan sahaja, kita sudah boleh mula menyelit masuk. Sampai giliran kumpulan yang kita menyelit tadi, berjalanlah menuju ke Raudhah dan menghimpit ke kiri rapat ke makam Rasulullah saw. Tidak perlu terus ke karpet hijau. Biasanya Sally duduk dahulu di karpet merah. Sampai salam sahabat dan sebagainya. Bila keadaan agak reda, Sally akan masuk terus ke karpet hijau, rapat ke dinding dan mula bersolat di situ.
Oleh kerana keadaan kita di bahagian tepi dinding, jadi tiada siapa yang akan menolak. Jika ada 3-5 orang sekumpulan, beraturlah dan pastikan semua mendapat tempat di tepi dinding. Solat taubat dahulu dan kemudian solat hajat. Satu solat hajat untuk satu hajat dan disambung lagi solat dan solat dan solat. Doa dibaca ketika setiap sujud terakhir. Solat sambung menyambung tanpa henti. Tidak pernah ada kekuatan untuk solat sebanyak itu.
Jika di Malaysia, solat sunat hajat 2 rakaat sekali sahaja. Dhuha pun paling banyak 6 rakaat. huhuhu.. tetapi bila di Raudhah rasa seperti tidak mahu berhenti solat. Jangan sesekali berdoa mengangkat tangan dan duduk termenung menangis. Pengawal Arab wanita akan menghalau kita keluar secepatnya. Tapi jika kita kekal dalam keadaan solat, mereka tidak akan ganggu atau menyuruh kita berhenti dan keluar.
WAKTU BERSESUAIAN
Biasanya Sally akan menyertai kumpulan masuk ke Raudhah sekitar pukul 11.30 malam selepas sejam setengah menunggu. Dan kami habiskan masa lebih kurang 1 jam di dalam Raudhah. Selepas solat di dinding bahagian kiri, bergeraklah ke kanan seolah-olah ingin keluar. Tapi masa ini Sally akan rapat ke bahagian depan berdekatan dengan tiang Siti Aisyah dan ambik peluang bersolat di situ. Kawasan tengah Raudhah sekitar pukul 12.30mlm agak lengang.
Dan kita boleh bersolat di mana sahaja. Pengawal Arab wanita sudah mula untuk meminta jemaah keluar dari Raudhah kerana pukul 1 pagi mereka akan menutup Raudhah bagi wanita dan buka peluang untuk jemaah lelaki pula pada pukul 2 pagi. Dan waktu ini, kita akan rasa puas, aman dan rasa macam dah habis doa nak dibaca dan bersolatlah taubat sebanyaknya. Jika kita masuk berebut- rebut dan tergopoh gapah dan bersesak kemungkinan kita berpeluang solat sekali sahaja. Alhamdulillahh kali ini Allah berikan jalan yang terbaik buat Sally dan keluarga. Bonda, nenda dan kakanda amat berpuas hati dan semua kembali ke hotel dengan senyum puas dan syukur pada peluang yang Allah berikan.
Sally harap perkongsian Sally ini dapat dimanfaatkan dan anda juga berpeluang ke Raudhah dan rebutlah peluang beribadat di sana. Sally tidak mengikuti mana-mana mutawif kerana rasakan agak susah bergerak dalam kumpulan yang besar. Dan ada yang tergopoh untuk balik dan selesai awal. Sally lebih suka santai dan punyai lebih masa di sana. Cubalah, anda akan lebih rasa manisnya. Jangan pernah serik memasuki Raudhah dan sentiasalah semai rasa rindu untuk ke sana sepanjang di Madinah.
Di sini Sally kongsi video malam terakhir Sally di Raudhah pada 11hb Dec 2017. Video pertama di dataran Raudhah tempat Sally menunggu dengan sabar dan video ke dua sekitar pukul 12.35pagi saat Sally hendak meninggalkan Raudhah. Keadaan agak lengang.
Semoga anda juga dapat mengunjungi Taman Syurga. Amin.
SUMBER: FACEBOOK SUHAILI MOHD ZAIN
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pengepit Bulu Mata Terbaik Untuk Mendapatkan Lengkungan Sempurna Seperti Bulu Mata Palsu. Ini Rahsianya!

Terdapat beberapa alat kecantikan yang segera berkesan sebagai melentikkan bulu mata. Penjagaan kulit adalah pelaburan jangka panjang dan produk kecantikan sangat digemari hijabi, tetapi penyepit bulu mata membuat perbezaan besar dengan serta-merta. Bulu mata lurus panjang mungkin menghalang penglihatan anda, tetapi penyepit bulu mata boleh mengubah segalanya.
Namun, tidak semua pelentik bulu mata diciptakan sama hasilnya. Ada yang hasilnya akan memberi anda bulu mata berkerut atau bengkok sudut kanan yang tidak memikat dan bukannya gerakan semula jadi yang kelihatan glamor yang di mahukan. Penyepit bulu mata terbaik di pasaran yang akan dengan mudah merapatkan bulu mata dan melebar mata, tidak kira bentuk mata atau panjang bulu mata anda.

“Ada beberapa perkara yang saya cari dalam pelentik bulu mata yang sempurna,” kata Patrick Ta, juru solek selebriti dan pencipta garis solek eponim. “Pembukaan yang luas untuk menjangkau setiap bulu mata, pelentik yang duduk dengan selesa pada garis bulu mata pelanggan saya, dan daya tahannya.” Sebelum anda membeli penyepit bulu mata yang sesuai, inilah ciri-ciri yang perlu anda ketahui mengenai pelentik bulu mata:
Adakah pelentik bulu mata merosakkan?

Pelentik bulu mata, jika digunakan dengan betul, tidak merosakkan, rasa tertarik pada akar bulu mata anda adalah normal tetapi tidak menyakitkan. Pastikan tangan anda tetap pegun ketika melengkung agar tidak menangalkan bulu mata, dan bersihkan alatan anda dengan pencuci yang sesuai selepas menggunakannya. Kebanyakkan juru solek mengesyorkan menggunakan pelentik bulu mata sebelum menggunakan maskara, kerana maskara dapat menempel pada alat, sehingga bulu mata anda berisiko lebih tinggi tersekat, ditarik, atau patah.
Berapa kerapkah anda mengganti pengeriting bulu mata anda?
Pad mesti diganti selepas 6 bulan dengan penggunaan harian. Jika tidak, pad boleh kehilangan ketumpatannya atau mendapatkan rabung dari penggunaan berulang yang akan menjadikan pelentik kurang berkesan.
Cara menggunakan penyepit bulu mata

- Pastikan penyepit bulu mata bersih. Anda perlu membersihkannya dengan alkohol dan biarkan kering sehingga bersih. Jika tidak, bakteria atau maskara lama boleh tumbuh di atas alat tersebut.
- Lentikkan seluruh bulu mata anda. Jangan hanya tekan di satu tempat dan teruskan: Untuk ikal yang melampau, mulakan dari akar dan terus melengkung ke atas ke arah hujung bulu mata. Ini memberi hasil lentikan bulu mata yang sempurna.
- Berikan bulu mata luar sedikit tambahan. Menarik sedikit penyepit bulu mata, memutar pergelangan tangan dan penyepit ke arah hidung dan sepit lagi memastikan pinggir luar garis bulu mata mendapat ikal sekunder untuk mengangkatnya lebih tinggi.
Sapukan maskara. Seperti penyembur rambut ke besi pengeriting, maskara akan terkunci lengkungan bulu mata. Sekiranya anda melihat lengkungan jatuh setelah maskara anda kering sepenuhnya, anda boleh dengan hati-hati dan lembut, menyepit penyepit pada bulu mata anda yang dilapisi: berhati-hatilah kerana maskara akan melekat pada alat tersebut.
Shu Uemura Eyelash Curler

Penjepit Shu Uemura telah memperoleh status kegemaran kultus, penyepit ini menangkap setiap sebatan untuk memberikan lengkungan yang dramatik tetapi kelihatan semula jadi dalam satu lengkungan (tidak ada tikungan 90º yang mungkin anda temui sebelumnya). Ia dilengkapi dengan satu pad isi semula.
Laura Mercier Eyelash Curler

Penyepit ringkas dari Laura Mercier ini menunjukkan prestasi yang baik dalam ujian Makmal dan menjadi perhatian pengguna. Reka bentuk yang tidak tradisional, ergonomik dan ukuran yang lebih kecil bermaksud bahawa terdapat sedikit keluk pembelajaran ketika berkaitan dengan kebolehgunaan, tetapi ujian kami menunjukkan peningkatannya meningkat sebanyak 149%. Lebih baik lagi, penguji mengatakan janakuasa ini mengangkat dan melengkapkan bulu mata dengan cepat dan membuatnya kelihatan lebih jelas seperti memakai bulu mata palsu.
Acavado Heated Eyelash Curler

Penyepit bulu mata yang dipanaskan sangat sesuai untuk mereka yang menginginkan bulu mata berkilau dan mata yang lebar, tetapi tersentak dengan idea untuk mengunci bulu mata berharga mereka dalam penyepit logam. Dalam penilaian Makmal yang lalu, penguji menyukai pengeriting bulu mata yang dipanaskan kerana kemudahan penggunaannya, tetapi memberi amaran bahawa kekuatan pelentik bulu mata tidak begitu dramatik seperti yang anda dapat dengan model penyepit tradisional, dan bahawa lentikan mungkin jatuh setelah beberapa jam. Masih terletak untuk pemula atau orang yang menganggap pelentik bulu mata kelihatan seperti alat penyeksaan.
Hourglass Lash Curler

Penyepit bulu mata seni bina khas yang direka untuk membawa bulu mata anda ke tahap yang baru. Penyepit bulu mata berkualiti tinggi yang direka khas ini mengangkat dan melengkungkan bulu mata anda untuk kesan mata lebar.
DIOR BACKSTAGE Eyelash Curler

Penyepit bulu mata ini sesuai dengan semua bentuk kelopak mata dan menangkap bulu mata yang paling sukar dijangkau tanpa mencubit penutupnya. Dengan pad lembut bulat dan mekanisme yang dapat diperas, sangat selesa dan mudah digunakan. Tekanan tunggal pada pegangan ergonomik menyebabkan bulu mata melengkung yang bertahan sepanjang hari tanpa risiko pecah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di





