Sejak umum bersara dari dunia seni pada Ogos tahun lalu, pasti ramai yang merindui kemunculan Laudya Cynthia Bella di kaca televisyen. Tidak kesal dengan keputusan tersebut, Bella dilihat kian rancak bina empayar dan menjadi usahawan berjaya.
Apatah lagi, jenama L by Laudya Cynthia Bella makin berkembang maju.
Diam tak diam jenama tersebut sudah pun lima tahun bertapak di pasaran Indonesia. Bermula dengan produk muslimah seperti hijab, L by Laudya Cynthia Bella turut mengeluarkan beg, kasut dan produk kecantikan sendiri.
Sudah 5 Tahun LCB Jadi Usahawanita!
“Alhamdulillah di tahun kami yang ke-5, terinspirasi untuk melahirkan design dengan mengangkat tema 5 Masjid di berbagai-bagai negara yang masyaAllah penuh dengan history dan detail yang cantik.
Seperti Masjid Nabawi Madinah, Masjid Raya Sumatera Barat, Masjid Sultan Ahmed Turkey, Masjid Syekh Zayed Abu Dhabi dan Masjid Al-Aqsa Palestin.
Terima kasih untuk Lgirls yang selalu setia bersama kami. Mohon doa dan supportnya selalu ya.”
Bella yang cukup terkenal di Malaysia sememangnya dikenali sebagai selebriti cantik yang memiliki raut wajah lembut dan berpenampilan sopan. Pada 24 Februari akan datang, wanita kelahiran Bandung ini bakal menginjak usia 36 tahun.
Memilih Sendiri Tanpa Terikat Cinta Lelaki
Masih bersendiri tanpa kelibat mana-mana jejaka di sisi hingga ke hari ini, Bella bagaimana pun kelihatan tenang di samping keluarga tersayang dan kenalan rapat di Indonesia.
Dia yang sebelum ini berkahwin dengan Engku Emran pada 8 September 2017, berpisah pada Julai 2020.
Artikel berkaitan: Pengalaman Menjadi Seorang Isteri, Laudya Cynthia Bella Anggap Perpisahan Ini Mengajar Jadi Wanita Yang Lebih Baik
Walau meraih pendapatan lumayan dalam industri seni namun Bella kini lebih selesa mengusahakan beberapa cabang bisnes miliknya termasuk dalam bidang kulinari, fesyen, muslimah dan kosmetik.
Apa sahaja produk yang dipromosikan Bella pasti laris di pasaran. Malah, pada Julai tahun lalu dia menjalin kolaborasi melancarkan aplikasi islamik Qalby App yang turut disertai selebriti Malaysia, Mizz Nina.
Buya Hamka ‘Buah Tangan’ Terahir Bella!
Filem terakhir yang dibintangi Bella ialah Buya Hamka dan sepanjang pembabitan dalam karier seni, Bella berjaya merangkul pelbagai anugerah hasil menjayakan 21 buah filem, 18 sinetron dan 13 drama.
Kerjaya Bella pernah berada di puncak pada tahun 2017 apabila dinobat sebagai Indonesia’s Highest Paid Actresses.
Laporan portal Indonesia turut mendedahkan jelitawan ini menerima bayaran 900 juta Rupiah atau lebih RM268 ribu ketika membintangan filem Box Office ‘Surga Yang Tak Dirindukan 2’!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Sumber Foto: Instagram Laudya Cynthia Bella
Artikel berkaitan: Tak Mahu ‘Sentuh’ Instagram Ketika Bulan Ramadan, Laudya Cynthia Bella Serah Urusan Kepada Pekerja
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI