Baru-baru ini, tindakan suami kepada pelakon jelita Wawa Zainal iaitu Aeril Zafrel yang membuat kejutan luar biasa buat permaisuri hatinya telah menjadi sorotan wargamaya sekaligus berjaya meruntun hati netizen dengan perasaan terharu.
Tindakan Aeril Zafrel yang menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis pacuan empat roda Brabus 900 Rocket Edition sebagai tanda cinta dan penghargaan buat isteri tercinta Wawa Zainal.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Aeril sendiri menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini bertujuan mahu berkongsi momen gembira itu bersama para pengikutnya dalam sebuah video pendek pada hari bersejarah tersebut.
“Akhirnya dapat juga hadiahkan si orange ni untuk dia. Kalau marah marah lagi tak tahulah aku, sweet tak I?,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Artikel berkaitan: Aeril Zafrel ‘Sound Direct’ Wawa Zainal Ketika ‘Live’ Hingga Terdiam
Selain itu, tidak cukup menerima hadiah sebuah kereta mewah yang menelan belanja jutaan ringgit. Aeril turut memberikan Wawa sejambak bunga ros berona jingga berserta beberapa kotak beg tangan mewah berjenama Hermes.
Meninjau ke ruangan komen Hijabista mendapati rata-rata wargamaya meninggalkan komen terharu melihat cara Aeril menghargai dan melayani isterinya dengan penuh kasih sayang, sebagai respon sebaik menyaksikan video momen indah itu.
Sekadar info, Aeril dan Wawa telah mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012 dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini telah dikurniakan empat cahaya mata.
Sumber: Tik Tok Wawa Zainal 92
Artikel berkaitan: ‘Anak Kembar’ Bakal Jadi Pelengkap Keluarga, Wawa Zainal Berhasrat Lakukan IVF!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.