Tilla, Dulunya Bekas MODEL Lincah Beraksi Depan KAMERA, Kini Tidak KEKOK Kendong Anak

Share

Wanita muda ini admin kenal sudah lama. Sejak dia bergelar model majalah lagi dan sering dipanggil untuk sesi photo shoot fesyen dan sebagainya. Mengenali wanita bernama Tilla ini memang cukup menyenangkan kerja kerana dia seorang yang sangat senang untuk bekerjasama. Dan setiap kali dipanggil memang dia akan datang on time. Jarang sekali dia cancel ‘last minute’  photo shoot yang telah diatur untuknya.

Malah bakatnya beraksi sebagai model membuatkan kerja-kerja di studio menjadi lebih mudah. Bidikan lensa kamera bagaikan sudah biasa untuk merakamkan aksi yang dikehendaki setiap kali diarah oleh Penata Gaya majalah. Satu yang admin puji, sikap Tilla yang pandai bergaul, peramah, tidak sombong dan sangat mudah menghulurkan pertolongan.

Bekas finalis Dewi Remaja ini kemudiannya menceburkan diri dalam bidang lakonan dan kemudiannya rezekinya bertemu jodoh dengan pelakon popular Shaheizy Sam. Tidak sampai setahun berkahwin, Tilla dan Sam kemudiannya dikurniakan seorang bayi lelaki yang sangat comel, Syeriv Samheizy.

Seperti tidak menyangka dia yang dulunya lincah beraksi di depan kamera kini sibuk mengendong anak lelakinya ke sana ke mari. Malah Tilla juga khabarnya menghadkan aktiviti seni untuk memberi tumpuan pada anak lelakinya itu.

Dia juga yang bertindak sebagai admin kepada laman IG anaknya ini yang kini mencecah 190K follower. Segala aktiviti mengenai anaknya anak di update dalam laman sosial ini. Paling seronok membaca setiap postingnya adalah Tilla menggunakan loghat utara dalam setiap caption.

Duk cari jugak lehaq sendiri,tapi xjumpak??dh betemu dada rupanya

bukan buleh org duk buat lagu ni,cepat nak tegelak??orat geli byk.

Hampa buh la caption apa pun.xbuleh nk pikiaq pasai mengantok xtau nk hbaq?

Baru-baru ini ibu dan anak ini bukan main seronok dapat bercuti di London. Tilla membawa anaknya di samping adik-beradik lain. Walaupun tanpa kehadiran Sam yang dipanggil Bapak, Tilla nampaknya tidak kekok kendong Syeriv ke sana ke mari. Malah Syeriv juga dikatakan tidak meragam sepanjang percutian mereka di sana.

Ayuh, kita layan aksi bekas model popular ini yang cukup enjoy bergaya di sana bersama ‘buah hati’ kecilnya ini.

1. Gaya Ringkas

2. Lompat Si Tinggi-tinggi

3. Tetap Stailo

4. Stail Sangat Cara Pegang

5. Posing Gaya Model Walau Tengah Susukan Anak

6. Selesa Menyarung Kemeja & T-Shirt

KREDIT FOTO: INSTAGRAM SYERIV & SAMTILLA

 

 

 

 

Published by
Siti Zurina