Tiga Tahun Berdiam Diri, Mona Allen Akhirnya ‘Buka Mulut’, Jawab Spekulasi Tentang Keputusan Berhijab.

Share

Pernah mengejutkan wargamaya apabila Mona Allen yang juga isteri kepada Pelakon dan Pengarah, Pekin Ibrahim dalam diam merubah penampilanya dengan tampil berhijab dan menutup aurat.

Meskipun perkara itu menjadi bualan hangat di laman sosial, pemilik nama Munna Hafiraneza Allen atau lebih mesra disapa sebagai Mona Allen itu bertindak mengunci mulut dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perubahan mendadak dirinya itu.

Bagaimanapun, baru-baru ini aktres jelita itu akhirnya bersuara dan mendedahkan punca sebenar mengapa dia akhirnya mengambil keputusan berhijab dan menutup aurat sepenuhnya.

Mona Allen Berhijab Kerana Bayar Nazar

Menurut Mona, keputusan yang diambil itu bukan lah satu keputusan yang dilakukan secara tiba-tiba meskipun berlakunya perubahan drastik dan mendadak.

Jelasnya, sebelum ini dia pernah bernazar dan berhajat untuk bertudung sekiranya dikurniakan zuriat selepas mendirikan rumah tangga dengan Pekin Ibrahim.

“Saya bernazar nak pakai tudung jika diberikan cahaya mata pertama,” katanya.

Malah, apa yang lebih menginspirasikan adalah Pekin langsung tidak mengetahui tentang nazar tersebut.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Mona kepada media tempatan, ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaru keluaran syarikat Pekin, Little Joe Mesra Car Air Freshener di Petronas Jalan Ayer Kolam Lama, Ampang, baru-baru ini.

Pekin Tak Pernah Paksa Saya Bertudung

Mengulas lanjut, katanya keputusan bernazar untuk bertudung itu dibuat atas kerelaan hati sendiri. Tegasnya, suaminya yang juga pengarah dan pelakon itu sekalipun tidak pernah memaksa Mona untuk berhijab.

Cuma, ujarnya lagi Pekin pernah menasihatinya agar tidak membuat sebarang pengumuman di sosial media sekiranya dia ‘terbuka hati’ untuk menutup aurat kelak, kerana bimbang dikecam wargamaya jika berubah angin.

Sekadar info, pada 22 Jun 2022 yang lalu, Mona mencuri tumpuan ramai apabila memuatnaik sekeping foto memaparkan imej dirinya dalam keadaan berhijab buat kali pertama, menerusi satu entri hantaran yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya.

Sumber: Instagram Mona Allen & Malaysiakini

Published by
Haifa Nasir