Gayanya yang bersahaja sewaktu berceloteh dalam Video Dengan loghat utara mencuri perhatian ramai. Tapi aksi videonya Itu bukan sekadar omongan kosong sebaliknya dengan niat MAHu berkongsi ilmu kepada masyarakat, itulah Siti Hawa Mohd Nor, ataupun lebih dikenali sebagai Sitiawe.
Mempunyai pengikut melebihi 100,000 ribu di Instagram, ahli farmasi yang sedang bertugas di Pahang ini sering tular di media sosial. Videonya bersama ML Studios mendapat perhatian ramai tidak kiralah apabila dia berbicara mengenai isu kesihatan atau pun topik lain. Namun, dia juga tidak dapat lari dari dikecam malah ada juga yang mempersoalkan kredibilitinya sebagai ahli farmasi yang dikatakan tidak layak untuk memberi info kepada orang ramai seperti seorang doktor.
INGIN MEMBIMBING MASYARAKAT
“Sebenarnya orang Malaysia ini tidak terdedah dengan fungsi pegawai kesihatan selain seorang doktor. Mereka fikir hanya doktor sahaja yang bertugas dalam bidang kesihatan. Farmasi juga antara cabang dalam bidang kesihatan yang bukan remeh.
“Realitinya, ramai yang berkelayakan untuk menjadi doktor tetapi memilih untuk menjadi ahli farmasi. Macam saya sendiri saya tidak suka darah, nanah dan saya tidak suka waktu kerja seorang doktor yang panjang. Saya mahukan kehidupan yang lebih relaks jadi itulah sebabnya saya memilih bidang ini.
“Setiap profesion ada cabaran dan pengorbanan yang tersendiri. Sebagai seorang ahli farmasi, saya mahu orang ramai sedar peranan ahli farmasi yang sebenarnya. Sebab apabila kita ke hadapan dan bercerita, kita sebenarnya membantu adik-adik sekolah untuk fikir kerjaya mereka nanti.
IKLAN
“Contohnya kerjaya biotech, tidak ramai orang tahu mengenainya kerana di Malaysia ianya tidak begitu membangun. Jadi, jika ada orang yang memberikan pendedahan, pelajar lepasan sekolah lebih senang untuk menentukan kerjaya pilihan mereka secara realistik dan bukan hanya apa yang sekadar didengari sahaja,”ujar gadis yang pernah melakukan terjunan udara ini.
Melihat kepetahannya berkata-kata, pasti ramai menyangkakan dia seorang yang peramah. Namun Sitiawe menafikan tanggapan tersebut.
“Saya sebenarnya seorang yang pendiam. Saya hanya banyak bercakap dengan keluarga dan teman-teman rapat sahaja dan bukanlah mulut ‘bertih jagung’ seperti yang dilihat di dalam video. Saya hanya cakap bila perlu sahaja . Ramai juga menyangkakan saya dari utara tapi sebenarnya saya memang lahir dan membesar di ibu kota, hanya ibu bapa saya yang berasal dari Kedah,”tambahnya lagi.
IKLAN
TIDAK PEDULI KECAMAN
Ditanya adakah dia mengalami tekanan tatkala dikecam segelintir netizen, Sitiawe menjelaskan bahawa dia langsung tidak terjejas dengan perkara sebegitu.
“Sebenarnya dalam video itu hanya gimik sahaja yang menunjukkan saya stress jika orang merendahkan ahli farmasi sebab kita sendiri tahu nilai kita bagaimana. Kita hanya sekadar mahu memberi penjelasan kepada orang ramai. Sebenarnya, jumlah yang mengecam terlalu sedikit jika dibandingkan dengan mereka yang berminat dan ingin mengambil secara positif apa yang ingin saya sampaikan,’’ katanya yang gemar menonton drama Korea pada waktu lapang.
IKLAN
Kejayaan demi kejayaan yang dicapainya tidak datang bergolek. Sebaliknya, dia sudah melatih dirinya sejak dari dahulu lagi untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukannya.
“Sejak dari dahulu lagi prinsip saya ialah ‘belajar sampai muntah’. Itu bermakna kita harus buat sehabis baik dan good things will come. Kita buat yang terbaik dan kalau kita tidak dapat apa yang kita inginkan, kita pasti akan dapat balasan lain.
“Saya buat yang terbaik dan selebihnya perkara lain akan datang dengan senang. Contohnya, selepas tamat persekolahan dulu banyak tawaran penajaan pengajian tinggi yang saya terima. Jadi, kita hanya perlu berikan yang terbaik sahaja dalam setiap apa yang dilakukan,” katanya.
Hari graduasi memang menjadi hari yang sangat bermakna buat mereka yang telah tamat belajar. Segala usaha titik peluh belajar selama ini dapat diraikan bersama-sama rakan seperjuangan dan juga ahli keluarga yang tercinta.
Tidak terkecuali, Nor Farhatul Fairuzah Panut yang merupakan Juara Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2019 berkongsi mengenai hari bersejarahnya itu di laman sosialnya apabila berjaya menamatkan pengajian Tingkatan Enam (Atas) dalam jurusan syariah di Sekolah Menengah Agama Perempuan Labu, Negeri Sembilan.
Wajib baca Al-Quran sebelum keluar bermain atau ke sekolah biarpun sudah terlewat.
Berkongsi mengenai gaya hidupnya, sejak kecil lagi beliau sudah terbiasa mengamalkan membaca al-Quran sebelum ke sekolah mahupun sebelum keluar bermain bersama rakan sebaya.
Walau terlewat sekalipun ke sekolah, beliau, empat kakak serta abangnya perlu memenuhi rutin harian membaca al-Quran yang ditetapkan ibu bapanya.
Hasil berkat asuhan secara konsisten itulah membuatkannya berjaya muncul sebagai johan qariah MTHQA ke-61 yang sertai 74 peserta dari 41 negara serta paling muda dalam kalangan qariah.
Menurut anak bongsu daripada lima beradik ini, beliau tiada petua khusus bagi menjaga kelunakan suaranya tetapi mengelak minuman berais, makanan berminyak dan terlalu pedas untuk menjaga suara sebelum menyertai pertandingan.
Berharap ramai lagi anak muda akan jatuh cinta pada Al-Quran.
Selain latihan bersama ibunya, Jaliah Simin, Nor Farhatul Fairuzah sanggup menjelajah ke seluruh negeri untuk menimba ilmu bacaan al-Quran dan taranum daripada mantan johan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa di Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan.
“Saya akan manfaatkan ilmu itu untuk panduan hidup. Saya sentiasa bersedia berkongsi ilmu itu supaya memberi inspirasi kepada remaja lain.
“Cuma saya harapkan, lebih ramai anak muda gunakan ilmu ini sebagai terapi diri, kerjaya dan panduan hidup. Seperti saya, rasa kosong tanpa membaca al-Quran. Bacalah ilmu ini selagi ada masa,” katanya.
Berbagai jenis selawat telah dinukilkan sejak zaman Nabi SAW dan para sahabat. Ia telah menjadi amalan para solihin, alim ulama serta orang-orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada Allah dan RasulNya.
Antara selawat yang diamalkan ialah Selawat Tafrijiyah. Selawat “Tafrijiyah” yang juga disebut Selawat Nariyah ertinya terbuka sehingga menjadi lapang.
Melalui perkongsian Datuk Siti Nurhaliza di laman Instagramnya, beliau sendiri rupanya mengamalkan selawat ini.
Ini selawat yang paling saya suka ..saya amal 11x setiap kali lepas solat .
Selawat Tafrijiyah disebut juga “Selawat Kamilah” atau “Selawat Nariyah” yang ertinya sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dan dilepaskan dari segala kesusahan dengan izin Allah s.w.t
Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, ditunaikan segala hajat, dilepaskan dari segala kesusahan, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknya dia mengamalkan Selawat Tafrijiyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang dia mampu.
1.Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya. 2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya. 3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya. 4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai 5.Dia dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka. 6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang. 7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah. 8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
Imam ad-Dainuri r.a.
11 x – Setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
41 x – Setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
100 x – Setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
313x – Setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
1000x – Tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.
Imam Qurtubi r.a.
41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.
Memasuki taman syurga Raudhah merupakan impian setiap muslim yang berkunjung ke Masjid Nabawi, Madinah. Nikmat dan perasaan berpeluang memasuki ruang itu hanya Tuhan sahaja yang memahami. Sungguh tak tergambar dek kata gembiranya hati apabila Allah memberikan kita peluang yang diidamkan itu.
Ruang Raudhah itu sememangnya tidak pernah lekang daripada menerima kunjungan jemaah. Situasinya mungkin agak sukar kepada sesetengah orang yang berazam untuk memasukinya kerana sentiasa padat.
Untuk anda yang berhajat untuk ke sana nanti terutamanya buat muslimah, anda boleh cuba ikuti tip yang dikongsikan oleh pengasas tudung Citraida, iaitu Aida atau lebih dikenali sebagai Aida Gadis Melayu. InsyaAllah jalan anda akan dipermudahkan.
Aida juga menasihati agar jangan pentingkan diri sendiri apabila beribadat di sana.
TIPS KE RAUDHAH BAGI MUSLIMAT
.
1) BERPAKAIAN PERSIS WANITA ARAB
.
2) IKUT JEMAAH ARAB ( masuk lebih awal )
.
3) SAMPAI DI RUANG KARPET HIJAU CUBE DAPATKAN SAF YG PALING HADAPAN
.
4) KALAU ADE KESEMPATAN LAKUKAN SOLAT & BERDOA DI BEBERAPA TEMPAT SUPAYA PENJAGA RAUDHAH X PERASAN KITE LAME DI SITU ( وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ baca ini moga2 Allah tutup pandangan org terhadap kita )
.
5) JGN SELFISH ! BAGI JUGA RUANG JEMAAH LAIN UNTUK SAMA BERIBADAT .
Sebut sahaja namanya, sudah pasti terbayangkan riak muka bibir mungil muncung dengan dengan dua jari diletakkan di bahagian pipi. Malah penampilan Vida yang sentiasa berani menggayakan busana-busana berat sentiasa membuatkannya Outstanding