Tiga Menu ‘Rahmah’ McDonald’s, Tawarkan Hidangan Lengkap Berserta Air, Hanya RM5 Je!

Share

Umum sedia maklum bahawa kerajaan mengagaskan inisiatif ‘Menu Rahmah’ bertujuan untuk membantu golongan B40 yang kurang berkemampuan demi meneruskan keberlangsungan hidup di era inflasi yang melanda dunia kini.

Inisiatif ini ternyata di sambut baik oleh orang ramai, lebih menarik lagi apabila Menu Rahmah kini boleh didapati di rangkaian makanan segera terkemuka McDonald’s (McD)!

Mekdi Tawar Tiga Hidangan Lengkap Di Bawah ‘Menu Rahmah’

Terdapat tiga menu utama yang ditawarkan di bawah insiatif ini agar orang golonhan kurang berkemampuan dan orang ramai mempunyai lebih banyak pilihan untuk menikmati hidangan lengkap dan mengenyangkan dengan perlu mengeluarkan kos serendah RM5 sahaja, bagi setiap satu hidangan.

Berikut merupakan tiga jenis hidangan yang ditawarkan di bawah Menu Rahmah McD iaitu:

1. Burger Ayam dan Teh Ais Limau (cawan kecil)

2. Bubur Ayam McD (saiz kecil) dan Teh Ais Limau (cawan kecil)

3. McEgg dan Teh Ais Limau (cawan kecil)

Selain itu, Hijabista difahamkan bahawa Menu Rahmah ini tidak tertakluk kepada sebarang had masa tertentu dan ia boleh didapati sepanjang hari pada bila-bila masa, di semua cawangan restoran makanan segera itu di seluruh Malaysia.

Mengulas isu sama, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata pihaknya komited untuk memastikan setiap warganegara Malaysia dapat menikmati hidangan ‘Menu Rahmah’ ini tanpa perlu mengira latar belakang.

Artikel berkaitan: Mengejutkan! ‘Homestay Rahmah’ Lengkap Kolam Renang Ini Hanya Di Caj RM5, Satu Malam?

“Sebagai jenama yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia, McDonald’s Malaysia dengan sukacitanya menyokong inisiatif yang bermakna ini.

“Dengan pelancaran Menu Rahmah McDonald’s Malaysia, ia membolehkan kami menyediakan hidangan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja,” ujarnya.

Sekadar info, tindakan McDonald’s menyertai insiatif Menu Rahmah yang digagaskan oleh kerajaan, merupakan salah satu bentuk sokongan terhadap usaha murni Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang cakna terhadap bebanan berat ditanggung oleh masyarakat tatkala peningkatan kos sara hidup yang sedang genting dan berada pada paras kritikal.

Tunggu apa lagi, esok cuti hujung minggu boleh la serbu McDonalds ramai-ramai luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan nikmati ‘Menu Rahmah’ murah dan sedap kualiti pun terjamin!

Sumber: Berita Harian & Instagam McDonald’s

Artikel berkaitan: “Siapa Kata Tiada Keuntungan?” – Peniaga Ini Syukur Keluarga B40 Dapat Makan Siang Dan Malam Dengan Menu Rahmah

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir