Memiliki kulit yang sihat dan cerah secara semulajadi merupakan idaman setiap gadis. Ini kerana, kulit yang sihat pastinya bebas dari masalah-masalah yang merunsingkan seperti jerawat, jeragat, kulit kusam dan tidak bermaya.
Sehubungan itu, rawatan yang tepat dan rutin penjagaan kulit yang dilakukan secara konsisten amat diperlukan untuk mendapatkan kulit wajah yang bebas cela. Salah satu rutin yang wajar diamalkan adalah melakukan detoksifikasi kulit wajah agar segala kekotoran dapat dibersihkan.
Tujuan ‘Detoks’ Untuk Keluarkan Racun Dari Kulit
Secara umum, detoks wajah adalah proses untuk membersihkan dan mengeluarkan zat beracun yang telah terserap oleh kulit wajah dan memberi kesan kepada keadaan kulit. Contohnya, sinaral Ultra UV (UV), pencemaran udara dan bahan-bahan kimia lain yang menyumbang kepada masalah kulit.
Justeru, Hijabista kongsikan bersama anda beberapa cara untuk detoks wajah, yang boleh diamalkan agar kesihatan kulit anda lebih terjamin.
Bersihkan Wajah 2 Kali Sehari Dengan Teknik ‘Double Cleansing’
Langkah pertama, yang boleh hijabi lakukan agar kesihatan kulit wajah lebih terjamin adalah dengan melakukan detoks wajah dengan membersihkan muka 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. Rutin ini jika dilakukan secara konsisten bakal memastikan wajah anda bersih dari sebarang kotoran, minyak, hingga sisa solekan yang sukar ditanggalkan pada wajah hilang sepenuhnya dan tidak menyumbat liang pori.
Lakukan double cleansing, dengan dua langkah ini. Pertama, gunakan micellar water yang memiliki kandungan vitamin yang tinggi untuk kulit wajah agar kulit bebas kering dan kusam. Kemudian, cuci wajah dengan menggunakan facial foam yang sesuai dengan jenis kulit anda.
Artikel berkaitan: 5 Manfaat Ini Boleh Diperoleh Dari Sebiji ‘Kulit Manggis’! Antaranya..
Facial Steam
Antara cara lain, untuk melaksanakan detoksifikasi wajah adalah dengan kaedah Facial Steam. Teknik ini berperanan agar peluh dan toksik dapat dikeluarkan dari kulit wajah. Dalam masa masa, peluh juga mampu merangsang peredaran darah.
Malah, dengan cara ini tubuh badan akan membersihkan kotoran dan racun agar keluar menerusi liang pori. Ini sekaligus membuatkan kulit lebih sihat dan berseri.
Caranya mudah je sis! Lakukan facial steam sendiri di rumah cukup mudah. Anda hanya perlu siapkan satu besen berisi air panas. Dekatkan wajah ke arah besen tersebut sambil meletakkan tuala muka di atas kepala agar wap dari besen itu terperangkap dan mengenai wajah.
Lakukan selama 15 hingga 20 minit. Tetapi, pastikan anda berhati-hati agar wajah tidak terkena air panas ya! Nanti melecur pula.
Gunakan Masker Wajah
Langkah ini paling mudah jika hijabi mahu melakukan detoks wajah, iaitu dengan mengenakan masker yang sesuai dengan jenis kulit anda. Sebagai contoh, bagi yang mempunyai masalah jerawat, masker yang mempunyai kandungan tea tree oil dan lidah buaya adalah pilihan yang tepat untuk mengatasi masalah tersebut.
Masker wajah adalah antara rawatan termudah untuk membantu memberi nutrisi kulit hingga ke lapisan terdalam kulit. Hijabista mengesyorkan anda menggunakan masker tanah liat atau lumpur, kerana jenis masker ini berperanan untuk melancarkan peredaran darah sekaligus membersihkan kulit dari kotoran secara menyeluruh.
Artikel berkaitan: Tak Luput Ditelan Zaman! Petua Kecantikan Nenek Moyang Ini Kekal Relevan, Paling Penting ‘Pocket Friendly!’
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI