Setiap wanita pasti mengalami mengalami kitaran haid selama-lamanya sebelum tempoh monopus. Masa berubah dan produk berkembang pasti menemui bahan yang lebih baik untuk menyerap darah haid.
Walau bagaimanapun, anda masih berkompromi dengan perkara-perkara tertentu semasa memilih tuala wanita. Tetapi ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan semasa pemilihan. Sebelum memilih produk haid, seseorang mesti mengemukakan soalan ini kepada diri anda sendiri:
- Adakah ia sihat untuk saya?
- Adakah menjamin kebersihan?
- Adakah selesa dipakai?
- Adakah senang digunakan?
- Adakah menjimatkan?
- Adakah ia mesra alam?
Sekiranya salah satu daripada soalan ini dijawab secara negatif, anda harus memikirkan semula pilihan anda. Tetapi kerana kita memiliki kebiasaan untuk berkompromi atau tidak memberikan perhatian yang cukup terhadap kesihatan anda.
Semua hijabi berbeza bentuknya, dengan kontur dan bentuk badan yang berlainan. Menyedari fakta ini, hijabista percaya bahawa satu saiz sahaja bukannya sesuai untuk semua orang. Kunci utama dan tip membantu hijabi memilih tuala wanita mengikut saiz badan.
Antara tip terbaik:
1. Saiz seluar dalam yang hijabi selesa guna.
Kunci sebenar untuk pilih saiz tuala wanita adalah ukur lilit seluar dalam hijabi mengikut pangkal pingang. Ukuran yang tepat membuat anda memilih tuala wanita yang tepat. Sebagai seorang wanita yang menghadapi cabaran bagi mencapai kesesuaian dalam setiap aspek hidup, dari pakaian ke kasut.
2. Aliran darah setiap bulan emosi untuk membeli.
Setiap hijabi mempunyai aliran darah period berlainan dan emosi untuk memilih saiz tetapi ini bukan bermakna faktor ini boleh diabaikan. Puan faye Yong menegaskan padangan fizikal yang paling utama.
3. Ketebalan
Tuala wanita maxi biasa mempunyai ketebalan yang sesuai untuk aliran banyak. Ada orang yang sukakan tuala wanita lebih nipis yang mampu menyerap untuk hari aliran banyak. Ini kerana ia membuatkan mereka lebih selesa. Jadi pilihlah tuala wanita yang selesa dipakai.
4. Sayap atau tanpa sayap.
Sayap boleh menghalang darah daripada terbocor ke seluar dalam anda. Semasa hari aliran banyak ataupun anda ingin melakukan aktiviti luar, pakailah tuala wanita bersayap.
5. Bahan lapisan luar
Mengikut jenis lapisan luarnya. Di pasaran, tuala wanita yang dijual boleh didapati sama ada dengan lapisan luar kapas ataupun jejaring. Ada gadis yang lebih sukakan kelembutan dan keselesaan yang diperolehi daripada lapisan kapas manakala ada yang sukakan perasaan kering yang dapat dinikmati daripada lapisan luar jejaring.
Perkara yang sebenarnya salah tapi kita tak sedar ia salah ketika menggunakan tuala wanita. Antaranya adalah:
1. Tidak membasuh tangan semasa menukar tuala wanita yang baru. Tabiat ini memudahkan jangkitan kuman.
2. Perlu tahu tuala wanita juga mempunyai tarikh luput. Tuala wanita yang menghampiri tarikh luput, kualitinya menjadi rendah.
3. Bukan semua hijabi sesuai dengan tuala wanita yang mempunyai wangian. Ada sesetengah kes, menggunakan tuala wanita yang mempunyai wangian boleh menyebabkan alahan pada kulit
4. Menggunakan satu tuala wanita dalam jangkamasa yang lama. ini akan menyebabkan berlakunya pembiakan kuman yang banyak dan akhirnya menyebabkan jangkitan kuman. Cara yang terbaik yang dicadangkan adalah menukar setiap 2 jam ketika hari hari awal datang haid dan tidak digalakkan menggunakannya seharian.
5. Memilih tuala wanita yang begitu tebal dengan alasan lendiran dan darah dapat diserap dengan baik, padahal ia akan membuatkan lebih banyak pembiakan kuman berlaku.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI