Saban tahun, berita pergolakkan negara Islam di Timur tengah iaitu Palestin seakan merupakan ‘acara tahunan’ yang menggemparkan seluruh umat Islam di seluruh dunia. Kita sering ‘dihidangkan’ dengan berita-berita mengenai rakyat Palestin yang sering ditindas.
Malah perperangan serta serangan terhadap negara di bumi anbiya berkenaan seolah tidak berkesudahan meskipun berkali gencatan senjata dilaksanakan, Palestin masih gagal temui kedamaian. Konflik antara Palestin dan Israel yang bermula sejak 1947 masih menjadi isu kemanusiaan yang belum berakhir sampai saat ini.
Lima aktivis yang terdiri daripada wanita-wanita muda ini punya keberanian terutama ketika berucap di persada antarabangsa. Selain aktif dalam bidang sosial, mereka juga lantang menyuarakan hak kebebasan demi membela nasib rakyat Palestin.
Leanne Mohamad, 22, seorang aktivis hak asasi manusia dan penceramah awam dari London. Kerana kedua ibu bapanya berasal dari Palestin, Leanne mengambil pendirian tegas menentang pendudukan Israel di Palestin dan mempertahankan haknya untuk kembali ke tanah air suatu hari nanti.
Dia mula menjadi tumpuan pada usia 15 tahun dalam pertandingan pengucapan awam. Ketika itu, Leanne menyampaikan ucapan bertajuk “Burung Bukan Bom.” Dalam ucapan itu, Leanne mendedahkan kesedihan menjadi warga Palestin dan menyeru kebebasan untuk semua orang yang hidup di bawah penjajahan.
Bagaimanapun, ramai yang memberi respon yang negatif sehingga menyebabkan dia terkeluar daripada pertandingan itu. Namun, detik ini sebenarnya membuatkan ramai yang berminat. Ucapannya, yang menyampaikan mesej yang begitu kuat, menjadi tular.
Sejak dikenali, Leanne menggunakan pentas untuk berucap di pelbagai acara termasuk di hadapan lebih 200 ribu penunjuk perasaan di London. Leanne terus bercakap secara terbuka mengenai jenayah dan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin.
Heliza merupakan salah satu penggiat seni yang aktif dalam bidang kemanusiaan masyarakat Islam. Beliau juga sering bergiat bersama adiknya, Hazwani Helmi. Semangatnya untuk memperjuangkan isu ummah ini semakin kuat setelah beliau pergi dan lihat sendiri keadaan di Gaza, Palestin pada tahun 2012.
Walaupun pada mulanya keluarganya tidak membenarkan beliau pergi atas faktor keselamatan, tetapi akhrinya mendapat keizinan, dan beliau dapat berkongsi isu ini kepada masyarakat. Lirik lagu “La Tahzan” diinspirasikan hasil daripada pengalaman beliau menjejakkan kaki di sana pada pertama kalinya.
Beliau merupakan duta Aman Palestin dan beliau juga aktif mengikuti pertubuhan bukan kerajaan NGO yang lain seperti Muslim Care, MAPIM dan banyak lagi. Selain dari isu Gaza, beliau juga sedang memperjuangkan isu kemanusiaan di Syria, dan telah ke sana sebanyak tiga kali.
Seorang penulis Palestin dan penceramah awam dari Amerika Syarikat. Dilahirkan di Kuwait, Laila sering menghabiskan musim panasnya di Gaza. Selepas menamatkan pengajian dari Universiti Duke dan Harvard, Laila memutuskan untuk berpindah ke Gaza.
Laila mendedahkan masalah dihadapi rakyat Palestin setiap hari semasa bekerja sebagai wartawan Al-Jazeera di Gaza. Laila turut membuka akaun Twitter peribadinya @gazamom di mana dia berkongsi kisahnya membesarkan anak-anak di Gaza.
Selain menyiarkan resipi untuk makanan tradisional Palestin semasa tinggal di AS, Laila masih terus menyiarkan dan meningkatkan kesedaran orang lain tentang keadaan di Palestin, dan mengumpul wang untuk membantu mereka di bawah penjajahan Israel.
Artikel berkaitan: Sejak 2012 Jejak Kaki Ke Bumi Gaza, Heliza Helmi Impi Mati Syahid Setiap Kali Pergi Ke Sana. Subhanallah!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.