Bulan Ramadan adalah bulan yang amat sinonim untuk berlumba-lumba mengerjakan ibadah, kerana pada bulan ini Allah SWT melipatgandakan pahala bagi setiap amal kebaikkan yang dilakukan umatnya.
Namun, sebagai umat Islam kita juga masih perlu berhati-hati dalam memilih ibadah yang ingin dilaksanakan. Kerana, di zaman serba moden ini, bayak hadis daif dan palsu bertebaran disebarkan menerusi media sosial dan aplikasi Whatsapp. Menurut al-Imam al-Baihaqi, terdapat perawi yang lemah di dalam hadis tersebut, sekaligus menjadikan status hadis itu dikira sebagai daif!
Justeru, Hijabista terpanggil untuk berkongsikan kesahihan salah satu hadis daif yang dikongsikan di media sosial untuk mengelakkan lebih ramai individu tertipu dan melakukanya demi memperoleh ganjaran pahala.
Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan hadis yang kononya jika kita tidur ketika melaksanakan ibadah puasa ia merupakan antara perbuatan ibadah yang memberikan ganjaran pahala.
Justeru, hadis popular ini sering dijadikan alasan untuk bersenang lenang dan mengamalkan sikap bermalas-malasan untuk tidur, daripada menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.
Malah, beberapa cendekiawan Islam lain seperti al-Imam al-Iraqi dan al-Munawi, mempunyai pandangan serupa berhubung hadis ini dan mengambil nasihat dari al-Imam al-Ghazali iaitu adab ketika berpuasa yang dianjurkan adalah dengan melaksanakan ibadan dan mengurangkan tidur di siang hari.
Artikel berkaitan: Sahih Atau Tidak Hadis Tentang Kelebihan Malam Raya, Ini Nasihat Untuk Dijadikan Panduan Di Malam Raya
“Bahkan diantara adab (berpuasa) adalah tidak memperbanyakkan tidur di siang hari sehingga dia merasa haus dan lapar.” (Ihya Ulumuddin)
Justeru, adalah lebih baik jika pada bulan yang mulia ini, kita melakukan ibadah-ibadah yang jarang kita laksanakan pada bulan lain. Contohnya, memanfaatkan masa senggan dengan membaca Al-Qur’an, berzikir, melakukan solat sunat atau menuntut ilmu.
Sekadar info, Hadis Daif bermaksud potongan hadis yang tidak diketahui asal usul atay dangkal periwayat atau pun periwayatnya tidak bersifat seperti periwayat Hadis Sahih atau Hasan.
Sumber: Laman Web Mufti Wilayah Perseketuan
Artikel berkaitan: Tinggal Solat Asar Umpama Merobohkan Kaabah! Ketahui Kesahihan Hadis Ini
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.