Tidur Dipelihara Oleh Allah S.W.T, Bacalah Ayat Al-Kursi Sebelum Tidur.

Share

Amalan sunat dalam Islam merangkumi pelbagai aspek yang boleh kita lakukan untuk mendapat pahala dan rahmat dari Allah S.W.T. Umat Islam disarankan untuk mengikut segala suruhan-Nya. Antara amalan sunat yang boileh kita lakukan ialah membaca ayat Kursi sebelum tidur.

Daripada Abi Umamah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

 

مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ، إِلَّا الْمَوْتُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati”. [Riwayat al-Thabarani di dalam Mu’jam al-Kabir (7532)] [Riwayat al-Nasa’ie di dalam al-Sunan al-Kubra (9848)][Hadith ini dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban]

Pasti ramai yang sudah sedia maklum tentang kewujudan ayat Kursi ini. Kita membaca ayat ini pada bila-bila masa sahaja seperti keluar dari rumah, melakukan sesuatu pekerjaan, selesai solat, awal pagi ataupun jika hati rasa tidak tenteram. Namun, tahukah kamu bahawa ayat ini bila dibaca sebelum tidur memberi banyak kebaikan pada kita?

Sumber gambar: Bincang Syariah

Antara kelebihan utama apabila membaca ayat ini ialah sepanjang seseorang itu tidur, dia berada dalam penjagaan Allah dan syaitan tidak dapat datang kepadanya. Kelebihan-kelebihan lain yang kita boleh perolehi adalah:

Sumber gambar: Ahmad Sanusi

  1. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya Nabi saw telah berkata bagiku:

إذا أويتَ إلى فراشِكَ فاقرأ آيةَ الكرسي ، فإنه لن يزالَ معكَ من اللّه تعالى حافظ ، ولا يقربَك شيطانٌ حتى تُصْبِحَ

Apabila kamu meletakkan belakangmu pada tempat tidurmu maka bacalah ayat Qursi maka sungguhnya sentiasalah atasmu itu penjagaan Allah Taala dan syaitan tidak akan menghampirimu sampai waktu subuh.”

(Hadith Imam Bukhari)

Dan dikatakan bahawa seorang yang tidur pada malam hari tanpa membaca ayat Qursi adalah orang yang tidak cerdik.

2. Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a. kata beliau :

ما أرَى أحَدًا يَعقِلُ دخَلَ الإسلامَ يَنامُ حتى يَقرأَ آيةَ الكُرسيِّ.

Tidak aku lihat seorang pun yang cerdik di dalam Islam tidur sebelum membaca ayat Qursi.”

(Riwayat Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar pada Al-Futuhat Rabbaniah)

Dan begitu juga selain ayat Qursi disunatkan sama membaca surah Al-Ikhlas dan Al-Falaq dan An-Nas dan akhir surah Al-Baqarah sebelum tidur.

3. Berkata Imam Nawawi :

يُستحبّ أن يقرأ عند النوم آية الكرسي، وقل هو الله أحد، والمعوذتين ،وآخر سورة البقرة، فهذا ممّا يهتمّ له، ويتأكّد الإعتناء به، فقد ثبت فيه أحاديث صحيحة

Disunatkan membaca ketika hendak tidur akan ayat Qursi dan Al-Ikhlas dan Al-Falaq dan An-Nas dan akhir surah Al-Baqarah. Maka ini adalah perkara yang sangat penting dan diambil berat dengannya. Maka sungguhnya telah datang beberapa hadith yang sahih pada menyebutnya.”

(Kitab At-Tibyan fi Adabi Hamalatil Quran)

 

Tuntasnya, jika kita mahu dipelihara oleh Allah S.W.T, maka usahlah tinggalkan amalan sunat ini kerana sebagai umat Islam, pastinya bukan kejayaan di dunia sahaja yang kita kejar, malah kejayaan di akhirat juga menjadi misi utama kita. Semoga artikel ini memberi kesedaran kepada kita semua dan menjanjikan syuirga di kemudian hari nanti. Selamat beramal!

 

Published by
Putra