Heliza Helmi salah seorang artis yang kini dilihat begitu aktif dalam melakukan misi kemanusiaan. Melalui laman sosial instagramnya, penyanyi dan pengacara ini cukup aktif membuat kerja amal. Salah satunya adalah membantu misi kemanusiaan di Rohingya. Ternyata Heliza cukup terkesan dengan penderitaan yang dialami oleh masyarakat Rohingya yang ditindas di negaranya sendiri. Heliza dengan  kerjasama MUSLIM Care Malaysia baru-baru ini telah berlepas ke Dhaka, Bangladesh untuk memberi bantuan kepada pelarian di sana.

Misi Kemanusiaan Rohingya . Bismillahirrahmanirrahim . Terima Kasih kepada semua yang tanpa henti infaq untuk Rohingnya. Masih lagi ada ruang untuk kalian terus infaq . . RAYUAN KECEMASAN Misi Kemanusiaan Rohingya di Kem Kutupalong & Balukhali, Bangladesh. Muslim Care Malaysia. 27 – 31 Oktober 2017. RAYUAN utk dana RM250,000 . 1. Pembinaan tubewell RM2500 satu x 10 unit = RM25,000 . 2. Menyediakan 2 Unit Mobile Clinic, 2 Khemah, 2 Gen Set, Kelengkapan klinik & ubat-ubatan = RM50,000. . 3. Pek makanan asas RM100/keluarga. 1300 keluarga = RM130,000 . 4. Waqaf Al-Quran RM20/senaskah. 1,000 unit= RM20,000 . 5. Khemah perlindungan sementara dan bilik air & tandas. RM2500/ unit. 10 unit = RM25,000 . 6. Program Aqiqah 1 Bahagian Lembu RM400. . Mohon masukkan ke akaun Maybank ke Muslim Care 564490413882 @ Bank Islam 14014010147470. . Sila whats app@ maklumkan kpd: zulkifli 0192518771 . Firman Allah: . قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ ۚ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ . . Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya. (Saba 39) . Jazakumullahkhair . Terima Kasih Mama Abah yang sentiasa support dan redha ke atas anakmu ini . Anakanda pergi berjuang dulu . #UntukMuRohingya2.0 #MuslimCare #MuslimCareMalaysia #DiariSeorangMujahidahKembaraRohingya

A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on

Misi ini turut disertai Presidennya, Zulkifli Wahijan, sukarelawan yang disertai Exco Muslim Care dan juga empat doktor. Misi bantuan adalah bertujuan untuk  membina 20 telaga tiub bagi kegunaan lebih 200,000 pelarian di Kem Balukhali dan KutuPalong di Cox’s Bazar Bangladesh. Juga turut memberikan rawatan perubatan juga pengagihan pek makanan di kem pelarian terbabit.

Melihat gambar-gambar dikongsi bersama Heliza, menunjukkan penyanyi comel ini sanggup mengetepikan penampilan glamour, untuk sama-sama menghulurkan bantuan bagi masyarakat Rohingya di sana.

Dalam satu postingnya, membuat netizen cukup terharu apabila melihat sekeping gambar Heliza sedang memeluk seorang kanak-kanak perempuan. Dia memberitahu dia bukanlah orang yang mudah menangis tetapi pagi itu air matanya bergenang sambil mengenangkan apa yang kanak-kanak ini makan untuk pagi, lenakah tidur mereka dan 1001 pertanyaan yang menganggu mindanya.

Dia juga yang bertindak sebagai sukarelawan misi kemanusiaan ini menceritakan pengalamannya yang tidak sempat untuk makan minum dan rasa haus yang hanya Tuhan yang tahu. Namun dia bersyukur kerana Allah beri kekuatan hingga tidak sedar seharian tidak menjamah makanan dan minuman.

Lapar dan dahaga . Dalam misi kemanusiaan, makan minum diri sendiri tak sempat nak fikir . Namun haus, kering tekak Allah je tahu . Namun Allah bagi kekuatan , tak sedar dah malam baru perasan yang tak sempat nak makan dan minum . Allah Maha Besar , Segala Puji hanya untuk Allah . Hati ini berkata “Ya Allah , bagaimanalah mereka yang berjalan 4 hari tanpa makan dan minum dengan bawa barang berat , dengan membawa anak anak , ada yang bawa di bahu kiri dan kanan membawa ibu dan ayah . Jaraknya bukan dekat, beratus ratus kilomoter! . HasbunAllah Wa Ni’Mal Wakeel . Sahabatku semua Allah sayang, Ayuh kita bantu , moga jadi saksikan kita dihadapan Allah kelak . 1. Pembinaan tubewell RM2500 satu x 10 unit = RM25,000 . 2. Menyediakan 2 Unit Mobile Clinic, 2 Khemah, 2 Gen Set, Kelengkapan klinik & ubat-ubatan = RM50,000. . 3. Pek makanan asas RM100/keluarga. 1300 keluarga = RM130,000 . 4. Waqaf Al-Quran RM20/senaskah. 1,000 unit= RM20,000 . 5. Khemah perlindungan sementara dan bilik air & tandas. RM2500/ unit. 10 unit = RM25,000 . 6. Program Aqiqah 1 Bahagian Lembu RM400. . SumbNgan masukkan ke akaun Maybank ke Muslim Care 564490413882 @ Bank Islam 14014010147470. . Sila whats app@ maklumkan kpd: zulkifli 0192518771 . #DiariSeorangMujahidahKembaraRohingya #MuslimCare #MuslimCareMalaysia @muslimcaremalaysia

A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on

Langsung Heliza terfikir bagaimana pula dengan pelarian yang berjalan 4 hari tanpa makan dan minum dengan membawa barang berat dan juga anak-anak. Berjalan bukan dekat tetapi hampir beratus-ratus kilometer mencari tempat perlindungan.

Ternyata pengalaman berada di sana hampir lima hari sebagai sukarelawan begitu menginsafkan Heliza. Mengenang betapa beruntungnya kita yang bangun sahaja tidur insya-Allah ada rezeki untuk makan dan minum, tetapi mereka belum tentu tidak. Kalau kita sakit ada ubat, tetapi masyarakat Rohingya ini hampir dikatakan tiada bantuan perubatan dan tidur mereka juga hanya berlantaikan tanah. Bumbung mereka pula beratapkan plastik dan juga sampah sarap. Meletakkan daun sebagai penyejuk khemah. Hatta mahu minum air putih juga agak sukar sekali untuk mendapatkannya.

Ads

|Lihatlah dengan mata hati, in sha Allah kalian akan dapat merasai dari hati | . Bangun pagi in sha Allah ada rezeki makanan dan minuman untuk kita, Mereka belum tentu, Kalau sakit in sha Allah ada ubat untuk kita makan, Mereka boleh dikatakan hampir tak ada sekiranya tiada bantuan perubatan diberikan, Tidur mereka di atas lantai tanah, Bumbung mereka plastik dan sampah sarap, mereka letak daun sebagai penyejuk khemah, Hatta nak minum air putih, begitu sukar sekali untuk mendapatkannya, Rata rata anak kecil tidak berbaju dan berseluar. Pampers dan lampin? Seolah tiada istilah itu, Berus gigi ubat gigi? Belum tentu ada . Apa yang tinggal pada mereka? Tiada apa apa sebenarnya . Tiada . Tiada :'( . Saya yakin, kita tahu apa peranan kita semua . . 1. Pembinaan tubewell RM2500 satu x 10 unit = RM25,000 . 2. Menyediakan 2 Unit Mobile Clinic, 2 Khemah, 2 Gen Set, Kelengkapan klinik & ubat-ubatan = RM50,000. . 3. Pek makanan asas RM100/keluarga. 1300 keluarga = RM130,000 . 4. Waqaf Al-Quran RM20/senaskah. 1,000 unit= RM20,000 . 5. Khemah perlindungan sementara dan bilik air & tandas. RM2500/ unit. 10 unit = RM25,000 . 6. Program Aqiqah 1 Bahagian Lembu RM400. . Mohon masukkan ke akaun Maybank ke Muslim Care 564490413882 @ Bank Islam 14014010147470. . Sila whats app@ maklumkan kpd: zulkifli 0192518771 . #diariseorangmujahidahkembararohingya #UntukmuRohingya2.0 #MuslimCare #muslimcaremalaysia @muslimcaremalaysia

A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on

Dia cukup terkesan melihat rata-rata anak-anak kecil tidak berbaju dan berseluar. Apatah lagi keperluan ‘pampers’ atau lampin, memang tidak ada di sana. Usahkan itu, berus gigi juga belum tentu ada. Segala-galanya ‘tiada’ yang tinggal untuk mereka.

Menurut Heliza lagi, ujian yang mereka lalui cukup hebat dan luar biasa. Malah mereka ini dilabel sebagai insan luar biasa. Dalam pada itu, Heliza cukup terharu sambutan yang baik diterima apabila anak-anak kecil mendahului mereka untuk memberi salam. Baginya setiap ujian yang hebat ini adalah untuk mendekatkan diri dengan pencinta dan tanda Allah sayang pada mereka.

Dalam catatannya lagi Heliza memberitahu dalam serba kedaifan itu di kem KutuPalong, terdapat sebuah pondok tahfiz kecil dan kedengaran suara merdu sedang mengalunkan ayat suci Al-Quran.

ROHINGYA, . . Sedang menuju ke Kem Pelarian KutuPalong, kedengaran suara merdu yang sedang mengalunkan ayat suci Al Quran, dan ianya datang dari dalam pondok kecil ini.. Allahu Akbar ? . Walaupun keadaan sebagai pelarian, mereka dekat dengan Al Quran, mereka belajar Al Quran, mereka menghafaz Al Quran. Dan bacaan mereka sangat sedap MasyaAllah. Ketika merakamkan mereka sedang membaca Al Quran, tak perasan yang mata ini telah berkaca?. Ya Allah jadikanlah kami ini sentiasa dekat dengan Al Quran, beramal dengan Al Quran, dapat menghafaz Al Quran.. Ya Allah bantulah kami… ?Aamiin . Telaga air yang kalian wakafkan itu, ini rupa bentuknya. Hanya Allah boleh ganjarkan pahala berpanjangan buat kalian yang berhati murni . Bayangkan telaga yang sedalam 500 kaki ini , dapat digunakan oleh mereka untuk keperluan harian, ambil wudu dan kegunaan lain. Air mengalir itu , begitu jugalah pahala mengalir buat kalian semua. Moga menjadi saham akhirat menuju Syurga kelak . Aamiin?? . . Sumbangan boleh diberikan ke Teruskanlah sumbangan anda : 1. Pembinaan tubewell RM2500 satu . 2. Menyediakan 2 Unit Mobile Clinic, 2 Khemah, 2 Gen Set, Kelengkapan klinik & ubat-ubatan = RM50,000. . 3. Pek makanan asas RM100/keluarga. 1300 keluarga = RM130,000 . 4. Waqaf Al-Quran RM20/senaskah. . 5. Khemah perlindungan sementara dan bilik air & tandas. RM2500 . 6. Program Aqiqah 1 Bahagian Lembu RM400. . Mohon masukkan ke akaun ke Maybank Muslim Care 564490413882 @ Bank Islam 14014010147470. . Sila whats app@ maklumkan kpd: zulkifli 0192518771 . #UntukMuRohingya2.0 #MuslimCare #MuslimCareMalaysia #DiariSeorangMujahudahKembaraRohingya .

A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on

Ads

Biarpun status sebagai pelarian, tetapi tidak menghalang mereka untuk dekat dengan Al-Quran. Mereka belajar, menghafaz dan bacaan yang diperdengarkan sungguh sedap. Sekali lagi Heliza tidak mampu membendung air matanya yang tumpah di pipi ketika merakamkan mereka yang sedang membaca Al-Quran.

Artikel Berkaitan: Heliza Helmi Ajak Netizen Baca Sural Al-Mulk Sebelum Tidur

Dan dalam perkongsian ini turut dipaparkan bagaimana rupa telaga yang dibangunkan oleh Muslim Care sedalam 500 kaki dan dapat digunakan untuk keperluan harian, mengambil wuduk dan juga kegunaan lain. Air yang mengalir itu ibarat pahala buat anda yang telah menyumbang kepada penubuhan telaga ini sebagai bekalan di akhirat kelak.

Tabik Hormat Buat Kamu Rohingya . Apa yang kalian lalui luar biasa hebat . Ujian yang di lalui bukan biasa biasa . Kalian insan luar biasa! . Mana tidaknya, Kalian mendahului kami memberi salam Anak anak kecil mendahului kami memberi salam . Allah di situ kami telah kalah!? . Ujian sangat hebat, namun dekatnya diri kalian pada pencipta semakin hebat! Ada orang bila diuji, dia makin jauh dari Allah. Namun apabila seseorang diuji dan dia makin rapat dengan ALLAH itu tanda , ALLAH mahu angkat darjat mereka dan ALLAH makin sayang mereka? . Terima Kasih ROHINGYA, mengajar kami tentang erti hidup , diri untuk mengabdi padaNya, menjadi insan lebih bersyukur. Doakan kami …?? . @muslimcaremalaysia #muslimcaremalaysia #muslimcare #UntukMuRohingnya2.0 #DiariSeorangMujahidahKembaraRohingya

A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on

Perkongsian pengalaman Heliza ke sana mendapat respon cukup positif dari netizen. Rata-rata mendoakan agar usaha dilakukan dipermudahkan Allah.

Ads

@njwa.nsuha21_ Ya Allah , kau permudahkan lah urusan mereka , bantu lah mereka yg dalam kesusahan,kesakitan,penderitaan dah kedukaaan.. Amin Ya Rabbal Alamin.. Terima kasih kak ija bawak hati kami ke sana

@marialove82 Moga Allah permudahkan usahamu sis….insyaalah sya berdoa semua umat Islam selamat sejahtera dimna jua…..

@amirrasy Allahu,,terima kasih kak heliza,,perkongsian yg sgt menyentuh hati dan menyentap fikiran untuk kembali mengenangkan betapa susahnya orang lain berbanding kita yg senang lenang ini,,di manakah syukur kita,?di manakah doa kita untuk mereka,?ayuh sama samalah kita,,

@surianisaedah Mashaallah tabarakallah.. Sungguh beruntungnya dirimu duhai adinda dapat mencurahkan bakti buat hamba2 Allah yang di dalam kesusahan. Mudah2an ganjaran syurga buat dik @nurhelizahelmi dan team. Semoga sentiasa berada dalam perlindungan Allah walau di mana saja kalian berada. Amin.. Allahuakbar!

Admin menyokong usaha yang dilakukan oleh Heliza walaupun dia seorang wanita dan juga selebriti. Usaha dan niatnya itu cukup murni. Penyanyi kecil molek ini juga turut mengalu-alukan sumbangan/bantuan yang boleh kita sebagai Muslim salurkan untuk masyarakat Islam Rohingya di sana.

Semoga setiap yang dihulurkan mendapat keberkatannya dan secara tidak langsung meringankan beban yang ditanggung. Insya-Allah.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM HELIZA HELMI

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI