Kelmarin hangat isu berkaitan hubungan Neelofa dan PU Haris di media sosial yang kononnya sedang dilanda masalah. Pelbagai jenis andaian-andaian negatif yang muncul dari isu kononnya mereka berdua sudah dinikahkan di Kelantan kepada isu Neelofa terkena minyak pengasih sehinggalah kisah Neelofa memindahkan sejumlah wang yang banyak kepada akaun peribadi PU Haris.
Namun semuanya terjawab apabila Neelofa sendiri telah memberi kenyataan sebentar tadi di laman Instagram peribadinya. Bertujuan untuk menjernihkan keadaan dan menafikan segala tuduhan yang dilemparkan kepada dia dan juga PU Haris.
Wanita berusia 31 tahun ini berkata, “Saya sendiri terkejut melihat andaian-andaian ini keluar. Yang berkenaan minyak pengasih dan kononnya saya sedang berubat serta pindahan wang ditambah pula dengan pernikahan yang kononnya telah diadakan di Kelantan.
“Berikan kami masa dan juga doakan kami untuk mencari titik penyelesaian yang terbaik untuk kedua-dua belah keluarga. Saya rasa permintaan ini adil daripada anda semua menokok tambah dan mengeluarkan kenyataan tidak berasas yang boleh mengeruhkan keadaan.
“Setiap hubungan itu ada cerita itu sendiri, dan tidak manis untuk saya bercerita berlebih-lebihan membelakangi keluarga saya dan keluarga Haris. Apa yang berbeza, saya dan Haris dikenali, jadi ini menjadi perhatian dan setiap gerak geri itu… ditambah pula dengan cerita yang tidak betul.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada keluarga saya dan keluarga Haris. Saya harap anda hentikan tuduhan yang tidak berasas. Terakhirnya saya perlukan doa-doa anda semua. Itu sudah memadai. Saya menerima banyak mesej dari sahabat, kenalan dan juga orang yang tidak dikenali mendoakan saya. Terima Kasih.”
Neelofa berharap dengan penjelasan ini mampu menjelaskan keadaan yang terjadi kepada dirinya dan juga PU Haris.
View this post on Instagram
***P/S- Semoga semuanya baik-baik buat pasangan ini dan terhindar dari segala fitnah dunia.
Sumber: Instagram Neelofa
Sumber Gambar Utama: Instagram PU Haris & Neelofa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI