Percutian Indah Boleh Bertukar Bencana Kalau Salah Pilih Bagasi. Ciri No 6 Tu Macam Nak Bawak Satu Almari!

Share

Mengimpikan percutian indah adalah sesuatu perkara yang paling stress untuk dilaksanakan. Merancang bercuti di hujung tahun memerlukan penelitian setiap sudut, lagi-lagi buat hijabi yang gemar melancong dan bergaya. Pasti semua keperluan ingin dibawa demi mencipta momen yang akan dimuat turun di laman sosial.

Hijabi travellers lebih mementingkan daya tarikan, oleh itu untuk melancong mereka perlu 4 beg ini iaitu tas tangan, sling beg ketika ootd, beg gajet dan paling utama bagasi. Namun yang lebih penting adalah cara memilih bagasi yang sesuai dengan keperlun dibawa supaya tidak ada masalah terlebih berat, rosak ketika dalam perjalanan dan juga keselamatan barangan yang dibawa.

Perlu Tahu 6 Ciri-ciri Ini Untuk Pilih Bagasi:

Banyak faktor yang perlu dilihat dan dikaji sebelum anda membuat keputusan untuk membeli bagasi kerana tiada satu bagasi pun yang akan kena dengan cita rasa pengguna. Cara kita travel juga berbeza bagi setiap individu.

Di sini ada sedikit tip yang boleh anda lihat dan teliti sebelum membeli bagasi diidamkan.

1. Saiz & Berat

Beg pakaian menang tangan untuk kemudahan peribadi anda supaya bagasi tidak menjadi bebanan dalam perjalanan. Pastikan saiz dan berat bagasi tidak membebankan anda untuk bergerak terutama hand carry bags. Berat yang bersesuaian adalah 5kg ke bawah.

2. Ciri-ciri Bagasi

Kebiasaanya, tidak semua syarikat penerbangan mempunyai spesifikasi kompartment yang sama. Oleh itu, untuk mengelakkan masalah berlaku, carilah beg yang paling ringan untuk dibawa bercuti. Jika tidak mahu check in beg anda, pastikan berat beg tidak melebihi berat yang telah ditetapkan oleh syarikat penerbangan dinaiki.

3. Pemilihan Yang Betul

Apabila memilih bagasi, periksa betul-betul dari setiap sudut termasuklah bahagian yang paling penting sekali iaitu bahagian roda! Ia sememangnya memuaskan untuk melancarkan koper anda dengan mudah, tali dan zip. Jenis jahitan, kulit dan kain yang di gunakan juga sangat penting kerana anda tidak tahu keberangkalian yang akan terjadi dengan bagasi ketika kerja-kerja pemunggahan.

4. Jenis Material

Antara faktor utama yang perlu dititikberatkan ketika membuat pemilihan dari segi material beg adalah rangka, fabrik dan jenis waterproof atau tidak. Pastikan beg tersebut juga ringan, mudah dibawa dan ada ciri-ciri yang terperinci untuk kegunaan yang anda perlukan. Paling penting tahan lama, selamat dan mudah untuk di bawa.

5. Jenama Juga Kualiti Beg

Bahan yang ringan dan tahan lama
Ruang yang luas
Kod kunci untuk keselamatan

Pastikan anda membeli beg yang mempunyai kualiti tinggi dan jaminan yang lama. Antara bagasi tersenarai dalam 10 jenama bagasi terbaik untuk traveler adalah seperti American Tourister Somsonite, memiliki berat 4.9kg, permukaan bagasi yang diperbuat dari HS POLYPROPYLENE jenis polimer termoplastik dan paling ringan dari semua produk termoplastik. Ini  menjadikannya bahan yang sesuai untuk mana-mana julat bagasi ringan. Kualiti tahan lama yang mempunyai jaminan selama 3 tahun.

6. Keselamatan & Harga

Ciri keselamatan amat penting, pastikan bagasi anda memiliki kod kunci keselamatan bagi memastikan barangan yang dibawa selamat dan terjamin. Selain itu pastikan harga yang ditawarkan di pasaran berbaloi dengan ciri-ciri lima di atas.

7. Warna Menonjol

Ciri ini nampak remeh tetapi benar untuk keselamatan dan juga diingatkan elak memilih bagasi berwarna hitam. Sekiranya memilih bagasi berwarna unik dan menonjol untuk perhatian sendiri dan kalau boleh lain daripada yang lain bagi memudahkan anda mengenal pasti.

 

 

 

Published by
SH