Gembira sungguh Daiyan Trisha kerana diajak kembali ke Tanah Suci untuk mengerjakan Umrah. Dia dapat pergi ke sana tahun lepas, dan dia sangat menikmatinya.
Ini merupakan kali kedua pelakon berusia 30 tahun itu menunaikan umrah pada bulan Ramadan.
Artikel Berkaitan : Daiyan Trisha Titip Doa Di Jabal Rahmah Untuk Dipertemukan Jodoh Yang Terbaik Buatnya..
“Assalamualaikum semua. Saya sekarang sudah pun berada di Madinah, kota yang paling indah. Selari dengan niat untuk menunaikan umrah pada setiap Ramadan.
“Syukur alhamdulillah tahun ini saya dijemput sekali lagi untuk berada di sini (Tanah Suci) buat kali kedua,” kongsinya dalam Instagram.
Pelakon siri Projek High Council itu berkata lagi, dia memohon doa dan kemaafan daripada kenalan yang mengenalinya atas segala kesilapan yang dilakukan. Beliau juga memohon doa agar perjalanan beliau dan jemaah haji yang lain dipermudahkan.
“Saya mohon doa dan keampunan daripada semua atas salah dan silap saya. Doakan perjalanan pergi dan balik saya serta semua jemaah lain. Semoga kami dikurniakan umrah yang mabrur,” kata Daiyan.
Daiyan juga berkata bahawa dia tidak sabar untuk bertemu “cinta hatinya” dalam beberapa hari, mungkin merujuk kepada Kaabah, yang merupakan tapak paling suci dalam Islam.
Artikel Berkaitan : Sukanya Tengok Daiyan Pakai Macam Ni!- Netizen Teruja Lihat Gambar Daiyan Trisha Berhijab!
Ramai rakan artis mendoakan keselamatan dan keselesaan pelakon itu sepanjang perjalanan umrahnya semasa dia pergi.
Walaupun pintu sempadan dibuka selepas wabak itu, Daiyan hilang keinginan untuk mengembara dan mengakui Tanah Suci Mekah membuka pintu hatinya untuk dia “terbang” ke luar negara semula, seperti yang dilakukannya berkali-kali sebelum ini.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini KONGSI Tip Nak Solat Di Raudhah TAMAN SYURGA, Khusus Buat Muslimah. Rugi Tak Baca!
Musim sekolah ini menyaksikan ramai daripada kita yang mengambil kesempatan untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah. Walaupun hanya mengerjakan umrah tetapi dugaan yang diterima tetap sama seperti jemaah yang mengerjakan ibadah haji. Semuanya bergantung kepada keupayaan mental dan fizikal seseorang untuk melakukan ibadah sepanjang berada di sana. Jemaah yang pergi ke sana tidak akan melepaskan peluang beribadah dan mengunjungi beberapa kawasan.
Salah salah adalah Raudhah atau Taman Syurga yang merupakan salah satu ruangan dalam Masjid Nabawi yang dijadikan pusat tumpuan jutaan jemaah yang datang berdoa dan bersolat di taman-taman ini. Oleh sebab itu ramai jemaah yang berebut-rebut untuk berada di situ. Namun tidak semua yang diizinkan Tuhan berpeluang untuk menjejakkan kaki di taman ini.
Perkongsian dari pengguna laman sosial, Suhaili Mohd Zain ini memberi beberapa tip yang boleh dijadikan panduan bagi jemaah lain yang mahu mengerjakan ibadah di sana dan mahu melawat Raudhah.
Menurutnya yang membahasakan diri sebagai Sally ada waktu tertentu yang disarankan bagi kaum wanita untuk memasuki Raudhah dan mengerjakan solat di situ. Jom baca perkongsiannya.
BERSOLAT TANPA GANGGUAN
Malam ini Sally nak kongsi pengalaman masuk ke Raudhah di mana anda boleh solat semahu-mahunya. Cara paling selamat, paling aman, tidak bertolak, tidak perlu berlari dan paling penting boleh berdoa dan bersolat tanpa ada gangguan dari Jemaah lain dan pengawal Arab wanita.
Alhamdulillahh kali ini Sally berpeluang 4x memasuki Raudhah. Itu pun sebab sehari Sally demam. Kalau tidak pastinya setiap hari paling tidak 2x sehari pasti hendak mengunjungi makam Rasulullah saw. Itulah tempat yang menjadi idaman setiap muslim jika di Tanah Madinah Al Munawwarah.
Berlainan dengan pengalaman umrah pertama, kali ini Sally memilih untuk memasuki Raudhah mengikut keadaan Sally sekarang. Sally tidak boleh berlari dan bertolak-tolakan. Mengandung 3 bulan membataskan pergerakan agresif Sally. Lebih-lebih lagi membawa bonda bersama yang baru sahaja recover dari stroke. Kali pertama beliau masuk ke Raudhah mengikuti kumpulan kerusi roda. Tapi apabila Sally amati keadaan, seperti biasa, strategi Sally buat dan susun secantiknya. Yang paling penting adalah kesabaran. Masuk dan sabar menunggu. Tidak perlu tergopoh-gapah.
WAKTU SESUAI MASUK RAUDHAH
Waktu yang paling sesuai untuk memasuki Raudhah bagi wanita adalah selepas Subuh dan selepas Isyak. Pastinya melalui pintu masjid no 25. Tidak perlu terburu-buru atau tunggu di masjid selepas solat. Sally nasihatkan anda balik dulu selepas solat. Selepas Subuh misalnya, balik ke hotel untuk sarapan dulu. Berehat, buang air, berwuduk dan sebagainya dan sebagusnya kenakan jubah dan khimar berwarna hitam supaya tidak diganggu oleh pengawal Arab wanita kerana kita nampak serupa dengan orang Arab, Pakistan dan sebagainya.
Dan kalau boleh beg umrah yang diberikan oleh travel agen tu digantung di dalam telekung atau tidak dibawa langsung. Kerana beg itu adalah pengenalan kita dan dah dikenalpasti kita dari Malaysia. Selepas berwuduk dan mengenakan pakaian serba hitam, kembali ke masjid Nabawi mengikuti pintu 25 sekitar pukul 8.00 pagi dan terus ke bahagian depan. Penghadang kayu antara ruangan wanita dan lelaki telah dibuka. Laluan ini adalah laluan menuju ke Raudhah.
Waktu ini anda tidak perlu berebut dan tidak perlu bertolak dan berhimpit. Hanya perlu berjalan lemah lembut dan terus ke Raudhah. Maybe kali pertama pergi, anda boleh mengikuti kumpulan mutawif tetapi untuk sekian kalinya, better pergi sendiri. Lagi kecil group lagi senang pergerakan kita dan sukar dicam oleh pengawal wanita arab. Kita boleh menyelit di mana-mana kumpulan. Jika anda nak masuk selepas Isyak, balik dulu ke hotel untuk dinner dan sekitar pukul 10.00 malam kembali ke masjid Nabawi mengikut cara yang Sally jelaskan di atas tadi.
Selepas melalui penghadang kayu, anda akan masuk ke kawasan dataran Raudhah. Dari sini sudah kelihatan makam Rasulullah di bahagian hujung iaitu kawasan bilik Siti Fatimah. Anda boleh duduk dulu di dataran Raudhah, solat tahiyatul masjid, berzikir, baca al Quran dan apa-apa sahaja di sini. Biasanya Sally lebih suka masuk selepas Isyak. Sally tunggu sahaja di sini lebih kurang 1 jam setengah. Tidak terasa lama jika waktu yang ada diisi sebaiknya. Biarkan sahaja kumpulan lain masuk terlebih dahulu.
TENTUKAN TEMPAT SOLAT
Kita sabar sahaja menunggu. Bila orang sudah tidak ramai, sekitar 1-2 kumpulan sahaja, kita sudah boleh mula menyelit masuk. Sampai giliran kumpulan yang kita menyelit tadi, berjalanlah menuju ke Raudhah dan menghimpit ke kiri rapat ke makam Rasulullah saw. Tidak perlu terus ke karpet hijau. Biasanya Sally duduk dahulu di karpet merah. Sampai salam sahabat dan sebagainya. Bila keadaan agak reda, Sally akan masuk terus ke karpet hijau, rapat ke dinding dan mula bersolat di situ.
Oleh kerana keadaan kita di bahagian tepi dinding, jadi tiada siapa yang akan menolak. Jika ada 3-5 orang sekumpulan, beraturlah dan pastikan semua mendapat tempat di tepi dinding. Solat taubat dahulu dan kemudian solat hajat. Satu solat hajat untuk satu hajat dan disambung lagi solat dan solat dan solat. Doa dibaca ketika setiap sujud terakhir. Solat sambung menyambung tanpa henti. Tidak pernah ada kekuatan untuk solat sebanyak itu.
Jika di Malaysia, solat sunat hajat 2 rakaat sekali sahaja. Dhuha pun paling banyak 6 rakaat. huhuhu.. tetapi bila di Raudhah rasa seperti tidak mahu berhenti solat. Jangan sesekali berdoa mengangkat tangan dan duduk termenung menangis. Pengawal Arab wanita akan menghalau kita keluar secepatnya. Tapi jika kita kekal dalam keadaan solat, mereka tidak akan ganggu atau menyuruh kita berhenti dan keluar.
WAKTU BERSESUAIAN
Biasanya Sally akan menyertai kumpulan masuk ke Raudhah sekitar pukul 11.30 malam selepas sejam setengah menunggu. Dan kami habiskan masa lebih kurang 1 jam di dalam Raudhah. Selepas solat di dinding bahagian kiri, bergeraklah ke kanan seolah-olah ingin keluar. Tapi masa ini Sally akan rapat ke bahagian depan berdekatan dengan tiang Siti Aisyah dan ambik peluang bersolat di situ. Kawasan tengah Raudhah sekitar pukul 12.30mlm agak lengang.
Dan kita boleh bersolat di mana sahaja. Pengawal Arab wanita sudah mula untuk meminta jemaah keluar dari Raudhah kerana pukul 1 pagi mereka akan menutup Raudhah bagi wanita dan buka peluang untuk jemaah lelaki pula pada pukul 2 pagi. Dan waktu ini, kita akan rasa puas, aman dan rasa macam dah habis doa nak dibaca dan bersolatlah taubat sebanyaknya. Jika kita masuk berebut- rebut dan tergopoh gapah dan bersesak kemungkinan kita berpeluang solat sekali sahaja. Alhamdulillahh kali ini Allah berikan jalan yang terbaik buat Sally dan keluarga. Bonda, nenda dan kakanda amat berpuas hati dan semua kembali ke hotel dengan senyum puas dan syukur pada peluang yang Allah berikan.
Sally harap perkongsian Sally ini dapat dimanfaatkan dan anda juga berpeluang ke Raudhah dan rebutlah peluang beribadat di sana. Sally tidak mengikuti mana-mana mutawif kerana rasakan agak susah bergerak dalam kumpulan yang besar. Dan ada yang tergopoh untuk balik dan selesai awal. Sally lebih suka santai dan punyai lebih masa di sana. Cubalah, anda akan lebih rasa manisnya. Jangan pernah serik memasuki Raudhah dan sentiasalah semai rasa rindu untuk ke sana sepanjang di Madinah.
Di sini Sally kongsi video malam terakhir Sally di Raudhah pada 11hb Dec 2017. Video pertama di dataran Raudhah tempat Sally menunggu dengan sabar dan video ke dua sekitar pukul 12.35pagi saat Sally hendak meninggalkan Raudhah. Keadaan agak lengang.
Semoga anda juga dapat mengunjungi Taman Syurga. Amin.
SUMBER: FACEBOOK SUHAILI MOHD ZAIN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Pernah Tinggal Zikir Ini Setiap Pagi Jika Mahu Urusan Hidup Dipermudahkan
Bangun di waktu pagi umpama suatu titik permulaan baharu dalam kehidupan kita. Pasti ramai di antara kita yang sudah bergegas bangun demi mencari rezeki namun ada juga yang risau bagaimana perjalanan hidupnya akan berlalu pada hari itu.
Jika mahu urusan kita menjadi mudah, maka kita haruslah sentiasa berharap kepada Yang Maha Kuasa untuk dipermudahkan segala. Usahalah dan berserahlah sepenuhnya kepadaNya kerana segala di dunia adalah milikNya.
Untuk urusan dipermudahkan, amalkanlah zikir ini setiap pagi dan tutuplah zikir tersebut dengan doa ini yang telah dikongsikan oleh Ustazah Asma’ Harun.
Betapa powerfulnya zikir ni😭 Amalkan setiap pagi.. inshaAllah akan dilancarkan segala kesulitan. Aamiin Ya Rabbal’alamiin 🤲🏻❤
kredit: Ustazah Asma’ Harun, @jomdakwah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lebihan Minyak Masak Jangan Buang, Boleh Jadikan Sabun Pencuci Pinggan. Banyak Jimat!
Selalunya lebihan minyak akan diguna semula untuk masak, tetapi ini bukan perkara yang sihat untuk kesihatan. Kali ini berbeza, Perkongsian dari Suhaili Baharudin ini mendapat perhatian warga Facebook.
Siapa sangka minyak terpakai boleh dibuat sabun basuh pinggan kan? Teruja untuk kongsi ilmu ini, HIJABISTA kongsikan semula ilmu baharu ini. Lepas ini siapa yang terbiasa buang minyak masak selepas dipakai jangan, jangan buang terus ke dalam tong sampah. Elak pembaziran, jom ikut tip ini. Bila tengah darurat atau keperluan mendesak, sekurang-kurangnya anda sudah ada pengetahuan ini.
Minyak terpakai boleh jadikan sabun
Secara teknikal, lemak segala jenis minyak yang tidak bercampur dengan jenis lemak yang lain, berlaian minyak kelapa dan minyak zaitun ia mempunyai elemen berbeza dapat diproses menjadi sabun dengan syarat;
- Minyak yang diguna hendaklah tidak bercampur.
- Minyak yang telah digunakan tidak melebihi 3 kali masakan.
- Penyimpanan yang rapi supaya tidak dirosakkan oleh binatang perosak.
- Minyak yang telah dipakai haruslah ditapis menggunakan cheese-cloth/muslin cloth untuk memastikan minyak adalah bersih dari sisa makanan yang tertinggal.
- Asingkan minyak yang telah dipakai untuk menggoreng daging/ikan dengan bahan ‘hijau’. Contoh, minyak menggoreng ikan perlu diasingkan dari minyak menggoreng cendawan celup tepung/kentang goreng.
Resipi sabun dari minyak terpakai:
BAHAN-BAHAN:
- 190 gram air (boleh guna air suling atau air tapis).
- 500 gram minyak terpakai
- 70 gram lye-caustic soda, juga dikenali sebagai 100% sodium hydroxide dan boleh dibeli di kedai hardware.
CARA_CARA MEMBUATNYA:
1. Pastikan anda menggenakan sarung tangan dan juga penutup mata sebelum memulakan langkah mengendalikan lye.
- Berhati-hati supaya tidak menyedut wap yang terhasil. Kacau perlahan-lahan sehingga larutan menjadi jernih. Biarkan seketika sementara menyediakan bahan-bahan yang lain. Biarkan suhu bancuhan hingga menjadi suhu bilik.
- Pada suhu yang sesuai, campurkan bancuhan lye ke dalam minyak perlahan-lahan dan kacau sehingga anggaran 5 minit. Kedua-dua bahan perlu bercampur rata sebelum anda perlu terus memukul larutan seperti membuat adunan kek (boleh juga gunakan pemukul telur atau whisk). Larutan dikira sempurna apabila ia menjadi likat dan meninggalkan kesan apabila ia jatuh ke atas permukaan larutan tersebut.
- Kacau menggunakan whisk. Jika gunakan minyak lebihan menggoreng memang bancuhan akan menjadi oren pekat. Abaikan! Ianya tetap bahan semulajadi iaitu minyak.
- Pastikan semua bahan dah bersatu dan sekata. Sebati!
- Sekarang boleh masukkan dalam acuan ikut kesukaan masing-masing. Dalam projek kitar semula, biasanya kotak susu & santan UHT digunakan. Cawan kertas terpakai juga sesuai. Penting tidak menggunakan bekas logam.
- Sabun perlu disimpan selama 4 minggu untuk matang. Pada masa yang sama, ia perlu dibalikkan untuk mendedahkan setipa bahagian dengan angin.
- Apabila sabun sudah matang, boleh dibalut dengan kertas minyak dan simpan dalam bekas kedap udara.
PERHATIAN: Lye boleh dinutaralkan menggunakan cuka putih dan anda perlu membersihkan kesan lye selepas selesai kerja-kerja dilakukan. Sekiranya terdapat saki baki tertinggal, biarkan beberapa hari dan cucilah kemudiannya menggunakan air panas (kerana ia telah bertukar menjadi sabun).
Untuk membuat sabun ini anda perlu lalui proses kimia. Sekiranya anda menghasilkan sabun dari minyak perpakai, pastikan tidak mencuba buat sendiri dirumah tanpa belajar terlebih dahulu.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI