Bekas peserta rancangan realiti Akademi Fantasia 2015, Sharul Kamal meluahkan rasa syukurnya di laman twitter apabila ibunya yang tercinta kini mengenakan hijab.
“Dulu ibu seorang yang free hair, tapi aku, adik beradik dan ayah sentiasa berdoa dari dulu tak putus-putus untuk ibu tutup aurat dengan sempurna.
“Awal tahun aku dapat buat umrah dan aku tak putus-putus doa benda yang sama. A
ku minta tahun ini ibu istiqomah. Alhamdulillah cantik ibu aku,” tulis penyanyi lagu Maaf ini.