Tidak semua hijabi yang ingin mengenakan warna-warna yang cerah dan selalu memilih warna rona tanah dan ‘pastel’. Mungkin kurang keberanian itu kerana takut di kritik.

Tapi sudah tentu ada yang ingin menonjol dan tampak berlainan bukan? Apa kata anda cuba warna hijau! Ya, warna hijau ala-ala sayur-sayuran itu.

Warna hijau bukan lagi untuk ‘pokok’ sahaja…

Mungkin ada yang sangka warna-warna terang ini tidak sesuai di pakai ketika waktu siang dan bagi pakaian harian. Namun, kalau anda tahu cara padanan dan gaya yang betul, sudah pasti akan nampak cantik dan menarik.

Team Hijabista ingin rungkai salah satu gaya yang cukup menarik oleh seorang pempengaruh, Zainab Ashraf (@zzainabashraf). Gaya padanan stail dengan warna seperti hijau boleh dijadikan inspirasi buat para hijabi di luar sana!

Gaya 1: Monokrom

Tidak Lagi Di Gelar ‘Pokok’, Gayakan Warna Hijau Buatkan Anda Lebih Menarik!
Sumber dari Instagram @zzainabashraf

Gaya monokrom senang sahaja untuk di padankan kerana memerlukan anda untuk memakai padanan satu warna sahaja. Mengikut Zainab juga, dia memilih kombinasi warna hijau terang dan sedikit gelap. Apa yang menambah kepada ‘look‘ ini adalah aksesori seperti ‘sling-bag‘ dan tali pinggang berwarna hitam yang menjadi sedikit penegasan.

Ads

Artikel berkaitan: 3 Gaya Fesyen Hijabi Ala Model Indonesia Vira Tandia

Gaya 2: Berani main warna bold

Tidak Lagi Di Gelar ‘Pokok’, Gayakan Warna Hijau Buatkan Anda Lebih Menarik!
Sumber dari Instagram @zzainabashraf

Padanan ‘color block‘ sering menjadi permainan utama bagi dunia fesyen. Namun, ia bukanlah semudah yang anda sangka. Tetapi bagi mereka yang berani seperti Zainab, padanan warna hijau dan biru adalah suatu stail yang cukup bold!

Seluar ‘wide-leg‘ berwarna biru menonjolkan lagi kesopanan selain mengenakan hijab. Blazer yang di pakai juga boleh di tukar kepada jaket puffer atau oversize sweatshirt. Anda juga boleh padankan gaya ini dengan kasut platform atau sneaker yang tampak lebih santai.

Ads

Gaya 3: Warna lembut

Tidak Lagi Di Gelar ‘Pokok’, Gayakan Warna Hijau Buatkan Anda Lebih Menarik!
Sumber dari Instagram @zzainabashraf

Warna pilihan ramai hijabi kerana ia lebih menonjolkan sifat feminin dan ayu kepada si pemakai. Zainab memadan warna lilac dan hijau muda untuk kelihatan lebih tenang tetapi sofistikated.

Namun, aksesori bag yang bercorak ala kulit memberi kelainan dari padanan warna yang lembut. Ia akan berikan sedikit perbezaan dan tidak terlalu bosan pilihan warna yang begitu ayu.

Ads

Artikel berkaitan: Cari Padanan Trend Athleisure Serendah RM29, Hijabi Perlu Ikuti Petua Pengayaan Ini.

Sumber: Instagram @zzainabashraf dan Haute Hijab

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI