Menyatakan sokongan secara terang-terangan, model termuka antarabangsa, Bella Hadid turun ke jalanan bagi melakukan demonstrasi untuk membantah kekejaman Israel terhadap negara Palestin.
Perarakan yang berlaku di Bay Ridge, Brooklyn itu menarik ribuan orang untuk menunjukkan sokongan mereka. Bella, yang mempunyai darah keturunan Palestin daripada ayahnya, Mohamed Hadid dilihat mengenakan Keffiyeh iaitu pakaian tradisional Palestin sambil mengibarkan bendera Palestin.
Perarakan itu jatuh pada Hari Nakba, simbolik konflik 1948 sewaktu Israel mengisytiharkan kemerdekaannya yang menyebabkan ramai masyarakat Palestin kehilangan tempat tinggal termasuklah keluarga ayah Bella.
Baik Bella mahupun kakaknya, Gigi, masing-masing dilihat aktif menyuarakan pendapat mengenai mengenai konflik di antara Israel dan Palestin di laman sosial mereka.
Memuat naik foto perarakan tersebut, Bella meluahkan rasa teruja apabila dapat turut serta dalam acara tersebut bersama-sama dengan penyokong yang lain.
“Bila hati saya merasakannya… Apabila berada bersama dengan kelompok rakyat Palestin yang cantik, bijak, dihormati, penyayang, baik dan pemurah dalam suatu tempat yang sama, ia sangat mengujakan! Kita adalah keturunan yang unik! ❤️”
Konflik dan serangan yang berlaku saban hari ini menjadi isu hangat di serata dunia. Israel mengatakan bahawa 10 warganya telah mati dan Palestin pula melaporkan 139 orang telah terbunuh dalam konflik tersebut.
sumber: TMZ