Tidak Berhenti Pada Tahap Ijazah Sarjana, Dato’ Fazley Yaakob Ingin Teruskan Pada Peringkat Doktor Falsafah

Share

Pelajaran itu adalah suatu benda yang tidak akan berakhir hingga ke akhir hayat kita. Setiap masa dan detik, kita pasti akan belajar sesuatu benda yang baru meski pun usia semakin bertambah saban tahun.

Usia mahupun masa bukan penghalang buat Dato’ Fazley Yaakob bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kini, dia telah pun berjaya menamatkan pengajian sarjana pada ahad lalu.

Pegang pesanan Allahyarham bapa untuk teruskan belajar

Sumber gambar dari Instagram Dato’ Fazley Yaakob

Pernah berjanji bersama Allahyarham bapanya, Dato’ Fazley Yaakob tepati pada kata-katanya dengan merangkul sarjana dalam bidang pengurusan dan perniagaan di Asia E University (AEU). Dia juga tidak menafikan untuk menyambung lagi pendidikan pada peringkat doktor falsafah di universiti yang sama.

Usahawan dan juga penyanyi berusi 44 tahun itu tidak terdetik untuk berputus asa dalam melanjutkan pelajaran meski pun pada usia itu. Bahkan, dia mahu menjadi contoh yang terbaik kepada empat anaknya sebagaimana mereka akan mengikuti jejak langkah yang sama.

Di temubual bersama mStar, Fazley atau Ahmad Fadzli Yaakob juga menjadikan Allahyarham bapanya sebagai pembakar semangantnya. Dia turut berkongsi pengalaman menyaksikan arwah bapanya menerima sarjana sewaktu ketika dahulu.

“Saya pernah menyaksikan arwah bapa menerima sarjana di Amerika Syarikat sekitar tahun 1989, ketika itu saya berjanji dengannya akan terus mengejar ilmu sehingga ke peringkat tertinggi.

“Apa yang saya lakukan ini juga sebagai contoh kepada anak-anak dan majlis konvokesyen saya pun anak sulung turut menghadirinya. Saya beritahunya inilah hasilnya jika belajar bersungguh-sungguh,” ujarnya.

Artikel berkaitan: Dato Fazley Yaacob Tunai Impian ‘Rider’ Grab Food Bergambar Bersama, Siap Buat Kejutan Bawa Kek Hari Jadi

Masa bukan penghalang untuk capai kejayaan

Sumber gambar dari Instagram Dato’ Fazley Yaakob

Dato’ Fazley Yaakob mengambil masa selama tiga tahun bagi melengkapi sesi pendidikan sarjana. Dia akui bahawa pelbagai dugaan yang juga termasuk berkaitan pengurusan berkaitan keluarga selepas pemergian arwah bapanya, Dato’ Yaakob Mohammad yang telah pergi meninggalkannya sekeluarga pada Februari 2016 di sebabkan oleh komplikasi paru-paru.

“Sebelum menyambung pengajian di AEU, saya sudah mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) namun terpaksa mohon cuti belajar di sebabkan mahu menguruskan hal keluarga,

“Selain itu, saya ada perniagaan dan kerjaya dalam bidang masakan…jadi memang banyak dugaan sepanjang tempoh belajar tetapi syukur dengan bantuan penyelia, saya berjaya tamatkan pengajian,

“Bagi yang mengenali saya tahu bahawa saya seorang yang gemar belajar dan mencari ilmu, tidak kira bidang atau jurusan apa asalkan ada peningkatan ilmu,” katanya lagi.

Pembahagian masa yang betul dan sistematik membantunya dalam pengurusan kehidupan serta keluarga di samping dia turut harus fokus dalam pelajaran. Masa yang ada di peruntukkan dengan sebaik-baiknya.

“Saya akan pastikan jadual di susun dengan baik. Selepas menghabiskan masa untuk gimnasium atau latihan muay thai, barulah saya akan lakukan kerja harian,

“Saya juga akan pulang rumah awal sebelum anak-anak semua masuk tidur. Semua harus berjalan lancar dan di sebabkan itu disiplin tinggi amat di perlukan,” jawabnya lagi mengenai pembahagian masa yang bagus.

Sebagai pengajaran buat kita, masa yang ada perlu di isikan dengan cara yang betul meski pun kita sering kekurangan waktu untuk melakukan sesuatu. Ingatlah, setiap masa itu mendidik kita suatu benda yang baru, jadi jangan sia-siakannya.

Sumber info: mStar

Artikel berkaitan: Dipertikai Panggil Isteri ‘Adik Sayang’, Dr Fazley Jelaskan Cerita Sebenar Cinta Pandang Pertamanya Ketika Di London

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee