Cuaca bahang di Malaysia kini terasa lebih panas dari biasanya. Menurut Jabatan Meteorologi Negara (Met Malaysia), suhu panas ini berlaku kerana Malaysia sedang berada pada musim Monsun Barat Daya. Ini berlaku apabila angin barat daya bertiup ke negara kita dengan komposisi udara kering, bermula Mei sehingga September ini.
Jadi, di musim cuaca yang panas terik ini, pastinya tubuh anda merembeskan peluh yang lebih banyak dari biasanya. Lebih memburukkan keadaan apabila titisan peluh ini membuatkan solekan hijabi menjadi ‘cair’ meleleh, luntur, hingga menghilang bersama larutan peluh.
Justeru, cakna berkenaan permasalahan ini, Hijabista tampil memberikan solusi dengan berkongsikan beberapa tip agar solekan bebas luntur, tahan lebih lama dan kekal ‘on-point’ meski panas, mahupun ribut taufan melanda!
Demi mendapat hasil solekan yang baik, mulakan dengan skincare routine untuk menyiapkan (Prep) kulit wajah Hijabi. Bersihkan wajah dan kemudian aplikasikan toner, serum, dan moisturizer.
Kuncinya adalah menjaga kulit agar kekal terhidrat dengan memilih moisturizer yang sesuai dengan jenis kulit anda. Di tengah cuaca panas ini, pilihlah moisturizer yang mempuyai bahan dasar air kerana sifatnya ringan.
Di bawah cuaca terik, kita tidak bisa mencegah diri dari berpeluh. Area T-Zone dan bawah mata juga cenderung mengeluarkan lebih banyak minyak ketika panas. Oleh itu, primer akan membantu menjaga solekan agar kekal on-point!
Untuk mencegah soleka ‘cair’ di tengahari, aplikasikan primer sebelum foundation. Selain, membantu mengurangkan penampakkan liang pori dan meratakan warna kulit, primer juga berfungsi sebagai shield antara kulit dan solekan. Dengan begitu, peluh tidak akan berjaya mencemarkan solekan Hijabi.
Artikel Berkaitan: Palet Solekan Kotor Berdebu? Jom Lakukan ‘Spring Cleaning’ Sebelum Raya Ini!
Salah satu cara lagi untuk mengelakka. solekan dari mencair adalah dengan memakai foundation yang ringan. Tak perlu menggunakan terlalu banyak produk pada kulit anda, lebih sedikit lebih baik. Hijabis mesti tak nak foundation menjadi melekit dan menampakkan garis halus ketika berpeluh kan?
Seterusnya, tambahkan sedikit bronzer, blusher, atau highlight, untuk melengkapkan penampilan dengan bedak tabur (loose powder). Selain memberikan hasil akhir yang halus, bedak tabur juga membantu menahan foundation agar kekal pada tempatnya, sekaligus mencegah solekan dari cair meski dipanah terik mentari.
Solekan pada bahagian mata juga adalah antara yang mudah terkesan jika anda berpeluh akibat cuaca panas. Jadi, untuk mencegah solekan mata menjadi luntur Hijabista mencadangkan agar anda memilih produk solekan yang kalis air (waterproof). Ini demikian kerana, formula waterproof ini sangat penting terutamanya bagi eyeliner dan maskara. Selain itu, penggunaan primer di kelopak mata sebelum melakukan solekan mata adalah antara teknik pentimg untuk membuatkan solekan mata lebih tahan lama.
Teknik khusus untuk mendapatkan solekan mata yang tahan lama adalah dengan melapiskan eye shadow powder di atas pencil liner. Anda juga boleh menggunakan blush on jenis cream dan diikuti blush on jenis serbuk dengan warna senada.
Untuk benar-benar mengunci solekan pada tempatnya, jangan lupa spraykan wajah dengan sentuhan akhir setting spray. Produk ini membantu memberi lembapan ekstra pada kulit dan memastikan solekan kekal On-Point!
Sekarang, solekan anda akan kekal on-point meskipun cuaca panas!
Artikel Berkaitan: Solekan ‘Cacat’ Jika Salah Pilih Warna Gincu? Ini Cara Pilih Ikut Tona Kulit, ‘Confirm’ Naik Seri!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini