Tiap Hari Bangun Sebelum Subuh Untuk Solat Sunat, Neelofa Kongsi Caranya Bagi Memperbaiki Diri

Share

Setiap daripada kita pastinya mempunyai banyak impian dalam hidup ini. Nak banyak duit, rumah besar, pasangan yang baik dan sebagainya. Namun, sebenarnya ada impian lebih besar yang perlu kita kejar iaitu kejayaan di akhirat nanti kerana di sanalah destinasi kita yang abadi.

Bagi mendapatkan syurga di sana, kita haruslah istiqomah dalam mengejar cintaNya. Tak perlu berubah secara drastik sebaliknya mulalah dengan perlahan-lahan asalkan kita tidak berhenti di pertengahan jalan.

Anda juga boleh mengikuti amalan yang dikongsikan oleh Neelofa ini agar kita sama-sama dapat memperbaiki diri untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik. InsyaAllah.

Amalan Neelofa setiap hari:

✅ Setiap hari bangun awal sikit sebelum Subuh untuk mengerjakan solat-solat sunat. Lepas Subuh dia akan luangkan masa lebih kurang dua jam untuk mengaji, baca kitab dan dengar ceramah online.

✅ Neelofa ada buat eksperimen pada diri sendiri, kenapa selama ini dia buat solat tahajud sampai menangis tapi doanya tidak terkabul, rupa-rupanya ada dua sebab yakni pemakanan dan pakaian dia.

✅ Pakaian dia kata agak susah nak untuk ikut guideline sebab terlibat dalam bidang industri fesyen tapi perlahan-lahan dia ubah, labuhkan tudung dan pakai stokin. Ramai orang lupa nak jaga aurat kaki, walhal Allah sedang murka. Sebab tu rezeki sempit, masih buat dosa setiap hari.

✅ Makanan pula, makan dekat tempat yang betul-betul diyakini halal bukan syubhah. Kadang restoran ada tulis pork free tapi belum tentu halal, jadi jangan makan dekat situ.

✅ Sentiasa utamakan akhirat, perlahan-lahan tinggalkan hiburan. Ada yang tanya dekat Neelofa, dia tak takut ke suatu hari nanti peminat lari, dia sudah tidak popular lagi?  Jawabnya dia tak menyesal sebab semuanya Allah yang kawal, kalau dia terpaksa tinggalkan industri dia sanggup sebab dia tahu kalau dia cari Allah, dunia akan ikut dia.

Menarik perkongsiannya ini.  Sebenarnya kita semua dah tahu dan sedar mengenai amalan-amalan ni cuma tak istiqamah setiap hari. Jadi, bila Allah datangkan orang-orang sebegini untuk buka mata kita, barulah kita terbuka mata hati untuk melakukannya semula.

Kalau nak cuba menutup aurat dengan lebih baik, cuba buat dulu 40 hari pakai stokin tanpa gagal. InsyaAllah hari ke-41 kita akan rasa janggal bila keluar rumah tak pakai stokin.

foto: google

“Kesian kaki kita dekat akhirat nanti menangis sebab kita tak tutup dia bila keluar…”

Sama-samalah kita amalkan!

Published by
QIST